Showing posts with label ikan. Show all posts
Showing posts with label ikan. Show all posts

Wednesday, March 4, 2015

Salmon Teriyaki


My eldest twin suka sangat makan salmon teriyaki sejak duduk Jepun ni. So, emaknya usahakanlah masakkan lauk kegemaran dia di rumah. Dulu pernah buat, tapi improvise sikit resipi..

Ingredients:-
Salmon
Kicap masin
Honey
Sesame Oil
Ground ginger
garlic

Method:-
1. Perapkan ikan dengan bahan-bahan di atas.
2. Masakkan di atas frying mengunakan sedikit olive oil.
3. Tabur sikit daun bawang atas dia. Siap..


Monday, October 6, 2014

Baked Fish


Antara menu yang selalu order kat Secret Recipe. Mozarella Baked Fish.

Biasanya mozarella cheese ada je stock kat umah, sekali habis. Belasah je la pakai cheddar. Masin sikit la jadinya.

Ingredients
White fish filler
Cherry tomato
Mozarella cheese
Salt
Black Pepper
Lemon Juice

Method:-
1. Perap ikan dengan jus lemon, garam & lada hitam.
2. Taburkan cheese & aturkan tomato.
3. Bakar at around 170degrees dalam 10-15mins. Sedappp wooo

Friday, December 27, 2013

Fusion Oven Steam Salmon with Baked Potato, Steamed Broccoli and Garlic Bread

Dalam usaha nak menambah kuantiti makan ikan, I made this at home. Inspired by a recipe that I found in a book that husband chose at BBW sale early of the month.

Easy peasy recipe. Thanks hubster for the book. And I as usual will alter the recipe accordingly.

Ingredients:-
Salmon steak (season with salt, pepper and lemon)
1 tsp of tamarind paste
170 ml of water
3-4 cloves of garlic (chopped)
1 inch of ginger (grated)
1 green chilli
soy sauce (amount depends on your taste bud)
1-2 tbsp of honey (i add this. original recipe takde)
1 tsp corn flour + 1 tbsp of water
daun bawang*  optional

Method:-
1. Preheat oven. Fill up a baking tray (tray1) with boiling water and put another tray (tray 2) in the middle of the baking tray. Arrange the salmon on tray 2. Wrap it with aluminium foil. Oven steam in the preheated oven for like 30 mins.
2. In a saucepan, dissolve the tamarind paste with water. Mix in the garlic, ginger, green chilli, soy sauce and honey. Stir well till bubbly.
3. Mix the cornflour and cook the sauce further till thicken.
4. Serve the salmon with the sauce together with baked potato, steam broccolli and garlic bread. Nyums! 


Monday, November 18, 2013

Salmon in Lemon Marinade

I made this ages ago. For my dear husband.

Ingredients:-
1. Salmon steak
2. Lemon juice
3. Salt
4. Pepper

Method:-
1. Marinade salmon with lemon, salt and pepper
2. Pan fry with olive oil (skin side first till crispy, and flip to the other side when done)
3. Serve with lemon wedges and creamy mashed potato. Done!

Tuesday, October 22, 2013

Salmon Teriyaki

I know salmon is good, but it is very hard for me to take salmon. Sebab utama : ada sikit rasa hanyir. :P So the best way to make me eat salmon - buat teriyaki. Bunyi jek susah, tapi buek ee sonang yo!

Ingredients:-
1. Ikan Salmon
2. 2-3 ulas bawang putih (cincang)
3. Kicap manis
4. Madu
5. Black pepper

Method:-
1. Marinade ikan dengan semua bahan di atas. Biarkan dalam setengah jam.
2. Pan fried dengan olive oil. Siap!

I serve dengan mashed potato.

Mashed potato recipe:-

Ingredients:-
1. Potato 
2. Butter
3. Susu
4. Garam

Cara-cara saya:-
1. Boil potato sampai lembut.
2. Drain the potato
3. Mashed the potato with butter, susu + garam. tambah la pepper kalau suka. Siap..

Thursday, October 3, 2013

Kari Ikan


My in law hails from Penang, the land of curry. Hence, my husband's taste bud. I on the other hand was brought up eating Negeri Sembilan food. See the relation? No? Yes?

