Friday, February 26, 2016

Mee Goreng Basah

Resepi ni aku dapat kat FB. Definitely a keeper. Altered accordingly

Bahan-bahan
1 biji bawang besar warna merah*
2-3 ulas bawang putih*
1-1.5 inci halia*
1 bungkus mee kuning
10 ekor udang
8 biji fishball
Sawi secukupnya atau kobis
1 biji carrot (dipotong panjang)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
4 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1.5 sudu besar cili kering yang telah dikisar halus - tambah kalau suka pedas
1 cawan air

bahan bertanda * dikisar

Cara-cara
1. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar dengan cili kering. Masak sehingga garing.
2. Masukkan semua sos dan air. Masak sehingga menggelegak.
3. Masukkan udang, fish ball dan carrot. Perisakan dengan galam dan gula.
4. Masukkan mee & sawi. Gaul rata.
5. Hidangkan bersama bawang goreng, daun sup & keropok ikan. Walauwehh.

Nota kaki : Tambah air sekiranya rasa kering.

Thursday, January 21, 2016

Black Bottom Butter Cake

Ni bukan kek bontot terbakar tau. hehe. Found this recipe over the net, tapi tak ingat sumbernya. Definitely a keeper, won't change a bit! Kek adalah moist, fluffy dan yang penting tak manis.Patutnya recipe ni untuk buat marble cake, tapi kerana tahu kebolehan diri untuk memarblekan kek adalah terhad, maka, kita ubah sahaja jadi black bottom butter cake.



Ingredients:-
240gm butter (I used 250gm Golden Churn salted butter)
90gm castor sugar
1/4 tsp salt (I omit)
300g condensed milk
3 tsp vanilla essence
240g cake flour (I used all purpose flour)
1.5 tsp baking powder (I used 2 tsp)
4 large eggs
3 tbsp cocoa powder

Method:-
1. Sift flour & baking powder. Set aside.
2. Cream butter & sugar till light and fluffy.
3. Add in vanilla essence and continue mixing.
4. Pour in condensed milk and mix well till combined.
5. Add in flour in three batches, and mix well on low speed.
6. Once all is combined well, add in eggs, one at a time, and continue mixing till smooth.
7. Take out 1/3 of the batter and mix well with cocoa powder. 
8. Line a 8 x 8 pan with baking paper. Pour in the chocolate batter. Smooth out.
9. Pour the butter batter on top of the chocolate batter and smooth out.
10.Bake in a preheated oven at 170deg for 45 mins. 

Nice eaten warm. 

Tuesday, January 12, 2016

Pengat Pisang


Husband was fasting last Thursday. Kita kalau puasa kan, bila berbuka mesti suka something sweet. Teringin nak makan bubur pisang. (sebenarnya ko yang nak makan kan...) Since ada balance pisang tanduk dalam esbok, kita pun buat la pengat pisang ni. 

Dah nak masuk 13 tahun kawen, ini la first time i buat pengat pisang you. Belajar ngan mak over the phone. Mengalahkan orang nak amek peksa final geoteknik, berguru bagai. :P

Ingredients:-
Air
Pisang tanduk
Gula melaka
Gula putih
2 helai daun pandan
2 sudu besar sagu
Garam
Santan pekat

Cara-cara:-
1. Masak air dengan gula melaka, gula putih dan daun pandan. Bila dah mendidih, masukkan pisang tanduk yang telah dihiris tebal.
2. Masak air gula dengan pisang sehingga nampak air gula pisang tu keluar dari pisang. Tak reti aku nak explain.
3. Masukkan sagu dan santan pekat. Kacau elok-elok. Masukkan secubit geram untuk menambahkan rasa lemak.

I love it warm. 

Saturday, January 9, 2016

Chocolate Brownies - need botox. :P

A colleague of mine poted an image of step by step how to make brownies in Whatsapp group. Instantly tried it, and fall in love with it.

Thank you to lilicups (intsagram) for sharing.


