Showing posts with label rice. Show all posts
Showing posts with label rice. Show all posts

Thursday, August 28, 2014

Nasi Beriani Kambing dan Kambing Masak Kandar

Uishhhhhhh. Sedap gila rempah nasi beriani Pakistan ni. Dapat info bila baca blog Juwita. Sampai kat kedai, kebetulan ada rempah nasi beriani brand Shan dari Pakistan. Masak ikut arahan paket jek. Sesapa dok kat Yokohama boleh la cari rempah ni. Sedap sangat-sangat! Masak nasi beriani ni dengan lauk kambing kandar, resepi dari bog Kak Nor. Memang tersandar kekenyangan dan rasa bersalah sebab diet terus out! 

Dan lagi best, dah nak kat kul 10 malam, si kecik tanya, Mommy nak makan nasik, padahal masa suap makan tadi dah 2 kali tambah!

Rempah nasi beriani tu a bit spicy, so kena pandai adjust. First time buat, terpedas. Second time, ok dah.

Resepi Nasi Beriani
Bahan-bahan
Kambing
Rempah beriani
1 cawan air
1 biji bawang besar - dihiris
Minyak
Daun kari
1/4 sudu kecil asam jawa Adabi
Cili hijau (optional)
Kismis, gajus (optional)
2 pot beras basmathi
3 cawan air + 0.25 cawan susu segar

Cara-cara
1. Basuh dan tos beras. Asingkan.
2. Perap kambing dengan dua sudu besar rempah beriani (minimum sejam)
3. Rebuskan kambing yang telah diperap dengan secawan air, sehingga air kering. Tutup api.
4. Di dalam periuk lain, tumiskan bawang, 1.5 sudu kecil rempah nasi beriani dan daun kari sehingga kuning. Masukkan kambing yang telah direbus tadi dan masak seketika.
5. Masukkan beras yang telah ditos dengan 3 cawan air dan 0.25 cawan susu segar. Masukkan juga kismis & gajus serta perisakan dengan garam. Tanak nasi seperti biasa.

Resepi Kambing Masak Kandar (sumber Kak Nor)
Bahan-bahan
Kambing
6 ulas bawang putih - blend
1 inci halia - blend
2 sudu besar kicap pekat maggi
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2-3 sudu besar rempah kari daging
1 labu bawang besar (dimayang)
1 ulas bawang putih (dimayang)
Kulit kayu manis dan bunga lawang
sedikit daun kari
garam dan perasa

Cara-cara
1. Rebus kambing sehingga empuk. Simpan air rebusan.
2. Tumiskan bawang besar, bawang putih yang dihiris, kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga wangi.
3. Masukkan bahan-bahan yang diblend dan tumis sehingga wangi.
4. Masukkan kicap, sos dan rempah kari. Gaul rata.
5. Masukkan air rebusan dan kambing yang telah direbus. Masak sehingga pekat. (saya tambah kentang)
6. Perisakan dengan garam jika perlu.




Thursday, August 21, 2014

Nasi Kari

Dah berapa blog aku masuk, banyak betul yang suggest masak nasi kari. So let's gamble. Resepi ni aku amek dari few blogs, antaranya blog Kak Nor.

Resepi ni diolah semula mengikut kesesuaian dan kerajinan tukang masak. But all in all, rasanya sangat sedap macam nasi arab gitu.

Amacam, mengancam tak?

Bila upload gambar ni kat fb, ramai pulak member yang tanya cemana nak masak. In short, sebenarnya nasi ni dimasak dengan kuah kari ayam. Maknanya, masak kari ayam dulu, lepas tuamek kuah kari tu untuk masak nasik. Since aku pakai beras basmathi, kuantiti kuah tu aku lebihkan1 cup dari sukatan beras supaya nasi nanti lembut.

Bahan-bahan
4 sekawan
daun kari
1 biji bawang besar * - blend
2-3 ulas bawang kecik - * blend
1.5 inci halia * - blend
2 sudu besar rempah kari ayam (dibancuh dengan air panas sehingga menjadi pes)
1 kiub ayam (optional)
garam
Ayam (aku tak masukkan pun. buat kari kosong saja)
Santan
2 pot beras basmathi - basuh dan toskan
Kismis, gajus (optional)

Cara-cara
1. Tumis 4 sekawan, daun kari dan bahan-bahan yang diblend sehingga naik bau.
2.  Masukkan rempah kari yang telah dibancuh. Continue masak sehingga pecah minyak.
3. Bila dah pecah minyak, masukkan ayam (in my case, aku skip)
4. Masukkan santan, kiub ayam dan perisakan dengan garam. Masak sehingga pecah minyak.
5. Di dalam periuk nasi, masukkan beras dan kuah kari yang telah dimasak. Masukkan kismis dan gajus. Tanak atas rice cooker macam biasa.

