Showing posts with label vegetables. Show all posts
Showing posts with label vegetables. Show all posts

Monday, March 2, 2015

Bendi Goreng Telur


Ni lauk cincai jek. 

Ingredients :-

Bawang kecik (racik halus)
Bawang besar (racik halus)
Ikan bilis
Bendi
Telur
Garam secukup rasa

Method:-
1. Tumis bawang dan ikan bilis sehingga naik bau.
2. Masukkan bendi dan pecahkan telur. Masukkan garam secukup rasa.
3. Gaul rata.

Siap.

Friday, October 18, 2013

Monday, May 27, 2013

Kerabu Pegaga


Kerabu yang membangkitkan selera.

Ingredients:-
Pegaga (dipotong)
2-3 sudu besar santan pekat
1-2 sudu besar air panas
2-3 ulas bawang merah dihiris halus
Sedikit kerisik
Jus limau nipis
Lada hitam

Method:-
1. Gaul rata semua bahan.
2. Perisakan dengan garam secukup rasa.

Sesuai dimakan semasa di dalam pantang. Cuma omit limau nipis.

Tuesday, September 11, 2012

Japanese Tofu with Shitake Mushroom in Oyster Sauce

Lauk-lauk nih kebanyakannya masak masa bulan puasa hari tuh. tapi tak de kesempatan nak publish entry. Sibuk benar bulan Syawal nih.

Lauk ni simple jek sebenarnya, sesuau untuk orang malas masak macam saya. hiks 

Ingredients:-
1 bungkus tauhu jepun (dipotong bulat, jangan nipis sangat)
shitake mushroom (dihiris halus)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1.5 sudu besar sos tiram
sedikit tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
minyak bijan *optional

Method:-
1. Goreng tauhu yang telah dipotong nipis dalam minyak panas sehingga kekuningan. Asingkan.
2. Tinggalkan sedikit minyak (anggaran satu sudu besar). Tumis bawang putih sehingga naik bau.
3. Masukkan shitake mushroom.
4. Masukkan sos tiram dan kacau rata.
5. Masukkan bancuhan air + tepung jagung. Masukkan tauhu yang telah digoreng dan masak sehingga kuah agak pekat.
6. Titiskan sedikit minyak bijan untuk kasik lagi umpph. (tapi kalau ada kencing manis, hati-hati aaa)

Friday, March 16, 2012

Cendawan & Udang Masak Lemak



I first tried this dish dekat kenduri kahwin. and tell yaaaaaaa this dish is superbbbb! so, i recreate this dish at home, maximising my memory ability of how it taste to serve it to my neucleous family.. verdict??? adib mintak makan nasi for dinner way before i asked him to eat. yeay!!

Ingredients
3 ulas bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
kunyit hidup (dikisar)
1 ciji cili merah
udang sederhana besar
250gm cendawan tiram
santan (dari satu biji kelapa-asingkan pati dengan yang cair)

Method
1. Masukkan santan cair, bawang dan cili. masak sehingga mendidih.
2. Masukkan cendawan dan udang. continue masak hingga mendidih.
3. Masukkan pati santan dan perisakan dengan garam. again masak hingga mendidih.

Siap. Kalau nak pedas, kisar kunyit dengan cili api. since this is a kid friendly version, cili api telah diboikot dalam resepi. nevertheless, it tasted good enough.


Sunday, February 5, 2012

Jantung Pisang Masak Asam Pedas



Blend
1 bawang besar
3 bawang merah
3 bawang putih
3 tbsp cili kisar

Bahan Lain

2 tbsp asam jawa (i used adabi)
3 cawan air
1 bunga kantan
daun kesum
1 jantung pisang

Method

1. Rebus jantung pisang. Setelah rebus, tos dan belah 4. put aside
2. Tumis bahan yang telah dikisar sehingga pecah minyak.
3. masukkan air, asam jawa, bunga kantan & daun kesum. continue cooking sehingga mendidih.
4. masukkan jantung pisang yang telah direbus & perisakan dengan garam.
5. hidangkan dengan nasi putih. (i had mine with ikan bakar & sambal kicap)

