Resepi ni saya dah copy entah berapa kali. tak pernah berjaya nak masak sebab asyik tak cukup bahan. tengok
kak ummi ulang tayang resepi nih terus rasa nak buat jugak. so, saya pun copy paste la resepi and buat untuk last week's dinner.
Bahan:- 1 ekor ikan siakap - dikelar-kelar
1 sudu teh air perahan limau nipis (*saya guna limau kasturi jek)
1 sudu teh garam
Lumur ikan siakap dengan limau nipis dan garam. Perapkan 15 minit. Bersihkan dan ketepikan.
8 helai daun limau purut - buang tulangnya dan hiris halus
4 helai daun pandan - hiris halus
2 helai daun kunyit - hiris halus
3 batang serai - ambil putihnya dan hiris halus
5 tangkai selasih - diambil daunnya (*saya tak letak)
2 biji tomato merah - potong dadu
250 ml air
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula pasir
2 tangkai daun bawang - dipotong-potong
sudu makan minyak masak untuk menumis
Bahan Kisar:-12 biji bawang merah
7 biji cili padi merah (next time kena kurangkan sikit, sebab pedas sangat utk tekak saya)
5 biji buah keras - bakar kejap (*saya x bakar pun)
3 cm kunyit hidup - bakar (*saya x bakar pun)
2 cm halia
Cara Memasak:-1.Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar, daun limau, daun pandan, daun kunyit dan serai sehingga terbit aroma.
2. Masukkan tomato dan kacau hingga layu.
3. Masukkan air, gula pasir dan garam. Masak sehingga matang dan mendidih.
4. Masukkan daun selasih dan ikan siakap. Masak sehingga kuah menyerap.
5. Sediakan alluminium foil yang telah digriskan sedikit minyak dan letak angkat ikan tadi di atas alluminium foil.
6. Tuangkan juga semua kuah pekat tadi rata-rata menyaluti ikan.
7. Bakar selama 30 minit dengan suhu ketuhar 180C sehingga ikan masak.
8. Hidangkan bersama pelengkapnya dan bahan taburan cili padi hiris.
9. Selamat menjamu selera!!! Hingga menjilat jari uuuuu...
No comments:
Post a Comment