I was hopeless in cooking curry. Like seriously.

10 years of marriage, baru la eden ghoti nak masak kari. Thanks to my cousin yang bagi tips. So i perturunkan (ecceh!) tips kat uols plak. Ini ilmu jugak kan?

Bahan-bahan:-
Blend
Bawang besar
Bawang putih

2 sudu teh halba campur
Daun kari
1 pek kecil rempah kari ikan (saya pakai Adabi) + air panas
Asam jawa (saya guna pes asam jawa Adabi)
Bendi
Tomato
Ikan (can be jenahak. tenggiri, bawal, etc)
Air
Santan (saya pakai 2-3 sudu besar santan kotak Harmony)

Kaedah:-
1. Tumis bawang besar + putih yang telah diblend sehingga wangi. Masukkan daun kari + halba campur.
2. Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan air panas sehingga menjadi pes. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan air & 1 sudu kecil asam jawa.
4. Masak sehingga pecah minyak. Masukkan santan dan biarkan mendidih & pecah minyak.
5. Masukkan ikan, bendi, tomato serta perisakan dengan garam.

Layankan dengan nasi panas + sambal belacan. Nyums.

Wednesday, May 15, 2013

Asam Pedas Ikan Tenggiri


Dulu-dulu aku tak pandai masak asam pedas, sekarang, dah terer. #libasrambutkebelakang

Thanks to Kak Hanieliza. Buku dia amat membantu!  

Ingredients:- 
Blend
1 biji bawang besar
3-4 biji bawang merah
3 biji bawang putih
sedikit kunyit hidup
sedikit belacan
2-3 sudu besar cili kering yang telah diblend

Lain-lain
2-3 keping ikan tenggiri/senangin/pari
daun kesum
daun ketumbar
tomato (potong 4)
bendi
1 sudu kecil asam jawa Adabi
2 cawan air (cawan budak yang beli kat ikea tuh)  

Method:-
1. Tumis bahan yang diblend (kecuali cili) di dalam minyak panas yang banyak.
2. Bila dah hampir kering air, masukkan cili. Tumis sehingga terbit minyak dan cili garing.
3. Masukkan air + asam jawa. Biarkan sehingga mendidih.
4. Masukkan ikan, tomato, bendi, daun kesum dan ketumbar. Perisakan dengan garam secukupnya/
5. Continue cooking sehingga ikan masak. Nyums!

Sunday, March 11, 2012

breakfast my way





aku tak berapa suka makan ikan. tapi aku tau ikan tu baguih. so, dalam usaha untuk meningkatkan kadar makan ikan, ini la yang aku buat.

the new gardenia bread, buttered (uhuks..) and toasted.

layered with cheese (uhuks..) and creamy tuna seasoned with lemon juice, black pepper and salt..

it just make your tummy so full!

ps - sila tambah salad untuk extra healthy feeling.. it can be your breakfast, lunch, dinner, supper or whatever!

Tuesday, January 3, 2012

Kari Kepala Ikan



Me and curry never get along well. 8 years of marriage, and I still fail to cook this favourite dish of OH.

Since the other day, my attempt to cook my 'most of the time' disastarous asam pedas went succesful, I decided to give this another try.

Again this time, I turned to Kak Hanieliza's recipe.

Ingredients
A
5 biji bawang merah (blend)
2 ulas bawang putih (blend)
1 inch halia (sliced)
1 tbsp halba campur
3 tangkai daun kari

B
1 small packet of serbuk kari ikan (I used adabi)+ 1/2 cup of water
1 keping kepala ikan tenggiri
4 bendi
3 biji cili hijau
2 biji tomato
2 tbsp asam jawa + 1/2 cup of water
2 cups of santan
minyak

Method
1. Tumis Bahan A sehingga wangi.
2. Masukkan rempah kari & masak sehingga pecah minyak & garing
3. Masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih
4. Masukkan santan. Biarkan mendidih.
5. Masukkan ikan, bendi & cili hijau.
6. Kecilkan api & masak sehingga pecah minyak.
7. Apabila mendidih, masukkan tomato & sehingga pecah minyak sekali lagi.
8. Makan panas-panas dengan nasi putih/roti canai. Best.