Wednesday, January 18, 2012

Rosti




Rosti is one of my favorite order kalau makan dekat Marche, the Curve. potato yang disagat, dikepal-kepal, dipenyek-penyek, pan fried with butter, served with sour cream ini sungguh yummy!

ingredients pun basic sahaja. cuma agak leceh saje nak buat sebab renyah nak sagat kentang. enak dimakan bersama sausages, or smoked salmon or begitu sahaja. saya makan ngan sos cili. dasar tekak melayu. :)

Ingredients
Kentang - dipotong halus/disagat
butter
salt
pepper


Method

1. Kentang yang telah disagat/dipotong halus hendaklah ditos kering.
2. melt some butter dan gaulkan bersama kentang. season with salt and pepper.
3. Panaskan butter di dalam pan leper.
4. masukkan kentang dan ratakan dengan belakang penyudip/sudu.
5. Masak sehingga agak garing on one side dan 'flip' kentang untuk masak another side. sila guna skill masterchef untuk melambung-lambung kentang ke udara. :P
6. Serve warm with sour cream & sausage or smoked salmon. In my case, I just had it warm with chilli sauce. sudah cukup enakkkk!

Thursday, January 5, 2012

Cream Of Mushroom Soup



I was craving for a good cream of mushroom soup (like those you could get at Marche). I knew it's pretty simple to make, so I dish up mine together with the olio pasta for dinner. Adib love it, OH got himself 2 generous serving. walla! I'm one happy cook!

Source of recipe : Allrecipes.com --> but altered ikut suka hati

Ingredients
1 packet of fresh button mushroom
1/2 packet of enoki mushroom
1 medium onion (chopped)
Chive (chopped)
1 litre of water + 2 tbsp of chicken stock
1 small pack of cooking cream
Thyme
2 tbsp of butter
1 tbsp of flour

Method
1. Boil the mushroom, thyme, onion & chicken stock.
2. Pureed no. 1
3. In another pan, melt the butter.
4. Add in flour, and mix till smooth.
5. Pour in the puree.
6. Add in cream.
7. Add in 1/2 pack of enoki mushroom. Season with salt & pepper.
8. add in chopped chive just before serving.

Had mine with warm garlic bread. Menari-nari lemak di perut. Yikes. :P
3.




Monday, January 2, 2012

Brussels Sprouts in Oyster Sauce



This vege is pretty expensive. RM8.50 per packet - roughly 16 pieces in a pack.Dish up this vege in a very simple manner. I enjoyed it but not OH.

Ingredients
3 cloves of garlic (Chopped)
Brussels sprouts
Carrot
Olive Oil
2 tbsp Oyster Sauce

Method
1. Chopped the end side of the sprout & make 'X' cut half way.
2. Heat the olive oil.
3. Sautee the garlic till fragrant.
4. Add in carrot & brussels sprouts.
5. Add in oyster sauce & some water.
6. Give a good stir. Done!


Tuesday, November 1, 2011

Nasi Arab



Resepi yang saya dapat dari maid saya yang sebelum nih kerja di saudi. authentic gituuuu

Resepi Nasi Arab

::Ingredients::
5.5 cups of beras basmathi
1 ekor ayam/daging
1.5 litre air
halia
4 sekawan
1 biji bawang besar
1 biji tomato didadu
halia dihiris nipis
8 sudu besar tomato paste
1 cili besar
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
capsicum
garam
1 asam keping

::Method::
1. basuh beras dan set aside
2. tumis bawang,4 sekawan dan halia sehingga naik bau.
3. masukkan ayam, tomato paste, capsicum, tomato dan jintan putih. biarkan sehingga masak. kacau sekali sekala.
4. apabila ayam sudah masak, masukkan air.
5. continue masak ayam sehingga air hampir separuh.
6. rasakan dengan garam.
7. sekiranya ok, masukkan beras yang telah dicuci.
8. adjust air (samada nak tambah atau kurangkan)
9. tanak sehingga masak.