Saya hidangkan nasi ni dengan ayam goreng rempah. Mabeles.
 

Wednesday, March 14, 2012

Nasi Beriani



Aku suka makan nasi beriani kat JM Beriani. very light and fluffy.

I made one at home, guess past 2-3 weeks. takde masa nak update. but then, this is not the JM's version of light beriani. yang nih, kinda heavy. guna resepi kak hanieliza.

it didn't turn out the way i like it. but it's worth the try.

Ingredients
Bahan A

4 cups beras basmathi
1 packet kecil rempah beriani (mix with water)
4 biji tomato
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
daun pudina (dihiris halus)
daun ketumbar (dihiris halus)
4 cawan air
1 cawan susu cair
minyak sapi
kismis
garam
pewarna kuning
* i add some cashew nuts

Dikisar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji daun pelaga
sedikit daun kari

Method
1. Panaskan minyak sapi. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah beriani dan masak sehingga pecah minyak.
3. masukkan tomato, cili merah dan cili hijau.
4. masukkan air, susu, daun ketumbar, daun pudina, kismis dan kacang gajus. biarkan sehingga mendidih.
5. masukkan beras dan tanak seperti biasa.

I served this with daging beriani.

ps - hurt myself dengan tin minyak sapi... adoiiiii sakit gila!
3.


Wednesday, January 25, 2012

Nasi Lemak dan Sahabat-sahabatnya



Nasi Lemak adalah juadah yang istimewa di rumah. hahahaha. sebabnya setahun sekali nak masak nasi lemak pun susah. mana tanya, dapur cuma berasap masa weekend. lepas tuh, konon-konon nak cut down on santan intake, sebab during weekday, lauk bersantan dah jadi macam lauk hari-hari.

Meh nengok cara masak nasi lemak cara saya.

Bahan-bahan
3 cawan beras (saya pakai beras siam wangi)
4 cawan santan (2 kali perah)
sedikit garam
3 bawang merah dimayang halus
1 serai diketuk
2 inci halia dihiris halus
3 daub pandan disimpul

Method
1. Basuh beras dan toskan
2. Masukkan kesemua bahan di dalam periuk nasi.
3. Masak seperti biasa. saya pakai rice cooker sahaja.

Served this with sambal, ikan bilis goreng, telur mata, kangkung goreng & ayam goreng berempah. Nyums.

ps - lihat berapa kali perkataan goreng diulang-ulang. begitulah banyaknya minyak dah masuk dalam usus. haihhh. menyesal kemudian, dapat kenyang sahaja. eh. dan gemuk juga.

Saturday, January 21, 2012

Nasi Hujan Panas



mula asal, nak masak nasi beriani. tapi rencah tak cukup. tunggu husband balik beli barang punya la lama. so last-last, tukar plan. masak nasi hujan panas. ikut resipi sebijik-bijik, sebab selalunya kalau masak nasi yang ada letak susu selalu termentah. hahahahaha. dah nak masuk 9 tahun kahwin pun selalu payah nak adjust susu. :P

resipi saya ikut kak hanieliza punya. tarak alter this time. ikut sebijik2.

Bahan
4 cawan beras basmathi (dibasuh & ditos)
4 cawan air
1/2 cawan susu cair
3 biji tomato (dicincang)
1 batang serai (dititik)
2 helai daun pandan (disimpul)
1 kiub pati ayam ** saya guna 1 sudu besar pati ayam (liquid punya)
garam secukup rasa
pewarna hijau, merah, kuning
2 sudu makan marjerin
1 sudu makan minyak sapi

Bahan B
1 kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
3 biji bawang merah (blend)
1 ulas bawang putih (blend)
1 inch halia (blend) ** saya hiris saje.

