Showing posts with label meat. Show all posts
Showing posts with label meat. Show all posts

Thursday, August 28, 2014

Nasi Beriani Kambing dan Kambing Masak Kandar

Uishhhhhhh. Sedap gila rempah nasi beriani Pakistan ni. Dapat info bila baca blog Juwita. Sampai kat kedai, kebetulan ada rempah nasi beriani brand Shan dari Pakistan. Masak ikut arahan paket jek. Sesapa dok kat Yokohama boleh la cari rempah ni. Sedap sangat-sangat! Masak nasi beriani ni dengan lauk kambing kandar, resepi dari bog Kak Nor. Memang tersandar kekenyangan dan rasa bersalah sebab diet terus out! 

Dan lagi best, dah nak kat kul 10 malam, si kecik tanya, Mommy nak makan nasik, padahal masa suap makan tadi dah 2 kali tambah!

Rempah nasi beriani tu a bit spicy, so kena pandai adjust. First time buat, terpedas. Second time, ok dah.

Resepi Nasi Beriani
Bahan-bahan
Kambing
Rempah beriani
1 cawan air
1 biji bawang besar - dihiris
Minyak
Daun kari
1/4 sudu kecil asam jawa Adabi
Cili hijau (optional)
Kismis, gajus (optional)
2 pot beras basmathi
3 cawan air + 0.25 cawan susu segar

Cara-cara
1. Basuh dan tos beras. Asingkan.
2. Perap kambing dengan dua sudu besar rempah beriani (minimum sejam)
3. Rebuskan kambing yang telah diperap dengan secawan air, sehingga air kering. Tutup api.
4. Di dalam periuk lain, tumiskan bawang, 1.5 sudu kecil rempah nasi beriani dan daun kari sehingga kuning. Masukkan kambing yang telah direbus tadi dan masak seketika.
5. Masukkan beras yang telah ditos dengan 3 cawan air dan 0.25 cawan susu segar. Masukkan juga kismis & gajus serta perisakan dengan garam. Tanak nasi seperti biasa.

Resepi Kambing Masak Kandar (sumber Kak Nor)
Bahan-bahan
Kambing
6 ulas bawang putih - blend
1 inci halia - blend
2 sudu besar kicap pekat maggi
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2-3 sudu besar rempah kari daging
1 labu bawang besar (dimayang)
1 ulas bawang putih (dimayang)
Kulit kayu manis dan bunga lawang
sedikit daun kari
garam dan perasa

Cara-cara
1. Rebus kambing sehingga empuk. Simpan air rebusan.
2. Tumiskan bawang besar, bawang putih yang dihiris, kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga wangi.
3. Masukkan bahan-bahan yang diblend dan tumis sehingga wangi.
4. Masukkan kicap, sos dan rempah kari. Gaul rata.
5. Masukkan air rebusan dan kambing yang telah direbus. Masak sehingga pekat. (saya tambah kentang)
6. Perisakan dengan garam jika perlu.




Tuesday, August 19, 2014

Rendang Daging Bonda

Bila diminta untuk merendang oleh kawan-kawan husband, mulalah susah hati. Tu la kan, bila mak masak tak nak belajar. Nak tak nak, kena jugak la belajar.

Whatsapp bonda di KL, tanya resepi. Bonda dengan baik hati hantarkan resepi yang detail, confirm jadi punya. hikhik. :)

 Tu dia..Gambar dalam kuali lagi. 

Meh tengok cemana nakbuat. Adik-adik yang macam I, yang tak pernah masak rendang, tetiba mak mertua suruh masak, boleh cuba resepi rendang daging ni, ok?

Bahan-bahan
1kg daging
500g bawang merah *
250g bawang putih *
4 btg serai *
1/2 inci halia *
cili api * (kuantiti ikut sesedap pedas yang kita nak)
2 tin santan
2 sudu besar rempah kari
1 paket kerisik
cili kering yang telah diblend

Bahan bertanda * dikisar kasar.

1. Sangaikan daging dalam bahan yang telah dikisar bersama cili kering yang telah diblend dan rempah kari. Bila air daging sudah hampir kering, masukkan santan. Pastikan daging kelemasan dalam santan. (Bahasa....... hihi)
2. Masak daging dengan santan sehingga hampir kering. Bila santan hampir kering, masukkan kerisik dan perisakan dengan garam. Continue masak sehingga terbit minyak.