Ingredients:-
Ing A
100g butter
100g white sugar
90g brown sugar
2 eggs

Ing B
40g dark chocolate buttons
pinch of coffee

Ing C (sifted)
100g flour
40g cocoa powder

Ing D
90g chocolate buttons (I just used pieces of milk chocolate bar)

Method:-
1. Heat the butter and sugar on a pan, on low heat. Mix well until the sugar dissolve.
2. Turn off the heat and stir the eggs. Whisk well.
3. While it's still warm, add in Ing B. Mix well till the chocolate melts. 
4. Add in Ing C, and mix using a spatula until just combine.
5. Put the batter in a lined 7" x 7" pan. Arrange the chocolate button on top. 
6. Bake in a preheated oven at 160deg for 25 mins.
7. Serve warm

Wednesday, November 18, 2015

Pes Char Kuey Teow

This is for my reference. Got this over the net, but can't really recall kat mana aku cedok resepi ni. Nak prepare pes char kuey teow ni tak susah mana pun, and sangatlah membantu kerja-kerja masak especially hari-hari malas  sibuk.

So here you go..

Bahan
10-12 ekor udang (saya ambil kulitnya sahaja)
250ml
4 ulas bawang putih ditumbuk halus
6 sudu besar sos tiram 
3 sudu kecil kicap pekat
3 sudu besar kicap manis
2 sudu kecil petis udang (atau tambah secukupnya)
garam & gula secukup rasa

Method :-
1. Rebus kulit udang dengan air menggunakan api perlahan. Bila mendidih, padamkan dan blend.
2. Tapis air rebusan udang.
3. Masukkan semua bahan di atas sehingga pekat.



Kuey Teow Goreng

Bahan
2 ulas bawang putih yang diketuk
1-2 sudu kecil cili boh (lebihkan jika suka pedas)
1 paket kuey teow
udang
daun kucai
tauge
1 biji telur 
5-6 sudu besar pes char kuey teow (secukup rasa)

Cara guna pes
1. Tumis bawang putih dan cili sehingga wangin dan garing.
2. Masukkan udang.
3. Masukkan kuey teow dan pes. Gaul rata.
4. Pecahkan telur dan masukkan daun kucai dan tauge.
5. Hidangkan panas-panas dengan cili jeruk dan bawang goreng.

ps : kalau suka kuey teow yang basah, masukkan sedikit air. 

Saturday, October 17, 2015

Pandan Gula Melaka Cupcakes

This is definitely a keeper! Made this sebab nampak banyak kek sekarang go fussion. Ya ampun sedap amat! Nasiblah puji kek sendiri.


Please buat kawan-kawan. Sedap dan senang! Resepi I dapat dari Mama Dee's kitchen.




Ingredients

Kek
4 sudu besar jus pandan (Daun pandan 15-20 helai diblend dengan air)*
200g tepung gandum
125g salted butter
1 penutup esen vanilla
200g castor sugar
2 biji telur
75ml santan kotak + 25ml air*
pewarna hijau*

campurkan yang bertanda *

1. Ayak tepung bersama serbuk penaik dan asingkan.
2. Di dalam mangkuk, pukul butter dan vanilla sehingga kembang.
3. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan continue pukul sehingga gebu.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati.
5. Masukkan tepung yang telah diayak secara berselang seli dengan santan sambil dipukul sehingga rata.
6. Masukkan ke dalam acuan dan bakar selama 15-20 min di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180 darjah celcius.


Gula Melaka Swiss Meringue Buttercream

Ingredients
50g gula melaka
Sedikit air
1 helai daun pandan (simpul)
110g gula caster
150g butter
3 biji putih telur
1 sudu teh esen vanilla

1. Cairkan gula melaka dengan air dan daun pandan. Sejukkan
2. Campurkan putih telur dan gula di dalam bekas tahan panas. Panaskan secara double boil. Kacau perlahan sehingga semua gula hancur.
3. Pukul telur sehingga kental. MAsukkan butter sedikit demi sedikit dan continue pukul.
4. Masukkan gula melaka yang telah dilarutkan dan gaul mesra, Sedia di pipe di atas kek.



Friday, March 13, 2015

Laksa Penang


Macam ni la hidup sebagai anak perantau. Semua benda teringin nak makan kena masak sendiri. Ada hikmahnya tu. Dari tatau masak, boleh jadi reti masak.