Resepi Dalca Nasi Arab

::Ingredients::
5-6 ulas bawang merah (dihiris halus)
2 ulas bawang putih (dihiris halus)
4 sekawan
halia
daging
cili besar
capsicum
terung
carrot
kentang (didadu dan direbus dahulu)
8 sudu besar tomato paste
1/2 tsp serbuk jintan putih
1/2 tsp serbuk kari

::Method::
1. tumis bawang, halia & 4 sekawan sehingga naik bau
2. masukkan daging dan continue tumis sehingga masak
3. masukkan serbuk kari, jintan, tomato paste dan capsicum
4. kacau sehingga tomato paste masak
5. masukkan air serta cili besar dan masak sehingga didih
6. masukkan terung, carrot & kentang. perisakan dengan garam.

Resepi Salad

::Ingredients::

Rommaine salad
Tomato
Timun
Jus lemon
garam

1. potong dadu timun dan tomato.
2. racik salad.
3. gaulkan dengan jus lemon & garam sejurus sebelum hidang.


Sunday, September 18, 2011

Lontong





tahun nih ai beraya kat terengganu, so haruslah time beraya tuh dok melantak nasi dagang dari rumah ke rumah.

so, bila balik umah sendiri, tekak tuh cam teringin-ingin nak makan lontong. nak buat tak pandai.

sekali, ada member rupanya dah interview akak kat opis camana nak buat lontong, sebabnya dikhabarkan akak nih punya lontong tip top.

so, ai pun skodeng resepi dan try la buat masa buat birthday party cum raya get together with close family members.

:: Ingredients ::
(untuk lebih kurang 20 orang makan)

Bahan Kisar/Tumbuk
8-10 ulas bawang merah
5-6 ulas bawang putih
1.5 genggam udang kering

Carrot - potong panjang
Kobis
Tempe
Tauhu - digoreng dengan sedikit minyak dahulu
Suhun - direndam dengan air panas
Sayur Pucuk - direndam dengan air panas
Sengkuang
Kacang panjang
3 kotak santan
2 tsp serbuk kunyit

1. Rebus semua sayur. (air separas sayur terendam)
2. Di dalam kuali yang berasingan, tumiskan bahan kisar dengan sedikit minyak sehingga agak garing. apabila hampir garing, masukkan serbuk kunyit dan tumis sehingga garing. tutup api.
3. Masukkan bahan-bahan tumis ke dalam sayur yang telah direbus
4. Masukkan santan dan masak sehingga mendidih.
5. rasakan dengan garam dan gula.

Saya suka makan kuah ni dengan nasi impit & kuah kacang. yummeyh!

Tips : Masukkan suhun semasa hendak menghidang bagi mengelakkan kuah kering.


Thursday, September 8, 2011

Tofu Goreng Tomyam



i really love this dish. resepi yang dicedok dari kak hanieliza's latest book - 50 hidangan penambat selera. lauk yang saya pairkan dengan sayur masak lemak untuk mengurangkan rasa muak.

Ingredients

Bahan A
2 bungkus tofu telur (dipotong, sebaiknya tidak terlalu nipis)
kacang buncis
carrot (potong memanjang)
daun ketumbar (dihirs halus)
3 helai daun limau purut (dikoyak)
1 sudu besar pes tomyam
1/2 cup air

Bahan B

1 labu bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
cili api (diketuk)

Method
1. Goreng tofu telur yang telah dipotong di dalam minyak panas sehingga nampak garing. angkat dan toskan minyak.
2. tinggalkan separuh minyak dan tumis bahan B sehingga naik bau.
3. masukkan pes tom yam dan air. biarkan mendidih. season with salt sekiranya perlu.
4. masukkan daun limau purut, kacang buncis dan carrot.
5. apabila sudah hampir masak, masukkan tofu dan gaul rata.
6. serve with daun ketumbar. yummeyhhhhhhh

sangat recommend masakan nih!