Boleh jugak dimasukkan hirisan daun kunyit untuk menambahkan aroma.

Thursday, September 13, 2012

Roti John

Masakan yang sempoi tapi membuka selera. Konsep dapur saya sepanjang ramadhan. Less is more bak kata omputih. :P

Ingredients:-
Roti hotdog (potong dua)
Daging fresh (dicincang)
seasoning (saya guna seasoning kicap cap Maggi)
Bawang
Telur
garam
Salad sebagai hiasan

Method:-
1. Marinade daging yang telah dicincang dengan seasoning. Tempoh marinade sukati.
2. Pukul telur + garam sampai kembang.
3. Panaskan frying pan
4. Tuang teluar yang telah dipukul + daging. Agak-agak nak kering, tepek roti john atas dia.
5. Masak cam orang buat kat pasar
6. Sumbat salad, bawang segala, picit mayo + sos cili. Ngap panas-panas.

Plus point masak cenggini : complete meal.. carb ada, protein ada, sayur ada.. :)

 

Thursday, March 15, 2012

Hot Dog bila malas



Bila mommy malas nak masak, ini saje la yang termampu....

Ingredients
sausages (rebus & pan fried)
hot dog buns
salad
mayo
bawang
mustard
chilli or tomato sauce

Method
1. rebus sausages dan pan fried later. this will make the sausages to be gebu and tak shrink
2. Assemble everything.
3. Serve warm with fries.

This spells FATTENING. :P

Daging Beriani



I had this with nasi beriani. tapinya, my outcome does not meet my expectation. masak dalam keadaan tangan luka seriously put my mood off. rasa sabar menumis hilang, hence resulted in daging beriani yang tak pecah minyak. :(

anyway, resepi ni amek dari kak hanieliza's book.

Ingredients
Daging
1 packet rempah beriani
3 biji kentang
1 cup yoghurt
1/2 kg tomato
3 biji cili merah (dihiris)
3 biji cili hijau (dihiris)
2 biji bawang besar (potong 4)
daun ketumbar
garam

Bahan Tumis
6 biji bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1.5 inch halia (dihiris)
kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
daun kari

Method
1. Perap daging dengan rempah beriani.
2. Tumis bahan tumis sehingga wangi.
3. masukkan daging dan kacau rata sehingga pecah minyak
4. masukkan tomato dan kentang
5. masukkan yoghurt dan masakkan sehingga pecah minyak.
6. masukkan cili yang dihiris, bawang besar, daun ketumbar dan garam.
7. Gaul rata.

Monday, January 23, 2012

Homemade Beef Burger



Apsal ntah bersemangat nak masa burger sendiri. this is super easy. so lupakan la daging burger segera yang ada di pasaran, sebab kita boleh buat sendiri kat rumah easily.

Bahan A
daging fresh
2-3 ulas bawang putih
lada hitam
Mixed grilled spices (boleh beli kat kedai yang jual BBQ stuff. kalau takde, boleh jek ganti dengan salt, paprika, black pepper)
seasoning ketchup (saya guna brand maggi. boleh gak substitute dengan lea perrins/worchestire sauce)

Others

button mushroom (sliced, and sauteed)
Onion (sliced and sauteed)
cucumber slices
cheese
Chilli sauce
Roti burger (spread some butter & grill)

Method
1. Grind (kisar) Bahan A.
2. Menggunakan skill main plastesin masa kecik-kecik, bentukkan beef patties, dengan anggaran saiz cukup untuk ditutup dengan roti burger.
3. Set aside for an hour or two. Or in my case, i marinade satu hari. (Prepare pagi, masak petang)
4. Grilled the beef patty macam masak daging burger biasa.
5. Assemble with your favourite pelakon tambahan. in my case, i serve with cheese, sauteed mushroom, onion & sos cili.
6. Siap.

ps - makan agak comot sebab gedabakkk! :P

Tuesday, November 1, 2011

Nasi Arab



Resepi yang saya dapat dari maid saya yang sebelum nih kerja di saudi. authentic gituuuu