Ada satu hari tu ternampak member se Yokohama masak laksa. Terus terasa-rasa kat tekak macam nak makan. Kucuba juga masak. Resepi refer kat Azie's Kitchen. Terima kasih azie. Moga perkongsian resepi azie dirahmati Allah SWT.

Ingredients (4 orang makan):-
Laksa (Masak ikut arahan di paket)
Ikan Makerel (Kalau ikut Jepun punya size setengah ekor saje, sebab ikan dia besar)
2 Bunga kantan (dihiris halus)
1/2 biji bawang besar (blend)
belacan secukupnya (saya pakai dalam 1/2 ibu jari)
3-4 sudu besar cili kisar
5-6 keping asam keping
daun kesum secukupnya

Bahan hiasan:-
Telur rebus
Daun salad
Timun
Cili api

Method:-
1. Rebus ikan sehingga masak. Blend ikan dengan sedikit air. Air rebusan diasingkan.
2. Masukkan bawang yang telah dblend, cili kisar dan belacan ke dalam air rebusan. Masak sehingga air mendidih.
3. Apabila air sudah mendidih, masukkan bunga kantan dan asam keping.
4. Kemudian, masukkan isi ikan yang telah dikisar dan daun kesum. Perisakan dengan garam. Renihkan dengan api kecil sehingga masak.
5. Hidangkan bersama laksa, telur rebus, cili api, timun & daun salad.

Thursday, March 12, 2015

Cantonese Fried Noodles

This is my OH's favourite dish. Made this after feeling so tired having rice for dinner. A nice change I would say!

Ingredients:-
Kuey Teow
1/2 - 1 inch halia (cincang)
Air
Carrots
Bak choy
Shimeiji mushroom
Udang
1 sudu besar tepung jagung + air 
Minyak bijan
Oyster sauce
Kiub ayam

Method:-
1. Tumiskan halia yang telah dicincang sehingga wangi.
2. Masukkan carrot, kiub ayam, oyster sauce + air dan masak sehingga carrot agak lembut.
3. Masukkan udang, bak choy & mushroom.
4. Masukkan campuran epung jagung ke dalam kuah.(Kuantiti agak-agak je, depending on kitanak kuah pekat macamana)
5. Titis sedikit minyak bijan dan gaul rata.
6. Di dalam kuali lain, goreng kuey teow dengan sedikit minyak & kicap cair.

Untuk menghidang, masukkan kuey teow di dalam mangkuk dan tuang kuah. Hidangkan bersama cili padi potong yang dicampur dengan sedikit kicap cair.

Monday, March 9, 2015

Banana Pancake

Ada satu hari tu, member baik seopis hantar gambar resepi through whatsapp - Flourless banana pancake. Dengan menggunakan inspirasi yang sama, I alter the recipe jadi banana pancake with flour. Heh.

But it's nice.. Rasa cam lempeng pisang minus the kelapa parut. Makan dengan chocolate sauce, memang terangkat. An alternative to cekodok pisang when you have too ripe bananas in the kitchen.


Ingredient :-
3-4 ripe bananas (mashed)
4-5 sudu besar tepung gandum
1 sudu teh baking powder
2-3 sudu besar gula (go easy on the sugar sbb riped bananas biasanya manis)
2 biji telur
dash of milk

Method:-
1. Combine all ingredients and mix well
2. Panaskan pan, dan cairkan sedikit butter. Pastikan api kecil
3. Masukkan sesenduk batter dalam pan.
4. Bila dah timbul small bubbles, balikkan pancake.
5. Serve with maple syrup, butter and chocolate sauce. Kalau nak kasik cun lagi, serve with cut fruits and some nuts for some crunch.


Thursday, March 5, 2015

Utimate Challenge : Sate Ayam dan Kuah Kacang


Makanan Malaysia kat bumi Yokohama ni memang tak wujud. Kalau nak makan makanan Malaysia yang Mommy tak masak kat rumah, kena pergi Tokyo and makan kat sana.

