Wednesday, January 25, 2012

Nasi Lemak dan Sahabat-sahabatnya



Nasi Lemak adalah juadah yang istimewa di rumah. hahahaha. sebabnya setahun sekali nak masak nasi lemak pun susah. mana tanya, dapur cuma berasap masa weekend. lepas tuh, konon-konon nak cut down on santan intake, sebab during weekday, lauk bersantan dah jadi macam lauk hari-hari.

Meh nengok cara masak nasi lemak cara saya.

Bahan-bahan
3 cawan beras (saya pakai beras siam wangi)
4 cawan santan (2 kali perah)
sedikit garam
3 bawang merah dimayang halus
1 serai diketuk
2 inci halia dihiris halus
3 daub pandan disimpul

Method
1. Basuh beras dan toskan
2. Masukkan kesemua bahan di dalam periuk nasi.
3. Masak seperti biasa. saya pakai rice cooker sahaja.

Served this with sambal, ikan bilis goreng, telur mata, kangkung goreng & ayam goreng berempah. Nyums.

ps - lihat berapa kali perkataan goreng diulang-ulang. begitulah banyaknya minyak dah masuk dalam usus. haihhh. menyesal kemudian, dapat kenyang sahaja. eh. dan gemuk juga.

No comments: