Showing posts with label seafood. Show all posts
Showing posts with label seafood. Show all posts

Friday, February 27, 2015

Buttermilk Prawn


My bestfriend dah lama suruh I try this menu. Baru ni baru terbukak hati nak cuba. Menyesalnya laaaaa tak cuba dari dulu. Dah la bahan-bahan simple, cepat plak tu, yang penting sedap.

Korang mesti try this menu. Senang amat. 

Ingredients:-
Udang besar
1 labu bawang besar (dimayang halus)
Daun kari
Cili api (potong kecik-kecik)
Marjerin 
Setengah cawan susu cair

Method:-
1. Cairkan marjerin. Tumis bawang besar, daun kari & cili api sampai naik bau.
2. Masukkan udang dan susu cair. Gaul rata.

Siap. Gila tak senang? Makan mau panas-panas.


Wednesday, August 27, 2014

Sotong Oriental

Sotong sinonim sangat dengan masak sambal. Muak pulak rasa. 

Pastu bila jalan-jalan blog Kak Nor, jumpa resepi Sotong Masak Oriental. Bila ditelek bahan, ehh, macam Mongolian Prawn la yang aku makan kat JB, kat Kampung Danga. Sedap ok,sedap.


Bahan-bahan
Pes
2 s/b pes tom yam
2 s/k rempah kari ikan
1 1/2 s/b sos tiram
2 s/k sos ikan
 
Sotong 
1 tangkai daun kari
5 ulas bwg merah ~ hiris
3 ulas bwh putih ~ cincang
garam & gula secukup rasa
1 biji cili hijau (tak letak)
Gajus (aku tambah)

Cara-cara
1. Tumis bawang merah, bawang putih & daun kari sehingga wangi.
2. Masukkan bahan-bahan pes dan gaul rata. 
3. Masukkan sotong dan gajus. Gaul rata. Siap.

Wednesday, August 20, 2014

Udang Masak Rempah

Ini lauk favourite aku. Sejak husband kawen dengan aku, dengan dia-dia minat lauk ni. 

Masa mak datang duduk ngan aku kejap kat Jepun ni, apalagi, menuntut ilmu la. Padahal masa kat Mesia, time sikit punya banyak, takde motivasi pun nak masak lauk ni.

  
Dipersembahkan lauk Udang Masak Rempah Bonda saya.. :D

Lauk ni impressive, dan cara masak pun cukup senang. Serious tak tipu.

Bahan-bahan
Udang
Bawang merah *
Bawang putih *
2 batang serai *
2 sudu besar cili kering yang telah diblend
1 sudu kecil cili api& kunyit yang telah diblend sekali
2 sudu besar rempah kari ikan/seafood
Daun kunyit - dihiris
Santan secukupnya

Bahan yang ditanda * dikisar
 
Cara-cara masak
1.Masukkan semua bahan (kecuali udang) dan masak sehingga agak pekat.
2. Bila kuah sudah agak pekat, masukkan udang & hirisan daun kunyit. Perisakan dengan garam. Siap.

Friday, October 4, 2013

Creamy Seafoood Pasta

This was an express menu, especially for the kids, after a dip in the pool.Super fast, 15 mins, it's already on the table. Eat it while warm.

Bahan-bahan:-
Spaghetti (Cooked al dente as instructed on packs, reserve some liquid for pasta sauce)
1 small pack of cooking cream
1 bawang besar (hiris)
2-3 ulas bawang putih (hiris)
Minyak zaitun untuk menumis
Buah zaitun (hiris)
Tomato cherry (potong 4)
Red capsicum (dihiris)
Seafood (I pick udang & lala)
Fresh button mushroom (hiris)
Sedikit daun basil (saya guna dried basil)
garam + black pepper

Kaedah:-
1. Tumis bawang besar dan bawang putih menggunakan minyak zaitun sehingga wangi.
2. Masukkan capsicum + seafood.
3. Masukkan sedikit air rebusan pasta. Biarkan sehingga seafood masak.
4. Masukkan cream, tomato, buah zaitun, mushroom, basil, garam + black pepper.
5. Masukkan pasta yang telah dimasak dan gaul rata.

Makan kena panas-panas. Kalau ada chilli flakes lagi umph!

Friday, May 17, 2013

Economic Bubba Gump-ing at home


Super fast express meal to satisfy hunger spasm.

Ingredients:-
Lemon juice/Lime
Shrimps (deveined, tinggal kulit sket jek kat belakang) 
Tepung tempura (bancuh dengan air)
Bread crumb

Method:- 
1. Bersihkan udang dan perap dengan lemon juice dan sedikit garam. Biarkan sebentar
2. Celupkan udang yang telah diperap dengan tepung tempura yang telah dibancuhkan dengan air.
3. Selepas dicelup dengan batter tepung tempura, golekkan udang di dalam bread crumbs.
4. Goreng menggunakan minyak panas.
5. Hidangkan bersama tartare, chilli sauce & perahan jus lemon.

