Friday, February 26, 2016

Mee Goreng Basah

Resepi ni aku dapat kat FB. Definitely a keeper. Altered accordingly

Bahan-bahan
1 biji bawang besar warna merah*
2-3 ulas bawang putih*
1-1.5 inci halia*
1 bungkus mee kuning
10 ekor udang
8 biji fishball
Sawi secukupnya atau kobis
1 biji carrot (dipotong panjang)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
4 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1.5 sudu besar cili kering yang telah dikisar halus - tambah kalau suka pedas
1 cawan air

bahan bertanda * dikisar

Cara-cara
1. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar dengan cili kering. Masak sehingga garing.
2. Masukkan semua sos dan air. Masak sehingga menggelegak.
3. Masukkan udang, fish ball dan carrot. Perisakan dengan galam dan gula.
4. Masukkan mee & sawi. Gaul rata.
5. Hidangkan bersama bawang goreng, daun sup & keropok ikan. Walauwehh.

Nota kaki : Tambah air sekiranya rasa kering.

Thursday, January 21, 2016

Black Bottom Butter Cake

Ni bukan kek bontot terbakar tau. hehe. Found this recipe over the net, tapi tak ingat sumbernya. Definitely a keeper, won't change a bit! Kek adalah moist, fluffy dan yang penting tak manis.Patutnya recipe ni untuk buat marble cake, tapi kerana tahu kebolehan diri untuk memarblekan kek adalah terhad, maka, kita ubah sahaja jadi black bottom butter cake.



Ingredients:-
240gm butter (I used 250gm Golden Churn salted butter)
90gm castor sugar
1/4 tsp salt (I omit)
300g condensed milk
3 tsp vanilla essence
240g cake flour (I used all purpose flour)
1.5 tsp baking powder (I used 2 tsp)
4 large eggs
3 tbsp cocoa powder

Method:-
1. Sift flour & baking powder. Set aside.
2. Cream butter & sugar till light and fluffy.
3. Add in vanilla essence and continue mixing.
4. Pour in condensed milk and mix well till combined.
5. Add in flour in three batches, and mix well on low speed.
6. Once all is combined well, add in eggs, one at a time, and continue mixing till smooth.
7. Take out 1/3 of the batter and mix well with cocoa powder. 
8. Line a 8 x 8 pan with baking paper. Pour in the chocolate batter. Smooth out.
9. Pour the butter batter on top of the chocolate batter and smooth out.
10.Bake in a preheated oven at 170deg for 45 mins. 

Nice eaten warm. 

Tuesday, January 12, 2016

Pengat Pisang


Husband was fasting last Thursday. Kita kalau puasa kan, bila berbuka mesti suka something sweet. Teringin nak makan bubur pisang. (sebenarnya ko yang nak makan kan...) Since ada balance pisang tanduk dalam esbok, kita pun buat la pengat pisang ni. 

Dah nak masuk 13 tahun kawen, ini la first time i buat pengat pisang you. Belajar ngan mak over the phone. Mengalahkan orang nak amek peksa final geoteknik, berguru bagai. :P

Ingredients:-
Air
Pisang tanduk
Gula melaka
Gula putih
2 helai daun pandan
2 sudu besar sagu
Garam
Santan pekat

Cara-cara:-
1. Masak air dengan gula melaka, gula putih dan daun pandan. Bila dah mendidih, masukkan pisang tanduk yang telah dihiris tebal.
2. Masak air gula dengan pisang sehingga nampak air gula pisang tu keluar dari pisang. Tak reti aku nak explain.
3. Masukkan sagu dan santan pekat. Kacau elok-elok. Masukkan secubit geram untuk menambahkan rasa lemak.

I love it warm. 

Saturday, January 9, 2016

Chocolate Brownies - need botox. :P

A colleague of mine poted an image of step by step how to make brownies in Whatsapp group. Instantly tried it, and fall in love with it.

Thank you to lilicups (intsagram) for sharing.


Ingredients:-
Ing A
100g butter
100g white sugar
90g brown sugar
2 eggs

Ing B
40g dark chocolate buttons
pinch of coffee

Ing C (sifted)
100g flour
40g cocoa powder

Ing D
90g chocolate buttons (I just used pieces of milk chocolate bar)

Method:-
1. Heat the butter and sugar on a pan, on low heat. Mix well until the sugar dissolve.
2. Turn off the heat and stir the eggs. Whisk well.
3. While it's still warm, add in Ing B. Mix well till the chocolate melts. 
4. Add in Ing C, and mix using a spatula until just combine.
5. Put the batter in a lined 7" x 7" pan. Arrange the chocolate button on top. 
6. Bake in a preheated oven at 160deg for 25 mins.
7. Serve warm

Wednesday, November 18, 2015

Pes Char Kuey Teow

This is for my reference. Got this over the net, but can't really recall kat mana aku cedok resepi ni. Nak prepare pes char kuey teow ni tak susah mana pun, and sangatlah membantu kerja-kerja masak especially hari-hari malas  sibuk.