Resepi Nasi Arab

::Ingredients::
5.5 cups of beras basmathi
1 ekor ayam/daging
1.5 litre air
halia
4 sekawan
1 biji bawang besar
1 biji tomato didadu
halia dihiris nipis
8 sudu besar tomato paste
1 cili besar
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
capsicum
garam
1 asam keping

::Method::
1. basuh beras dan set aside
2. tumis bawang,4 sekawan dan halia sehingga naik bau.
3. masukkan ayam, tomato paste, capsicum, tomato dan jintan putih. biarkan sehingga masak. kacau sekali sekala.
4. apabila ayam sudah masak, masukkan air.
5. continue masak ayam sehingga air hampir separuh.
6. rasakan dengan garam.
7. sekiranya ok, masukkan beras yang telah dicuci.
8. adjust air (samada nak tambah atau kurangkan)
9. tanak sehingga masak.

Resepi Dalca Nasi Arab

::Ingredients::
5-6 ulas bawang merah (dihiris halus)
2 ulas bawang putih (dihiris halus)
4 sekawan
halia
daging
cili besar
capsicum
terung
carrot
kentang (didadu dan direbus dahulu)
8 sudu besar tomato paste
1/2 tsp serbuk jintan putih
1/2 tsp serbuk kari

::Method::
1. tumis bawang, halia & 4 sekawan sehingga naik bau
2. masukkan daging dan continue tumis sehingga masak
3. masukkan serbuk kari, jintan, tomato paste dan capsicum
4. kacau sehingga tomato paste masak
5. masukkan air serta cili besar dan masak sehingga didih
6. masukkan terung, carrot & kentang. perisakan dengan garam.

Resepi Salad

::Ingredients::

Rommaine salad
Tomato
Timun
Jus lemon
garam

1. potong dadu timun dan tomato.
2. racik salad.
3. gaulkan dengan jus lemon & garam sejurus sebelum hidang.


Sunday, June 26, 2011

:: Daging Paprik ::



recipe amek dari kak haniliza as usual. untuk membuka selera bila lauk yg lain adalah stok utk bebudak kecik semata. :)

Monday, January 17, 2011

:: Ginger Beef (Daging Masak Halia) ::



Lately, anak selalu kembung perut waktu malam, for unknown reason. Mommy yang dah tak tau nak buat apa decided to make this dish. Best gak. Recipe dapat dari buku kak hanieliza - senangnya memasak. simple, straight forward with minimal ingredients, perfect for a busy mommy like me. :)

Wednesday, June 10, 2009

:: Lamb Green Curry ::

OH will be working in a far, faraway land. oleh kerana saya ini adalah isteri yang mithali (self proclaimed), makanya, saya pun memasak dengan gigih over the weekend kerana kasihankan sang suami yang mungkin terpaksa makan nasi himpit dengan kuah kacang sebagai lunch dan dinner kerana kesukaran untuk mendapat makanan halal di sana.

OH requested me to cook green curry (i tarak penah masak ini lauk). oleh kerana ada paste di dalam peti ais yang menjerit² minta digunakan, maka saya pun masakla guna green curry paste instant itu. green curry paste yang saya beli tuh ala² pes tomyam, so i still buat segala mala tumis to make it taste better.



ingredients:-
2 tbsp (lebih kurang) green curry paste
1 mangkuk santan pekat
2 mangkuk santan cair
thinly sliced lamb
1 batang serai dihiris halus
bawang merah & bawang putih ditumbuk lumat
daun limau purut
daun ketumbar
1 batang carrot

method:-
1. panaskan minyak di dalam periuk
2. tumis bawang dan serai sehingga naik bau
3. masukkan pes dan teruskan menumis sehingga terbit minyak
4. masukkan lamb dan kacau sehingga lamb masak
5. masukkan santan cair & carrot dan kacau sehingga menggelegak
6. masukkan santan pekat pulak. masukkan sekali daun limau purut
7. just before serving, masukkan daun ketumbar yang dah dihiris halus. reserve some for garnishing.

we had this green curry with this :-

white rice

and this:-


sambal bacang - specially made by MIL. sangat sedap!