Friday, September 28, 2012

Ketam Rebus

mood update blog ke laut. entry-entry nih pun banyak entry tertunggak jek. layankan resepi sempoi nih. skali skala ubah selera tekak makan seafood, boleh la. makan seafood agak terkawal kuantiti sebab husband tak tahan.

ketam rebus nih resepi campak-campak jek. tapi yang buat dia ad ummph sket sebab kita tambah daun kunyit, biar rasa tak bland. tapi kalau ketam dah cukup fresh, tak yah letak pun takpe. dah cukup manis.

ingredients 
ketam
3 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 helai daun kunyit
garam secukup rasa
air

method:
1. didihkan air dengan hirisan bawang + daun kunyit
2. bila dah cukup didih, masukkan ketam & perisakan ngan garam
3. ni memang dasar lauk emak pemalas. :)

(nak malas lagi???? campak segala jenis sayur yang tak cepat lembik. cukup nutrisi makan ngan nasi/cicah roti)

 

Thursday, August 30, 2012

Chilli Crab


Dah lama teringin nak makan chilli crab yang selalu orang makan kat Chinese restaurant, tapi susah nak mencari kesempatan untuk merasa. Lepas raya hari tu, singgah supermarket Jusco. Tengok ketam gebu-gebu. Terus beli tanpa fikir panjang, walaupun tahu suami akan terkulat-kulat makan sebab dia punya uric acid tinggi. Sekali-sekala, tak pe la kan. Bukan tetiap minggu.

Resepi nih, saya amek kat buku Chef Wan. Harapnya saya tak tinggal apa-apa barang/method sebab saya ingat-ingat lupa mana saya simpan buku tuh. hehe.

Ingredients:- 
Bahan Kisar
Cili kering
10 biji bawang merah
5 biji bawang putih

Lain-lain
220g tomato paste
1 biji telur (dipukul)
Ketam (dibelah dua)
Minyak
Daun ketumbar (saya ganti dengan daun sup)

Method:-
1. Goreng ketam dalam minyak panas, set aside. (saya tak letak apa-apa pun. just deep fry)
2. Tumis bahan kisar sehingga wangi dan pecah minyak.
3. Masukkan tomato paste dan gaul rata. Continue masak sehingga bubbly.
4. Masukkan sebiji telur yang telah dipukul.
5. Perisakan dengan garam dan gula.
6. Masukkan daun ketumbar yang dicincang dan ketam yang telah digoreng.
7. Gaul perlahan-lahan dan hidangkan dengan nasi panas.

Verdict : Mujur nasi masak sikit!! Hehe. Nasi ngam-ngam tak cukup untuk tambah. Tips penting lepas raya untuk mengawal penambahan jisim badan yang naik secara eksponential!

Friday, March 16, 2012

Cendawan & Udang Masak Lemak



I first tried this dish dekat kenduri kahwin. and tell yaaaaaaa this dish is superbbbb! so, i recreate this dish at home, maximising my memory ability of how it taste to serve it to my neucleous family.. verdict??? adib mintak makan nasi for dinner way before i asked him to eat. yeay!!

Ingredients
3 ulas bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
kunyit hidup (dikisar)
1 ciji cili merah
udang sederhana besar
250gm cendawan tiram
santan (dari satu biji kelapa-asingkan pati dengan yang cair)

Method
1. Masukkan santan cair, bawang dan cili. masak sehingga mendidih.
2. Masukkan cendawan dan udang. continue masak hingga mendidih.
3. Masukkan pati santan dan perisakan dengan garam. again masak hingga mendidih.

Siap. Kalau nak pedas, kisar kunyit dengan cili api. since this is a kid friendly version, cili api telah diboikot dalam resepi. nevertheless, it tasted good enough.


Sunday, September 4, 2011

Gulai Udang Kunyit



Resepi dari buku kak hanieliza yang latest. 50 hidangan penambat selera. dari masa bulan puasa hari tu nak buat, tak terbuat-buat. gambar dalam buku kak hanie tuh sangat-sangat la mengancam selera saya, malangnya, tuan rumah punya masakan tak secantik kak hanie buat sebab tak cukup cili merah dan kesilapan mengisar secara kering. so, gulai adalah tidak smooth dan kurang merah menyengat macam kak hanie punya. takpe, walaupun ghope tak ade, tapi rasa tetap fantastik. (tetap tak nak kalah)

resepi kak hanie saya guna with some alteration.