Lain-lain

daun sup ** saya guna daun ketumbar
bawang goreng

Method
1. Tumis bahan B, serai dan daun pandan sehingga naik bau.
2. masukkan air dan garam sehingga mendidih.
3. Masukkan susu cair, pati ayam, tomato & beras. Kacau rata.
4. Masak nasi seperti biasa. (saya masak atas dapur dengan api yang kecil)
5. Apabila nasi hampir kering, titiskan pewarna di 3 tempat yang berasingan. (1 warna 1 spot)
6. Biarkan nasi masak. Gemburkan dengan hati-hati untuk elak nasi hancur.
7. Hidangkan nasi bersama bawang goreng dan daun ketumbar/sup.

Note to self:-
1. reduce the colour amount next time. meriah benar la pulak nasik saya.

Tuesday, November 1, 2011

Nasi Arab



Resepi yang saya dapat dari maid saya yang sebelum nih kerja di saudi. authentic gituuuu

Resepi Nasi Arab

::Ingredients::
5.5 cups of beras basmathi
1 ekor ayam/daging
1.5 litre air
halia
4 sekawan
1 biji bawang besar
1 biji tomato didadu
halia dihiris nipis
8 sudu besar tomato paste
1 cili besar
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
capsicum
garam
1 asam keping

::Method::
1. basuh beras dan set aside
2. tumis bawang,4 sekawan dan halia sehingga naik bau.
3. masukkan ayam, tomato paste, capsicum, tomato dan jintan putih. biarkan sehingga masak. kacau sekali sekala.
4. apabila ayam sudah masak, masukkan air.
5. continue masak ayam sehingga air hampir separuh.
6. rasakan dengan garam.
7. sekiranya ok, masukkan beras yang telah dicuci.
8. adjust air (samada nak tambah atau kurangkan)
9. tanak sehingga masak.

Resepi Dalca Nasi Arab

::Ingredients::
5-6 ulas bawang merah (dihiris halus)
2 ulas bawang putih (dihiris halus)
4 sekawan
halia
daging
cili besar
capsicum
terung
carrot
kentang (didadu dan direbus dahulu)
8 sudu besar tomato paste
1/2 tsp serbuk jintan putih
1/2 tsp serbuk kari

::Method::
1. tumis bawang, halia & 4 sekawan sehingga naik bau
2. masukkan daging dan continue tumis sehingga masak
3. masukkan serbuk kari, jintan, tomato paste dan capsicum
4. kacau sehingga tomato paste masak
5. masukkan air serta cili besar dan masak sehingga didih
6. masukkan terung, carrot & kentang. perisakan dengan garam.

Resepi Salad

::Ingredients::

Rommaine salad
Tomato
Timun
Jus lemon
garam

1. potong dadu timun dan tomato.
2. racik salad.
3. gaulkan dengan jus lemon & garam sejurus sebelum hidang.


Friday, August 5, 2011

:: Nasi Goreng Ikan Masin ::


menu macam nih keluar bila tukang masak dah tak selera nak makan. almaklum la, anak tak sihat, mood mau makan pun macam melayang-layang jek.

:: Ingredients ::
2 ulas bawang putih (ketuk/hiris)
5 tangkai cili padi
1-2 sudu besar sos tiram
1 mangkuk nasi putih sejuk
1 keping ikan tenggiri jeruk masin
sayur hijau (i used bak choy)
1/2 tomato (diced)
cendawan enoki
telur (optional)
minyak bijan (optional)

:: Method ::
1. tumis bawang putih & cili api sehingga naik bau. masukkan cili api dan tumis sehingga wangi.
2. masukkan sos tiram & nasi. gaul rata
3. masukkan semua sayur & gaul lagi
4. masukkan telur & last sekali minyak bijan.

done. sungguh membuka selera

note to self - omit telur and minyak bijan next time.


Monday, May 2, 2011

:: Nasi Goreng Separa Kerabu ::



semalam beli bunga kantan memang dengan niat nak masukkan dalam nasi goreng. my boys love nasi goreng with bunga kantan. made this for today's dinner, and alhamdulillah anak2 selera makan.

:: Ingredients ::
- Bahan Tumis
1/2 biji bawang besar - hiris
3 biji bawang merah - hiris
3 biji bawang putih - hiris
1 biji cili merah - hiris
1 biji cili hijau - hiris
2 biji cili api (sila tambah untuk pedas)
2 batang serai - hiris
1 batang bunga kantan - hiris
1 genggam ikan bilis - ditumbuk lumat

1.5 cawan nasi
1 biji carrot - dihiris
2 pokok sayur bak choy
2 biji telur
daun bawang
daun sup
1 genggam ikan bilis digoreng garing

:: Method ::
1. Tumis bahan-bahan tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan carrot & sayur bak choy. season with salt.
3. masukkan nasi dan gaul rata. pecahkan telur dan kacau rata.
4. masukkan ikan bilis yang telah digoreng dan kacau rata.
5. serve warm dengan hirisan daun bawang dan sup.