Nak dijadikan cerita, anak-anak bujang I semua suka makan satay. Masalah besarnya, satu secucuk RM6! Kena 12 cucuk? Pengsan poket bapak.

So, kita jadikan ni a try. Kata I, "Have to make the impossible, possible". Teknik cuba jaya tanpa putus asa kononnya. Terima kasih banyak-banyak kepada Azie Kitchen atas perkongsian resepi. Cuma resepi kuah kacang I alter sikit tambah serai.

Resepi Sate Ayam

Ingredients:-
Daging ayam (dipotong nipis)
2-3 batang serai (blend)
2 sudu besar kacang (blend halus)
3/4 sudu besar garam
1 sudu besar kunyit
1 mangkuk gula
(will add halia nex time, insya Allah)

Method:-
1. Perap daging ayam dengan semua bahan di atas. I biarkan semalaman dalam peti ais.
2. Rendam cucuk lidi dalam air, dan cucukkan daging ayam.
3. Goreng dalam pan dengan minyak yang sedikit. (Boleh juga bakar atas arang/oven)


Resepi Kuah Kacang

Ingredients:-
2 biji bawang besar (blend)
4-5 sudu besar cili kering
500g kacang tanah 
3 batang serai
garam 
gula dan gula merah


Method:-
1. Goreng kacang tanah atas kuali tanpa minyak.
2. Bila kacang dah masak dan sejuk, bersihkan kacang dari kulit, dan rendam dengan air. Air tu cukup-cukup jek.
3. Blend kacang dengan air. Air tu cukup2 jek untuk blend pusing.
4. Tumiskan bawang besar dan serai dalam minyak panas sehingga naik bau.
5. Masukkan cili blend dan masak sehingga pecah minyak.
6. Masukkan kacang yang telah diblend dengan 2 cawan air. 
7. Perisakan dengan garam, gula dan gula merah.

Wednesday, March 4, 2015

Salmon Teriyaki


My eldest twin suka sangat makan salmon teriyaki sejak duduk Jepun ni. So, emaknya usahakanlah masakkan lauk kegemaran dia di rumah. Dulu pernah buat, tapi improvise sikit resipi..

Ingredients:-
Salmon
Kicap masin
Honey
Sesame Oil
Ground ginger
garlic

Method:-
1. Perapkan ikan dengan bahan-bahan di atas.
2. Masakkan di atas frying mengunakan sedikit olive oil.
3. Tabur sikit daun bawang atas dia. Siap..


Tuesday, March 3, 2015

Ayam Masak Merah



Ni lauk feberet bila makan nasi yang ada rasa-rasa tu. Yang lecehnya sebab nak kena goreng ayam dulu, baru boleh buat sambal. Dasar pemalas..

Ingredients :-
Ayam
Kunyit
Garam
1 biji bawang besar (blend)
3-4 sudu besar cili kering yang telah diblend
Asam jawa
Gula

Method:-
1. Perap ayam dengan kunyit dan garam, goreng garing. Asingkan.
2. Tumis bawang besar sampai wangi dan masukkan cili kering. Masak sehingga pecah minyak.
3. Masukkan asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul rata.


Monday, March 2, 2015

Bendi Goreng Telur


Ni lauk cincai jek. 

Ingredients :-

Bawang kecik (racik halus)
Bawang besar (racik halus)
Ikan bilis
Bendi
Telur
Garam secukup rasa

Method:-
1. Tumis bawang dan ikan bilis sehingga naik bau.
2. Masukkan bendi dan pecahkan telur. Masukkan garam secukup rasa.
3. Gaul rata.

Siap.

Friday, February 27, 2015

Buttermilk Prawn


My bestfriend dah lama suruh I try this menu. Baru ni baru terbukak hati nak cuba. Menyesalnya laaaaa tak cuba dari dulu. Dah la bahan-bahan simple, cepat plak tu, yang penting sedap.

Korang mesti try this menu. Senang amat. 

Ingredients:-
Udang besar
1 labu bawang besar (dimayang halus)
Daun kari
Cili api (potong kecik-kecik)
Marjerin 
Setengah cawan susu cair

Method:-
1. Cairkan marjerin. Tumis bawang besar, daun kari & cili api sampai naik bau.
2. Masukkan udang dan susu cair. Gaul rata.