Verdict : Hari ini dalam sejarah. Kari saya ada rupa kari dan rasa macam kari. :P

Monday, January 2, 2012

Asam Pedas Ikan Pari



Dah 8 tahun kahwin, saya tak pernah masak ikan pari dekat rumah. :P

So, this is my very first attempt masak ikan pari. As usual, guna buku kak hanieliza. Thanks a lot Kak Hanie. Banyak ilmu memasak saya dapat. Maklumla sebelum ni ilmu masak memang takat nyawa-nyawa ikan.

Ingredients

2 keping ikan pari
Bendi
1-2 tbsp asam jawa + 3 cawan air
Daun kesum

Blend:-
Cili kering (I used about 3 tbsp)
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 tsp serbuk kunyit

Method

1. Tumis bahan blend sehingga pecah minyak. --> this will take quite sometime. So sabarrrrrr!
2. Masukkan asam jawa + air, dan masak sehingga mendidih.
3. Masukkan ikan, garam, daun kesum & bendi. Masak sehingga mendidih
4. Sedap dimakan dengan nasi panas-panas.

ps - simpan semalaman. Esoknya, makan cucur udang/bilis cicah kuah asam pedas. Confirm tak pandang dah cili sos. :)

Tuesday, December 20, 2011

Ikan Siakap Bakar Berempah Woku



Resepi ni saya dah copy entah berapa kali. tak pernah berjaya nak masak sebab asyik tak cukup bahan. tengok kak ummi ulang tayang resepi nih terus rasa nak buat jugak. so, saya pun copy paste la resepi and buat untuk last week's dinner.

Bahan:-


1 ekor ikan siakap - dikelar-kelar
1 sudu teh air perahan limau nipis (*saya guna limau kasturi jek)
1 sudu teh garam

Lumur ikan siakap dengan limau nipis dan garam. Perapkan 15 minit. Bersihkan dan ketepikan.

8 helai daun limau purut - buang tulangnya dan hiris halus
4 helai daun pandan - hiris halus
2 helai daun kunyit - hiris halus
3 batang serai - ambil putihnya dan hiris halus
5 tangkai selasih - diambil daunnya (*saya tak letak)
2 biji tomato merah - potong dadu
250 ml air
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula pasir
2 tangkai daun bawang - dipotong-potong
sudu makan minyak masak untuk menumis

Bahan Kisar:-

12 biji bawang merah
7 biji cili padi merah (next time kena kurangkan sikit, sebab pedas sangat utk tekak saya)
5 biji buah keras - bakar kejap (*saya x bakar pun)
3 cm kunyit hidup - bakar (*saya x bakar pun)
2 cm halia

Cara Memasak:-


1.Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar, daun limau, daun pandan, daun kunyit dan serai sehingga terbit aroma.
2. Masukkan tomato dan kacau hingga layu.
3. Masukkan air, gula pasir dan garam. Masak sehingga matang dan mendidih.
4. Masukkan daun selasih dan ikan siakap. Masak sehingga kuah menyerap.
5. Sediakan alluminium foil yang telah digriskan sedikit minyak dan letak angkat ikan tadi di atas alluminium foil.
6. Tuangkan juga semua kuah pekat tadi rata-rata menyaluti ikan.
7. Bakar selama 30 minit dengan suhu ketuhar 180C sehingga ikan masak.
8. Hidangkan bersama pelengkapnya dan bahan taburan cili padi hiris.
9. Selamat menjamu selera!!! Hingga menjilat jari uuuuu...

Tuesday, September 6, 2011

Ikan Siakap Tiga Rasa



masakan ini adalah resepi all time favourite saya sebab ingredients is all time ada punya kat rumah, insya Allah. :) plus, ia adalah fool proof sebab tak perlu rasa garam segala. :D resepi boleh klik dekat sini --> ikan tiga rasa

Monday, September 5, 2011

Ikan Cencaru Sumbat - Bakar Version



I hardly masak ikan cencaru. In fact, this is my first time ever since 8 years of marriage saya bawak ikan cencaru mentah balik rumah untuk dimasak. masa kat sekolah-sekolah dulu, ikan cencaru nih famous dengan nama ikan jaket.