Sunday, April 17, 2011

:: medley : nasi lemon + ayam percik + rakan-rakan ::

Nasi Lemon



i found this recipe masa here ---> intan's. sangat catchy n unik utk di'try' di rumah. ingredients pun tak banyak. i find the rice, ok. i would say nasi serai fare better. lemon tak terasa sangat, so perhaps, if buat lagi lepas nih should add more lemon. had this with ayam percik, sup kosong + sayur campur. nak masak menu nih punya pasal, i started my day as early as after subuh sebab dalam to do list teramatla banyak!

: Ingredients ::
4 cups beras basmathi
4 cups of water
garam
1/2 tsp kunyit
1/2 tin susu ideal
5 tbsp marjerin (i used puteri)
1 pokok daun sup (mayang halus)
1 pokok daun pudina (mayang halus)
satu genggam raisins (i tambah)
1 biji lemon (parut dan ambil jus)

~ bahan kisar ~
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1" halia

:: Method ::
1. basuh beras and toskan.
2. tumis bahan kisar dengan marjerin sehingga naik bau.
3. masukkan air, susu, parutan kulit lemon, jus lemon & garam. masak hingga mendidih.
4. apabila mendidih, masukkan beras, daun sup dan daun pudina.
4. tanak sehingga masak.

Ayam Percik



dah lama teringin nak masak ayam percik. tapi tak berani sebab saya bukanlah orang yang pandai memasak. sekadar tahu masak untuk tidak lapar dan memnuhi selera keluarga nukleus. tapi resepi yang saya jumpa di sini ---> noormasri seems easy. so here goes! and definitely dalam repeat list sebab senang. ngee!

:: Ingredients ::
4 keping ayam
2 kotak santan (saya pakai harmuni)
garam & gula
3 batang serai
1/2 tsp kunyit (saya tambah)
1.5 tbsp cili giling

~ bahan kisar ~
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1" halia
3 biji buah keras

:: Method ::
1. Masukkan semua bahan ke dalam kuali.
2. Masak sehingga kuah pekat.
3. Alihkan ayam ke dalam dulang & bakar di dalam oven @ 150deg for 30 mins. alternatively bakar atas dapur (which taste better!).
4. Panaskan lebihan kuah di atas kuali dan curahkan ke atas ayam apbila hendak menghidang.

Verdict : Menjilat Jari.



Sup gonjeng nih saya buat untuk anak-anak so that nasi tuh tak kering kejung masuk tekak. :p



and sayur nih sayur yang biasa saya masak untuk OH and kids. tak yah recipe la, senang sangat. :)


Monday, January 17, 2011

:: Left Over Nasi Goreng ::



left over nasi serai telah ditransform jadi nasi goreng. instead of goreng dengan minyak, i goreng dengan marjerin. masukkkan sikit sayur-sayur untuk tambah colour pada nasi. jangan membazir! :)

:: Nasi Serai ::



Recipe nasi serai nih i dapat dari blog kak nor. outcme product dia rasa macam nasi ayam, without less guilt, bagi yang berdiet. (ye sangat) i hidang nasi nih dengan daging masak halia + sayur campur. kids love it!

:: Bahan-bahan ::
2 cawan beras
1 labu bawang
3 ulas bawang putih
2 helai daun pandan
1 btg kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga - tak letak
1 kuntum bunga lawang
5 btg serai ~ dititik/ketuk
1/2 kiub pati ayam ~ i ganti dengan pati ayam yang dalam botol. roughly 1-2 tbsp
garam
air secukupnya
2 sudu besar minyak sapi ~ i guna marjerin

Panaskan minyak sapi dan masukkan bawang besar dan daun pandan.
Goreng hingga bawang layu dan wangi, masukkan bawang putih, kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga dan bunga lawang.
Masukkan serai.
Goreng lg hingga wangi dan masukkan beras.
Kacau2 sekejap dan masukkan air secukupnya.
Masukkan kiub pati ayam dan garam.
Kacau sedikit hingga semua sebati dan masak lah sehingga nasi masak

thanx kak nor for this simple but yummy recipe. i suke.