Siap. Gila tak senang? Makan mau panas-panas.


Tuesday, October 7, 2014

Buah Melaka



 Kalau dekat KL, anak-anak balik sekolah lapar, singgah je gerai & tapau kuih.

Kat sini, merasalah kau semua kena buat. Baru la nak ingat nikmat hidup di bumi Malaysia. :(

So, salah satu kuih yang aku buat kat umah. Ini kes nak menghabiskan ubi kat umah. Sebab ubi tu, kalau goreng or buat bubur, tak laku. 

Bahan-bahan:-
Ubi keledek
Tepung pulut
secubit garam
Daun pandan (dikisar dengan air)
Gula melaka

Cara-cara:-
1. Rebs ubi sehingga empuk.
2. Lenyekkan ubi & masukkan tepung pulut, garam & air daun pandan. Sukatan agak-agak jek.
3. Gaul sampai tak melekat.
4. Bulatkan kecik-kecik adunan, dan masukkan gula melaka.
5. Rebuskan dalam air mendidih. Bila timbul, maknanya kuih dah masak.
6. Coat dengan kelapa parut. 

Monday, October 6, 2014

Baked Fish


Antara menu yang selalu order kat Secret Recipe. Mozarella Baked Fish.

Biasanya mozarella cheese ada je stock kat umah, sekali habis. Belasah je la pakai cheddar. Masin sikit la jadinya.

Ingredients
White fish filler
Cherry tomato
Mozarella cheese
Salt
Black Pepper
Lemon Juice

Method:-
1. Perap ikan dengan jus lemon, garam & lada hitam.
2. Taburkan cheese & aturkan tomato.
3. Bakar at around 170degrees dalam 10-15mins. Sedappp wooo

Friday, August 29, 2014

Salmon Carbonara

Dalam seminggu, mesti masak pasta. Dan pasta ni selalunya dikategorikan sebagai menu penyelamat, tatkala sibuk, etc.

Kids memang suka pasta. Cuma masalahnya, sorang suka tomato based, sorang suka creamy white pasta. Oleh kerana creamy white pasta lebih mudah untuk dibuat, so itulah yang selalu saya masak.


Creamy seafood pasta ni senang bangat. Seafood tu boleh tukar-tukar. Ada sekali tu, bantai pakai salmon. Mak Aiihhhhhh, nyums!

So here goes recipe. Ni sendiri bikin punya.

Bahan-bahan
Bawang besar Holland (hiris nipis)
Salmon (or any seafood/sausages whatever you fancy)
Sliced button mushroom
Cooking cream
1 keping cheddar cheese
garam
black pepper
Spaghetti

Cara-cara
1. Tumis bawang besar dengan minyak zaiton sehingga layu.
2. Masukkan salmon dan masak seketika.
3. Masukkan cream dan gaul rata.
4. Masukkan cendawan & cheese.
5. Perisakan dengan garam & black pepper. Siap.


Thursday, August 28, 2014

Nasi Beriani Kambing dan Kambing Masak Kandar

Uishhhhhhh. Sedap gila rempah nasi beriani Pakistan ni. Dapat info bila baca blog Juwita. Sampai kat kedai, kebetulan ada rempah nasi beriani brand Shan dari Pakistan. Masak ikut arahan paket jek. Sesapa dok kat Yokohama boleh la cari rempah ni. Sedap sangat-sangat! Masak nasi beriani ni dengan lauk kambing kandar, resepi dari bog Kak Nor. Memang tersandar kekenyangan dan rasa bersalah sebab diet terus out! 

Dan lagi best, dah nak kat kul 10 malam, si kecik tanya, Mommy nak makan nasik, padahal masa suap makan tadi dah 2 kali tambah!

Rempah nasi beriani tu a bit spicy, so kena pandai adjust. First time buat, terpedas. Second time, ok dah.