Saya masak ikan nih untuk dipartner kan dengan lauk udang kunyit yang saya masak, since suami request nak makan ikan. (maklumla, raya memanjang makan daging dan ayam).

Ingredients
Ikan cencaru dibelah belakang (season with garam dan kunyit)
3 biji bawang merah*
3 biji cili merah*
2 batang serai*
3 biji limau nipis (ambil jus)
garam dan gula

kisarkan semua bahan bertanda *

Method
1. campurkan semua bahan yang dikisar dengan jus limau nipis dan rasakan dengan garam dan gula.
2. masukkan bahan-bahan yang telah dicampur tadi ke bahagian belakang ikan cencaru yang telah dibelah.
3. bakar selama 20 minit @ 150degrees.
4. selepas 20 minit, terbalikkan ikan dan sambung bakar selama 20 minit lagi.


Thursday, August 4, 2011

:: Ikan Siakap Sambal Hijau ::



Resepi nih daya cilok dari magazine Nona (kalau tak silap) edisi Julai 2010. i'm not a big fan of fish, very selective, and antara ikan yang saya suka is siakap. bila nampak resepi nih dalam magazine dengan sikt punya lawa posing, saya pun try. not bad!

:: Ingredients ::
Ikan Siakap - lumur dengan tepung jagung & garam
5 ulas bawang merah*
1 biji bawang besar*
2 batang serai*
2 inci halia*
10 batang cili hijau*
1 sudu besar oyster sauce
lada sulah, garam, gula

* blend

:: Method ::
1. Goreng ikan sehingga garing, and letak atas pinggan.
2. tumiskan bahan blend sehingga naik bau. masukkan oyster sauce & sedikit air.
3. season with salt, sugar & white pepper. masak sehingga kuah agak kering & garing.
4. tuang kuah atas ikan. sila makan. :)

Thursday, May 12, 2011

:: Sup Ikan Merah ::



resepi nih jumpa kat salah satu blog yang kat list tuh. got onterested sebab method dia a bit different than the norm. mmg delicious and very healthy. no oil at all. dan terasa manis sayur dalam kuah.

:: Ingredients ::
celery
carrot
bawang besar - hiris
2-3 ulas bawang putih - hiris
halia - 1-2 inch, hiris
ikan merah
brocolli
serai
garam
air

:: Method ::
1. boil water dan masukkan semua bahan kecuali ikan, brocolli, serai dan garam. masak hingga mendidih.
2. bila dah mendidih, asingkan kuah dan bahan2 yang direbus tadi. bahan2 yang direbus tadi kita discard, except carrot. carrot tuh kita recycle balik.
3. masukkan ikan, carrot, serai, brocolli dalam air rebusan tadi.
4. masak lagi sekali sehingga ikan masak. rasakan dengan garam and lada hitam (jika suka). serve hot with daun sup, daun bawang and bawang garam. yummy, healthy and most importantly easy peasy


Sunday, April 10, 2011

:: Ikan Bakar Padang ::



Resepi nih saya dapat dari blog favourite - kak ummi. resepi yang ringkas dan mudah, sesuai dengan kehidupan saya yang sangat2 memerlukan resepi memasak seringkas-ringkasnya. :) it's delicious, and most importantly, easy peasy!

:: Ingredients ::
2 ekor ikan bawal hitam saiz sedang - saya pakai ikan siakap (1/2)
2 sudu makan air perahan limau nipis
3 ulas bawang putih (titik)

Bahan Sos Padang:-
6 - 10 tangkai cili merah
2 sudu makan sos tamoto
2-3 sudu besar marjerin
2 ulas bawang putih ( tumbuk)
1 sudu makan gula
garam secukup rasa
Secukupnya rasa air perahan lemon

daun ketumbar - optional

:: Method ::
Bersihkan ikan dan kelar, lumurkan dengan bawang putih, air perahan limau dan perap selama 10 minit.