Monday, February 22, 2010

:: Nasi Lemak & Sambal Sotong ::

Nasi Lemak and Sambal has never been my forte. trust me when i say that!

i took almost errrmmmm almost 6 years of marriage to make it edible. :P tatau apsal. pada aku, masak sambal nih la yang paling banyak mengajar diri untuk bersabar. untuk sambal sotong tuh, mmg aku berguru la ngan maid my mother secara hands on nak jadikan sambal tuh cam gitu. my mom's sambal sotong is just so perfect that i hardly find mine near hers....

kesimpulannya, untuk dapur rumah berasap masak nasi lemak n sambal amatla susah. 6 months one pun errrrr tak sampai rasanya!


Nasi Lemak

ingredients

beras
air
santan
daun pandan (knotted)
garam
halia (sliced)
bawang merah (sliced)
serai (sometimes i masukkan, sometimes i didn't)
garam

method
1. basuh beras till clean.
2. then masukkan everything else in a rice cooker, and cook. hehe

notice i didn't put any measurement? sebabnya everytime i buat i'll try and error. :P i tak pandai bab nak agak2 air banyak mana.. :P the only tip i can give is, i normally akan letak air ikut beras banyak mana and tambah the santan pekat like quarter cup. (normally tuh bunyi cam selalu jek buat kan? kan? kan?)


Sambal Sotong

ingredients

sotong
bawang merah (pounded)
bawang putih (pounded)
bawang besar (sliced)
asam jawa
santan
blended chilli
garam
gula

method
1. tumis bawang merah and bawang putih sehingga naik bau and agak kering.
2. masukkan cili dan teruskan menumis. tumis sehingga cili betul2 masak.
3. masukkan sotong.
4. masukkan asam jawa and santan. masukkan bawang besar.
5. season with salt and sugar.

my mom's tip: goreng dulu sotong dalam kuali asing sehingga separuh masak (without minyak). it'll cut the cooking time to half!

we had the nasi lemak and sambal sotong with these:-




Wednesday, December 9, 2009

:: Nasi Goreng Tomyam ::

my husband requested me to cook this for weekend's meal. (oleh kerana i dah lama tak masak, harus kuturutkan saje tanpa sebarang bantahan) but it makes me wonder, sapa yang mengidam sebenarnya, aku ke dia?? :P



ingredients:-
nasi putih
bawang merah
bawang putih
lengkuas (hiris nipis) - about 2 slices
1 serai, racik halus
5 biji cili padi
1-2 biji cili merah dipotong halus
2 sudu kecil tom yam paste
enough lime juice
dash of fish sauce
dash of kicap masin
daun limau purut
sotong
udang
cendawan
kailan
carrot (hiris nipis)
tomato
daun ketumbar
bawang goreng

method:-
1. panaskan minyak di dalam kuali
2. tumis bawang merah, bawang putih, serai, cili padi and cili merah sehingga naik bau.
3. masukkan lengkuas & tomyam paste dan tumis sehingga naik minyak.
4. masukkan air limau, sos ikan dan daun limau purut.
5. masukkan sotong, udang, carrot & cendawan.
6. continue sehingga lauk agak masak.
7. masukkan nasi dan tomato. gaul rata.
8. masukkan kailan dan kicap secukup rasa.
9. serve warm with chopped corriander leaves and bawang goreng.

sangat bukak selera!

we had this with kerabu apple hijau & seafood paprik. will update later on that yeah?

Wednesday, June 10, 2009

:: Nasi Lemak Hijau ::

i browsed through my favourite blog to look for something nice to cook for breakfast on sunday morning, and i cam accross this and this.

i decided to give it a try, knowing that it's a RISKY one as i'm hopeless in cooking sambal. tak pe la, kasik cuba dulu. i altered the nasi's recipe to preserve the taste of nasi lemak. omitted all kayu manis dan adik beradiknya.



nasi lemak hijau
ingredients:-

2 pot beras
2 cup santan
0.5 cup santan yang diblend dengan plus minus 6 helai daun pandan
bawang merah (sliced)
bawang putih (sliced)
halia (sliced)
1 batang serai dititik
salt

method:-
1. basuh beras sehingga bersih.
2. pour everyhting in and season with salt.
3. masak guna rice cooker. jangan lupa kacau to avoid nasi mentah.

