Monday, May 2, 2011

:: Nasi Goreng Separa Kerabu ::



semalam beli bunga kantan memang dengan niat nak masukkan dalam nasi goreng. my boys love nasi goreng with bunga kantan. made this for today's dinner, and alhamdulillah anak2 selera makan.

:: Ingredients ::
- Bahan Tumis
1/2 biji bawang besar - hiris
3 biji bawang merah - hiris
3 biji bawang putih - hiris
1 biji cili merah - hiris
1 biji cili hijau - hiris
2 biji cili api (sila tambah untuk pedas)
2 batang serai - hiris
1 batang bunga kantan - hiris
1 genggam ikan bilis - ditumbuk lumat

1.5 cawan nasi
1 biji carrot - dihiris
2 pokok sayur bak choy
2 biji telur
daun bawang
daun sup
1 genggam ikan bilis digoreng garing

:: Method ::
1. Tumis bahan-bahan tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan carrot & sayur bak choy. season with salt.
3. masukkan nasi dan gaul rata. pecahkan telur dan kacau rata.
4. masukkan ikan bilis yang telah digoreng dan kacau rata.
5. serve warm dengan hirisan daun bawang dan sup.

1 comment:

Farihah said...

macam sedap je.. nak cube la..