So here you go..

Bahan
10-12 ekor udang (saya ambil kulitnya sahaja)
250ml
4 ulas bawang putih ditumbuk halus
6 sudu besar sos tiram 
3 sudu kecil kicap pekat
3 sudu besar kicap manis
2 sudu kecil petis udang (atau tambah secukupnya)
garam & gula secukup rasa

Method :-
1. Rebus kulit udang dengan air menggunakan api perlahan. Bila mendidih, padamkan dan blend.
2. Tapis air rebusan udang.
3. Masukkan semua bahan di atas sehingga pekat.



Kuey Teow Goreng

Bahan
2 ulas bawang putih yang diketuk
1-2 sudu kecil cili boh (lebihkan jika suka pedas)
1 paket kuey teow
udang
daun kucai
tauge
1 biji telur 
5-6 sudu besar pes char kuey teow (secukup rasa)

Cara guna pes
1. Tumis bawang putih dan cili sehingga wangin dan garing.
2. Masukkan udang.
3. Masukkan kuey teow dan pes. Gaul rata.
4. Pecahkan telur dan masukkan daun kucai dan tauge.
5. Hidangkan panas-panas dengan cili jeruk dan bawang goreng.

ps : kalau suka kuey teow yang basah, masukkan sedikit air. 

Saturday, October 17, 2015

Pandan Gula Melaka Cupcakes

This is definitely a keeper! Made this sebab nampak banyak kek sekarang go fussion. Ya ampun sedap amat! Nasiblah puji kek sendiri.


Please buat kawan-kawan. Sedap dan senang! Resepi I dapat dari Mama Dee's kitchen.




Ingredients

Kek
4 sudu besar jus pandan (Daun pandan 15-20 helai diblend dengan air)*
200g tepung gandum
125g salted butter
1 penutup esen vanilla
200g castor sugar
2 biji telur
75ml santan kotak + 25ml air*
pewarna hijau*

campurkan yang bertanda *

1. Ayak tepung bersama serbuk penaik dan asingkan.
2. Di dalam mangkuk, pukul butter dan vanilla sehingga kembang.
3. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan continue pukul sehingga gebu.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati.
5. Masukkan tepung yang telah diayak secara berselang seli dengan santan sambil dipukul sehingga rata.
6. Masukkan ke dalam acuan dan bakar selama 15-20 min di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180 darjah celcius.


Gula Melaka Swiss Meringue Buttercream

Ingredients
50g gula melaka
Sedikit air
1 helai daun pandan (simpul)
110g gula caster
150g butter
3 biji putih telur
1 sudu teh esen vanilla

1. Cairkan gula melaka dengan air dan daun pandan. Sejukkan
2. Campurkan putih telur dan gula di dalam bekas tahan panas. Panaskan secara double boil. Kacau perlahan sehingga semua gula hancur.
3. Pukul telur sehingga kental. MAsukkan butter sedikit demi sedikit dan continue pukul.
4. Masukkan gula melaka yang telah dilarutkan dan gaul mesra, Sedia di pipe di atas kek.



Friday, March 13, 2015

Laksa Penang


Macam ni la hidup sebagai anak perantau. Semua benda teringin nak makan kena masak sendiri. Ada hikmahnya tu. Dari tatau masak, boleh jadi reti masak.

Ada satu hari tu ternampak member se Yokohama masak laksa. Terus terasa-rasa kat tekak macam nak makan. Kucuba juga masak. Resepi refer kat Azie's Kitchen. Terima kasih azie. Moga perkongsian resepi azie dirahmati Allah SWT.

Ingredients (4 orang makan):-
Laksa (Masak ikut arahan di paket)
Ikan Makerel (Kalau ikut Jepun punya size setengah ekor saje, sebab ikan dia besar)
2 Bunga kantan (dihiris halus)
1/2 biji bawang besar (blend)
belacan secukupnya (saya pakai dalam 1/2 ibu jari)
3-4 sudu besar cili kisar
5-6 keping asam keping
daun kesum secukupnya

Bahan hiasan:-
Telur rebus
Daun salad
Timun
Cili api

Method:-
1. Rebus ikan sehingga masak. Blend ikan dengan sedikit air. Air rebusan diasingkan.
2. Masukkan bawang yang telah dblend, cili kisar dan belacan ke dalam air rebusan. Masak sehingga air mendidih.
3. Apabila air sudah mendidih, masukkan bunga kantan dan asam keping.
4. Kemudian, masukkan isi ikan yang telah dikisar dan daun kesum. Perisakan dengan garam. Renihkan dengan api kecil sehingga masak.
5. Hidangkan bersama laksa, telur rebus, cili api, timun & daun salad.