Wednesday, September 7, 2011

Sayur Masak Lemak



lauk nih simple saja. tapi untuk orang-orang seperti saya semasa baru-baru belajar memasak, lauk macam ni pun saya kena bukak buku resepi, dan sampai sekarang masih tidak yakin walaupun dah agak selalu masuk dapur. so saya jotkan jugak resepi lebih kurang nih untuk membantu diri saya dan perhaps readers yang baru berjinak memasak okay?

Ingredients
kubis
cendawan
carrot
udang
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 kotak santan + 1 mangkuk air

Method
1. Leburkan everything dalam periuk.
2. keep on stirring sehingga pekat bagi mengelakkan santan pecah.
3. rasakan dengan garam.

Monday, August 1, 2011

:: Terung Goreng Berlada ::



:: Ingredients ::

Terung
4-5 biji limau nipis (ambil jus)
bawang besar (sliced)
lebih kurang 10 biji cili merah (blend)
garam, gula

:: Method ::
1. Goreng terung yang telah dipotong serong setengah masak.
2. tumiskan bawang besar dan cili blend sehingga garing.
3. masukkan jus limau, masukkan terung dan gaul rata. rasakan dengan garam dan gula.

Sunday, April 17, 2011

:: medley : nasi lemon + ayam percik + rakan-rakan ::

Nasi Lemon



i found this recipe masa here ---> intan's. sangat catchy n unik utk di'try' di rumah. ingredients pun tak banyak. i find the rice, ok. i would say nasi serai fare better. lemon tak terasa sangat, so perhaps, if buat lagi lepas nih should add more lemon. had this with ayam percik, sup kosong + sayur campur. nak masak menu nih punya pasal, i started my day as early as after subuh sebab dalam to do list teramatla banyak!

: Ingredients ::
4 cups beras basmathi
4 cups of water
garam
1/2 tsp kunyit
1/2 tin susu ideal
5 tbsp marjerin (i used puteri)
1 pokok daun sup (mayang halus)
1 pokok daun pudina (mayang halus)
satu genggam raisins (i tambah)
1 biji lemon (parut dan ambil jus)

~ bahan kisar ~
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1" halia

:: Method ::
1. basuh beras and toskan.
2. tumis bahan kisar dengan marjerin sehingga naik bau.
3. masukkan air, susu, parutan kulit lemon, jus lemon & garam. masak hingga mendidih.
4. apabila mendidih, masukkan beras, daun sup dan daun pudina.
4. tanak sehingga masak.

Ayam Percik



dah lama teringin nak masak ayam percik. tapi tak berani sebab saya bukanlah orang yang pandai memasak. sekadar tahu masak untuk tidak lapar dan memnuhi selera keluarga nukleus. tapi resepi yang saya jumpa di sini ---> noormasri seems easy. so here goes! and definitely dalam repeat list sebab senang. ngee!

:: Ingredients ::
4 keping ayam
2 kotak santan (saya pakai harmuni)
garam & gula
3 batang serai
1/2 tsp kunyit (saya tambah)
1.5 tbsp cili giling

~ bahan kisar ~
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1" halia
3 biji buah keras

:: Method ::
1. Masukkan semua bahan ke dalam kuali.
2. Masak sehingga kuah pekat.
3. Alihkan ayam ke dalam dulang & bakar di dalam oven @ 150deg for 30 mins. alternatively bakar atas dapur (which taste better!).
4. Panaskan lebihan kuah di atas kuali dan curahkan ke atas ayam apbila hendak menghidang.

Verdict : Menjilat Jari.



Sup gonjeng nih saya buat untuk anak-anak so that nasi tuh tak kering kejung masuk tekak. :p



and sayur nih sayur yang biasa saya masak untuk OH and kids. tak yah recipe la, senang sangat. :)


Monday, February 21, 2011

:: Grilled Salmon & Saba ala Teriyaki with Mixed Tempura ::

tetiba perut mengidam nak makan makanan jepun. tapi untuk berbelanja di restoran jepun tak termasuk dalam kemahuan sebab mahal plus tekak ni cuma makan a few types of japanese food sahaja. (no raw fish, no sushi)

made these for yesterday's dinner, salmon for him (i tak suka salmon), and saba fish for moi.