Untuk sos padang - kisar cili merah, bawang putih, kemudian campurkan bahan sos dengan marjerin. Gaul rata. Sesuaikan rasa masam, manis dan masin mengikut selera. Ambila separuh sos dan lumurkan ke seluruh ikan termasuk bahagian dalamnya. Panggang ikan hingga masak. Didihkan baki sos dan hidangkan dengan ikan bakar serta daun ketumbar

Monday, February 21, 2011

:: Grilled Salmon & Saba ala Teriyaki with Mixed Tempura ::

tetiba perut mengidam nak makan makanan jepun. tapi untuk berbelanja di restoran jepun tak termasuk dalam kemahuan sebab mahal plus tekak ni cuma makan a few types of japanese food sahaja. (no raw fish, no sushi)

made these for yesterday's dinner, salmon for him (i tak suka salmon), and saba fish for moi.





Grilled Fish ala Teriyaki
:: Ingredients ::
Fish (Salmon & Saba)
Sweet Soy sauce
Honey
Garlic
Corriander leaves (Daun Ketumbar) - i ganti dengan daun sup

:: Method ::
1. Marinate for at least 2 hour.
2. Pan grilled till cook to you desired level. (i like it well done)
3. serve dengan daun ketumbar yang telah dihiris halus.

:: Mixed Tempura ::
Sweet Potato (ubi keledek manis)
Cendawan Enoki
Terung
Tepung tempura
Air sejuk

1. wash vegetables, slice and leave to dry.
2. mixed tempura flour with cold water. (air sejuk akan mengelakkan tempura dari menyerap minyak)
3. goreng dalam minyak panas.

ps - tips yang i dapat dari internet kata, to know the right temperature to fry tempura, drop some batter. kalau dia tenggelam, then timbul balik, that's the right temperature. kalau drop and terus floating, it's too hot.

ps no. 2 - payah nak dapat perfect tempura. serious!

Monday, January 17, 2011

:: Salmon ala Teriyaki ::



saya tak suka ikan salmon, but OH does. but this recipe, bila buat, i boleh pulak makan, sebab tak rasa sangat hanyir ikan. :) this recipe i dapat dari buku masak yang diterbitkan (ecceh ayat) oleh my university during my study years in sydney. buku tu di distribute secara free utk semua students. recipe pun dtg dari students. recipe nih dah dialter ikut bahan yang boleh digunapakai oleh Muslim. recipe asal suruh marinade dengan brandy.

:: Bahan-bahan ::
1 keping ikan salmon
kicap manis
sos ikan
honey
bawang putih
daun ketumbar
sedikit minyak untuk goreng

1. perapkan ikan dengan kicap, sos ikan, honey & bawang putih dalam 30 minit. jangan perap lama sangat.
2. goreng dalam minyak panas. some like it raw, tapi i suka ikan yang betul2 masak.
3. serve dengan daun ketumbar yang diracik halus.

:: Ikan Kurau Tumis Asam ::



again, dari kak haniliza. (memang la menu makan saya berkisar pada kak hani's books. :)

:: Bahan-bahan ::
1 keping ikan kurau
1-1.5 cawan air asam jawa
1/2 tsp kunyit
1 tomato (i omit this)
minyak masak
garam
carrot - potong panjang
daun bawang (potong pendek)
3 ulas bawang merah (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
1 inch halia (hiris)
1 biji cili merah (hiris)
1 bawang besar (hiris)

1. perap ikan dengan garam dan kunyit. goreng dalam minyak panas sehingga garing & set aside.
2. bahan yang telah dihiris ditumis sehingga naik bau. masukkan carrot dan masak sebentar.
3. masukkan air asam jawa dan kunyit. rasakan dengan garam.
4. bila dah mendidih, masukkan daun bawang & curahkan kuah atas ikan.

SEDAP!

Sunday, August 9, 2009

:: Steamed Snapper ::



I went to JJ and found that the snapper was fresh. immediately grabbed one for the family.

undecided of what to cook, i finally settled at steamed snapper.

ingredients:-
snapper
ginger (thinly sliced)
garlic (thinly sliced)
shallots (thinly sliced)
red chilli (thinly sliced)
one cup of water
lime juice (5 - 6)
1-1.5 tbsp fish sauce
salt
chinese parsley
carrot
baby corn

method:-
1. rub the fish with salt and put it in a wok.
2. pour everything in,
3. close with a glass lid, and steam for 20-30 mins.