Ingredients
Bahan A
6 ekor udang besar
1 kotak santan harmuni + 1 mangkuk air
kacang buncis (kak hanie guna kacang panjang)
4 keping asam keping
1 helai daun kunyit
minyak
garam

Bahan B (dikisar)
3 biji cili merah
7 biji cili api (kak hanie guna 15 biji)
1 inci lengkuas
2 batang serai
3 biji bawang merah

Method
1. Tumiskan semua bahan yang dikisar sehingga minyak pecah.
2. Masukkan santan dan asam keping. Kacau sehingga minyak pecah dan pekat
3. Masukkan udang, kacang buncis dan daun kunyit. Season with salt.
4. Continue cooking sehingga pekat.

Note to self :

It tasted like mak's udang masak rempah. Mak's version is guna rempah kari udang, and daun kunyit dihiris halus. Mak's version, santan dimasak sehingga kering (almost like rendang). harus cuba one fine day.

Friday, February 4, 2011

:: Butter Prawn ::



i got this recipe from Kak Nor's page. Kak Nor siap kasik tips macamana nak buat jurai telur tuh cantik. tapi, oleh kerana i nih amatur sangat, maka jurai itu tak secantik kak nor punya. tak la susah sangat nak buat. pretty easy!


:: Ingredients ::


udang
sudu butter
2 biji kuning telur
sedikit daun kari
sedikit cili padi
serbuk kunyit & garam
minyak utk menggoreng

:: Method ::

1. Lumur serbuk kunyit & garam kat udang. Goreng sehingga masak.Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi.Gaul seketika sebelum diangkat. Bila dah msak,ketepikan.
2. Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan cenggitu. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.Sementara tu,kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala.
3.Matikan api bila minyak tu panas2. (i terlupa tutup api) Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2. Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu dah buh dlm tapis utk membuang minyak berlebihan.

Tips from Kak Nor:-
# K.Nor guna acu jala gak, tp kuning telur ni kan dia pekat skit dan acu jala K.Nor tu yg stail lama (tembaga) dan lubang dia kecik jd K.Nor tambahkan sedikit putih telur utk mencairkannya cuba tuang dulu dlm bekas lain, kalau boleh keluar dgn elok tak perlu tambah lg putih telur tu, tp kalau masih payah nak keluar, tambah skit lg putih telur.

# boleh aje nak kacau telur tu dgn garfu atau chopstick, terpulang, tp kena sentiasa mengacau sehingga telur habis dituangkan

# buangkan tali pusat telur, kalau tak lubang acu roti jala mudah tersumbat yg menyebabkan telur payah nak turun

# jgn menggoreng telur dlm minyak yg sedikit, nanti tak jd cantik jurai2 dia


Thanks Kak Nor.


Monday, January 17, 2011

:: Lala Sweet Sour ::



masa buat grocery shopping, jumpa la cik lala nih segar bugar dalam polisterin. beli la sikit untuk buat masak dekat rumah.

i used kak hanieliza punya recipe. i mmg cukup suka dengan recipe kak haniliza sebab recipe dia simple, guna bahan-bahan yang tersedia ada di rumah & yang paling penting senang tapi sedap.

recipe nih saya ambil dari buku Senangnya Memasak - Makanan Laut.

:: Bahan-bahan ::
Lala
Minyak
3 ulas bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
3 tangkai cili merah (dihiris)
5 sudu besar sos tomato
5 sudu besar sos cili
Daun bawang (kak haniliza suruh pakai daun sup, tapi daun sup tarak..)
garam - tak letak pun.

:: Method ::
1. Tumis bahan yang dihiris sehingga wangi.
2. masukkan sos + lala, kacau rata.
3. Tutup dengan penutup kuali dan biar sekejap.
4. taburkan daun bawang. taraaaa! ready to serve.

Monday, February 22, 2010

:: Nasi Lemak & Sambal Sotong ::

Nasi Lemak and Sambal has never been my forte. trust me when i say that!

i took almost errrmmmm almost 6 years of marriage to make it edible. :P tatau apsal. pada aku, masak sambal nih la yang paling banyak mengajar diri untuk bersabar. untuk sambal sotong tuh, mmg aku berguru la ngan maid my mother secara hands on nak jadikan sambal tuh cam gitu. my mom's sambal sotong is just so perfect that i hardly find mine near hers....

kesimpulannya, untuk dapur rumah berasap masak nasi lemak n sambal amatla susah. 6 months one pun errrrr tak sampai rasanya!