Resepi Nasi Beriani
Bahan-bahan
Kambing
Rempah beriani
1 cawan air
1 biji bawang besar - dihiris
Minyak
Daun kari
1/4 sudu kecil asam jawa Adabi
Cili hijau (optional)
Kismis, gajus (optional)
2 pot beras basmathi
3 cawan air + 0.25 cawan susu segar

Cara-cara
1. Basuh dan tos beras. Asingkan.
2. Perap kambing dengan dua sudu besar rempah beriani (minimum sejam)
3. Rebuskan kambing yang telah diperap dengan secawan air, sehingga air kering. Tutup api.
4. Di dalam periuk lain, tumiskan bawang, 1.5 sudu kecil rempah nasi beriani dan daun kari sehingga kuning. Masukkan kambing yang telah direbus tadi dan masak seketika.
5. Masukkan beras yang telah ditos dengan 3 cawan air dan 0.25 cawan susu segar. Masukkan juga kismis & gajus serta perisakan dengan garam. Tanak nasi seperti biasa.

Resepi Kambing Masak Kandar (sumber Kak Nor)
Bahan-bahan
Kambing
6 ulas bawang putih - blend
1 inci halia - blend
2 sudu besar kicap pekat maggi
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2-3 sudu besar rempah kari daging
1 labu bawang besar (dimayang)
1 ulas bawang putih (dimayang)
Kulit kayu manis dan bunga lawang
sedikit daun kari
garam dan perasa

Cara-cara
1. Rebus kambing sehingga empuk. Simpan air rebusan.
2. Tumiskan bawang besar, bawang putih yang dihiris, kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga wangi.
3. Masukkan bahan-bahan yang diblend dan tumis sehingga wangi.
4. Masukkan kicap, sos dan rempah kari. Gaul rata.
5. Masukkan air rebusan dan kambing yang telah direbus. Masak sehingga pekat. (saya tambah kentang)
6. Perisakan dengan garam jika perlu.




Wednesday, August 27, 2014

Sotong Oriental

Sotong sinonim sangat dengan masak sambal. Muak pulak rasa. 

Pastu bila jalan-jalan blog Kak Nor, jumpa resepi Sotong Masak Oriental. Bila ditelek bahan, ehh, macam Mongolian Prawn la yang aku makan kat JB, kat Kampung Danga. Sedap ok,sedap.


Bahan-bahan
Pes
2 s/b pes tom yam
2 s/k rempah kari ikan
1 1/2 s/b sos tiram
2 s/k sos ikan
 
Sotong 
1 tangkai daun kari
5 ulas bwg merah ~ hiris
3 ulas bwh putih ~ cincang
garam & gula secukup rasa
1 biji cili hijau (tak letak)
Gajus (aku tambah)

Cara-cara
1. Tumis bawang merah, bawang putih & daun kari sehingga wangi.
2. Masukkan bahan-bahan pes dan gaul rata. 
3. Masukkan sotong dan gajus. Gaul rata. Siap.

Monday, August 25, 2014

Sambal Ikan Bilis dan Kentang Pedas

Ni masak masa bulan puasa hari tu. Tetap nak masukkan supaya lepas ni senang nak carik. 

A keeper, definitely. Kalau tak, takkan aku sanggup jaga tengah-tengah malam ni re-type semula resepi. Got this recipe from Curlybabesatisfaction.blogspot.com


Bahan-bahan
Ikan bilis
3 biji ubi kentang (dihiris)
Cili api 20-30 biji (aku buat 15 biji saja. tak berani) - blend kasar
Bawang merah (3 ditumbuk, 7 dihiris)
Bawang putih 4 ulas (ditumbuk)
Serai sebatang (dititik)
Cili merah 3 biji (diblend kasar)
asam keping

Cara-cara
1. Goreng ikan bilis, dan asingkan.
2. Goreng kentang (perisakan dengan kunyit dan garam) dan asingkan.
3. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk/blend & serai. Apabila sudah hampir garing,masukkan garam.
4. Masukkan bawang merah yang dihiris, dan masak sehingga garing.
5. Masukkan ikan bilis & ubi kentang yang telah digoreng. Masukkan sedikit serbuk kunyit untuk mencantikkan masakan, dan gaul rata.