Grilled Fish ala Teriyaki
:: Ingredients ::
Fish (Salmon & Saba)
Sweet Soy sauce
Honey
Garlic
Corriander leaves (Daun Ketumbar) - i ganti dengan daun sup

:: Method ::
1. Marinate for at least 2 hour.
2. Pan grilled till cook to you desired level. (i like it well done)
3. serve dengan daun ketumbar yang telah dihiris halus.

:: Mixed Tempura ::
Sweet Potato (ubi keledek manis)
Cendawan Enoki
Terung
Tepung tempura
Air sejuk

1. wash vegetables, slice and leave to dry.
2. mixed tempura flour with cold water. (air sejuk akan mengelakkan tempura dari menyerap minyak)
3. goreng dalam minyak panas.

ps - tips yang i dapat dari internet kata, to know the right temperature to fry tempura, drop some batter. kalau dia tenggelam, then timbul balik, that's the right temperature. kalau drop and terus floating, it's too hot.

ps no. 2 - payah nak dapat perfect tempura. serious!

Monday, January 17, 2011

:: Pucuk Manis Masak Lemak ::



masa dalam pantang recently, my mom's maid advise i makan pucuk manis untuk membanyakkan susu badan. alhamdulillah it works on me.

since lately production susu badan agak menyusut, i made this for lunch. mula-mula, nak masak dengan labu, sekali labu yang dah dibeli tertinggal kat rumah mak. carrot la jadi mangsa

:: Bahan-bahan ::
1 ikat pucuk manis
1 carrot
3 ulas bawang merah (dihiris)
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
udang fresh 3-4 ketul
garam

1. masukkan semua bahan kecuali santan pekat, pucuk manis dan carrot.
2. renihkan di atas api & kacau selalu sampai hampir mendidih.
3. masukkan carrot and continue kacau.
4. once mendidih, masukkan pucuk manis dan santan pekat. continue kacau sempai mendidih.
5. once mendidih, ready to serve.

:: Cheesy Asparagus ::



Ini menu orang malas nak mix up salad. buat fish and chips for OH, and sebagai ganti kepada salad, i made this cheesy asparagus. cheesy asparagus nih was served to me many, many years ago by my dear cousin, linie masa visit dia during her study years in melbourne. i find it nice and easy, that i tried to concoct the recipe myself.

:: Bahan-bahan ::
Asparagus
Air panas
Sliced Cheddar Cheese
Blackpepper

1. Blanch (Celur) asparagus dengan air panas sekejap.
2. Letak cheese atas asparagus and tabur black pepper.
3. Masukkan item no. 2 tadi di dalam microwave. Panaskan pada high power, for a very short time. (You might want to wait in front of the micorwave sebab tak nak over do the cheese)
4. Ready to serve. :)

Thursday, December 10, 2009

:: kerabu apple hijau ::



layan gambar dulu.. nanti i post recipe.. sangat bukak selera.. requested by the other half.


Thursday, October 1, 2009

:: Tomato Salad ::



i prepared this salad to complement my chicken rice and ayam goreng berempah. so it could be a variation from those normal acar jelatah.

got the recipe from my aunty, while chatting over the food during raya. being someone who don't enjoy vege that much, i found this dish to be refreshing and extremely good especially for pregnant ladies who suffer from vomitting. definitely a healthier choice than those jeruk! :)

:: ingredients ::
a tree of corriander leaves
onion (prefer the red one rather than the holland type)
cucumber
tomato
capsicum
salt + sugar to season
lemon juice

:: method ::
1. chop everything. (for tomato, i prefer to discard the seeds as it's too watery)
2. pour in the lemon juice. (i used lemon juice from 1.5 lemon)
3. season with salt and sugar.

yummy, delicious and healthy!

ps : tips from the original chef - best prepared half an hour before eating.