Nasi Lemak

ingredients

beras
air
santan
daun pandan (knotted)
garam
halia (sliced)
bawang merah (sliced)
serai (sometimes i masukkan, sometimes i didn't)
garam

method
1. basuh beras till clean.
2. then masukkan everything else in a rice cooker, and cook. hehe

notice i didn't put any measurement? sebabnya everytime i buat i'll try and error. :P i tak pandai bab nak agak2 air banyak mana.. :P the only tip i can give is, i normally akan letak air ikut beras banyak mana and tambah the santan pekat like quarter cup. (normally tuh bunyi cam selalu jek buat kan? kan? kan?)


Sambal Sotong

ingredients

sotong
bawang merah (pounded)
bawang putih (pounded)
bawang besar (sliced)
asam jawa
santan
blended chilli
garam
gula

method
1. tumis bawang merah and bawang putih sehingga naik bau and agak kering.
2. masukkan cili dan teruskan menumis. tumis sehingga cili betul2 masak.
3. masukkan sotong.
4. masukkan asam jawa and santan. masukkan bawang besar.
5. season with salt and sugar.

my mom's tip: goreng dulu sotong dalam kuali asing sehingga separuh masak (without minyak). it'll cut the cooking time to half!

we had the nasi lemak and sambal sotong with these:-




Thursday, December 10, 2009

:: seafood paprik ::

as lauk to nasi goreng tomyam that i cooked for the weekend. thank you chef hanieliza for sucha simple, practical yet yummy recipes..

recipe later..


Sunday, August 9, 2009

:: Udang Galah Masak Lemak Cili Api ::



I’ve been craving for udang galah for quite sometimes. And, I finally bought it last Friday to satisfy my craving. Hehe.

I was thinking of either curry or masak lemak cili api. OH awal2 reject curry. It’s not because he hates curry, but I believe, it is because… I can’t cook curry! He definitely doesn’t want the money to go down the drain right?

Or, on a more positive notes, perhaps, I’m good in cooking masak lemak cili api. Maklumla, mak abah org nogoghi. ;p

So here goes the menu. It’s simply easy.

Ingredients:-
Cili api (birds chillies) + turmeric (pounded till fine. Amount of chillies depend on how hot u want it to be)
Lemon grass (2 stalks)
Udang galah
Salt
French beans
Coconut milk (1 bowl of first pressed santan, and another 1.5 bowl of second and third pressed santan)

Method:-
1. Put everything in except the thick santan (coconut milk) and the beans in a pan.
2. Cook over low heat, and keep on stirring. Season with salt.
3. Once boiled, pour in the thick santan and the beans.
4. Continue cooking and stirring till it boils again.
5. Serve with warm with white rice.

Lip smacking! (Self confessed)
Ps : lepas tuh psycho sakit tumit. :p

Wednesday, June 10, 2009

:: Nasi Lemak Hijau ::

i browsed through my favourite blog to look for something nice to cook for breakfast on sunday morning, and i cam accross this and this.

i decided to give it a try, knowing that it's a RISKY one as i'm hopeless in cooking sambal. tak pe la, kasik cuba dulu. i altered the nasi's recipe to preserve the taste of nasi lemak. omitted all kayu manis dan adik beradiknya.



nasi lemak hijau
ingredients:-

2 pot beras
2 cup santan
0.5 cup santan yang diblend dengan plus minus 6 helai daun pandan
bawang merah (sliced)
bawang putih (sliced)
halia (sliced)
1 batang serai dititik
salt

method:-
1. basuh beras sehingga bersih.
2. pour everyhting in and season with salt.
3. masak guna rice cooker. jangan lupa kacau to avoid nasi mentah.

sambal sotong
ingredients:-

sotong (obviously)
bawang besar (thinly sliced)
bawang merah (tumbuk)
bawang putih (tumbuk)
cili kering yang dah diblend
1 sudu kecil asam jawa adabi
1 cawan santan cair
gula perang
garam

method:-
1. tumis bawang besar sehingga perang at sides.
2. tumis bawang merah + putih sehingga naik bau.
3. masukkan cili blend dan continue tumis sehingga terbut minyak.
4. masukkan santan + air asam. kacau sehingga masak.
5. masukkan sotong. continue kacau sehingga sotong masak.
6. season with gula perang and garam.

untuk my boys, since the sambal tuh pedas, i gorengkan ayam for them. (my boys tak suka makan telur)

serve the nasi lemak hijau with sambal sotong, ayam goreng and telur goreng.
ps ~ i totally terlupa nak beli timun or kangkung dan condiments lain. so layankan jek nasi lemak separa lengkap gizi dia. but all in all, it's worth trying when i saw my OH tambah 2 kali. it's either the nasi is damn good or he's extremely hungry. i hope it's not the latter! ;P