sambal sotong
ingredients:-

sotong (obviously)
bawang besar (thinly sliced)
bawang merah (tumbuk)
bawang putih (tumbuk)
cili kering yang dah diblend
1 sudu kecil asam jawa adabi
1 cawan santan cair
gula perang
garam

method:-
1. tumis bawang besar sehingga perang at sides.
2. tumis bawang merah + putih sehingga naik bau.
3. masukkan cili blend dan continue tumis sehingga terbut minyak.
4. masukkan santan + air asam. kacau sehingga masak.
5. masukkan sotong. continue kacau sehingga sotong masak.
6. season with gula perang and garam.

untuk my boys, since the sambal tuh pedas, i gorengkan ayam for them. (my boys tak suka makan telur)

serve the nasi lemak hijau with sambal sotong, ayam goreng and telur goreng.
ps ~ i totally terlupa nak beli timun or kangkung dan condiments lain. so layankan jek nasi lemak separa lengkap gizi dia. but all in all, it's worth trying when i saw my OH tambah 2 kali. it's either the nasi is damn good or he's extremely hungry. i hope it's not the latter! ;P

Tuesday, May 19, 2009

:: Simple Chinese Fried Rice ::


fried rice came in lots of varieties. and chinese fried rice came up top in OH's list as favourite dish. (perhaps, surely the wifey tak burn the food? :P)

so here goes my way in dishing up the simple dish. what goes in pretty much depend on what's in fridge.

ingredients:-
rice
onion
garlic (minced)
prawns
sotong
mixed vege
red chilli
daun sup
chicken stock (i used those without MSG)
a tablespoon of fish sauce
dash of light soy sauce
dash of white pepper
a teaspoon of sesame oil
egg

method:-
1. heat oil in a wok
2. pour in the egg. give the egg a good stir.
3. when the egg is almost cooked, put in garlic, onion and red chilli. sautee till nice fragrant bubbles up in the air.
4. put in the seafood, fish sauce, dash of white pepper and chicken stock.
5. put in the rice, mixed vege, daun sup and mix well.
6. season with light soy sauce.
7. sprinkle with sesame oil, and fry further for about a minute or two.
8. serve warm with chilli sauce and bawang goreng.

simple, but satisfying. enough said.

Monday, March 30, 2009

:: Chicken Rice ::


- i cooked nasi ayam with chicken teriyaki yesterday. however, published in this entry is an old picca (the chicken was different anyway). but anyway, recipe dia lebih kurang cam nih la.. i cilok recipe nih dari mesra.net - search for nasi ayam complete.

ingredients:-
rice

1 whole chicken
water
2 bawang besar - sliced - 1 untuk rebus, 1 untuk nasi
3-4 cloves bawang merah - sliced
ginger (depends on u nak banyak mana, like me, i love ginger so letak banyak²) - nicer kalau parut.
margerine - enough untuk menumis
buah pelaga
bunga cengkih
jintan (hope i got the name right)
daun pandan - knotted
2 lemongrass
2 pots beras
salt

sos cili
1 senduk air rebusan ayam
8-10 cili besar
2 cloves garlic
salt + sugar

kicap
1 senduk air rebusan ayam
kicap cair
kicap manis
dash of sesame oil

method
rice

1. rebus ayam + bawang besar + bawang merah until the chicken is done. set aside.
2. cairkan margerine. tumis buah pelaga, bunga cengkih + jintan.
3. then tumis bawang besar + halia sampai wangi. masukkan serai.
4. masukkan 2 pot beras and kacau till well mix.
5. pour in 2 pots of air rebusan ayam.
6. put in daun pandan. season with salt.
7. transfer to electric cooker till cook.

sos cili
1. pour in all ingredients in blender and blend well.
2. season with salt and sugar to your liking.

kicap
1. add all ingredients. amount of ketchup pretty much depends to your liking.

sup
1. tumis bawang putih and merah until fragrant.
2. pour in lebihan air rebusan ayam.
3. add in carrots, celery + oyster mushroom.
4. season with salt.
5. serve with chinese parsley + bawang goreng. walla!

Chicken Terriyaki- altered from Rinnchan's fotopages

ingredients
boiled chicken
3 tbsp honey
4 tbsp kicap manis
2 cloves garlic - preferably grated
3" ginger (preferably grated)

method
1. mix all ingredients together
2. marinate for at least 1 hr
3. using non stick pan, dash bits of sesame oil.
4. pan fried the chicken.
5. once in a while, nrush the chicken with the remaining marinade sauce.

ps - serve the chicken rice with salad, cucumber, tomatoes.
enjoy yeah!

ps lagi - susahnya nak tulis recipe. i don't think i'm a good recipe writer!