Tuesday, September 20, 2011

Bubur Jagung



bubur jagung adalah antara bubur kegemaran ai. :)

Ingredients

1 tin jagung manis (brand kimball)
1 kotak santan
1 cawan air
4 subu besar gula
2-3 helai daun pandan

Method
1. Masukkan 1 cawan air, daun pandan, gula dan jagung manis ke dalam periuk dan didihkan.
2. apabila telah mendidih, masukkan santan.
3. continue masak sehingga menddih sekali lagi.

SIAP.

ps - sedap gak kalau campur sagu.

Sunday, September 18, 2011

Lontong





tahun nih ai beraya kat terengganu, so haruslah time beraya tuh dok melantak nasi dagang dari rumah ke rumah.

so, bila balik umah sendiri, tekak tuh cam teringin-ingin nak makan lontong. nak buat tak pandai.

sekali, ada member rupanya dah interview akak kat opis camana nak buat lontong, sebabnya dikhabarkan akak nih punya lontong tip top.

so, ai pun skodeng resepi dan try la buat masa buat birthday party cum raya get together with close family members.

:: Ingredients ::
(untuk lebih kurang 20 orang makan)

Bahan Kisar/Tumbuk
8-10 ulas bawang merah
5-6 ulas bawang putih
1.5 genggam udang kering

Carrot - potong panjang
Kobis
Tempe
Tauhu - digoreng dengan sedikit minyak dahulu
Suhun - direndam dengan air panas
Sayur Pucuk - direndam dengan air panas
Sengkuang
Kacang panjang
3 kotak santan
2 tsp serbuk kunyit

1. Rebus semua sayur. (air separas sayur terendam)
2. Di dalam kuali yang berasingan, tumiskan bahan kisar dengan sedikit minyak sehingga agak garing. apabila hampir garing, masukkan serbuk kunyit dan tumis sehingga garing. tutup api.
3. Masukkan bahan-bahan tumis ke dalam sayur yang telah direbus
4. Masukkan santan dan masak sehingga mendidih.
5. rasakan dengan garam dan gula.

Saya suka makan kuah ni dengan nasi impit & kuah kacang. yummeyh!

Tips : Masukkan suhun semasa hendak menghidang bagi mengelakkan kuah kering.


Thursday, September 8, 2011

Tofu Goreng Tomyam



i really love this dish. resepi yang dicedok dari kak hanieliza's latest book - 50 hidangan penambat selera. lauk yang saya pairkan dengan sayur masak lemak untuk mengurangkan rasa muak.

Ingredients

Bahan A
2 bungkus tofu telur (dipotong, sebaiknya tidak terlalu nipis)
kacang buncis
carrot (potong memanjang)
daun ketumbar (dihirs halus)
3 helai daun limau purut (dikoyak)
1 sudu besar pes tomyam
1/2 cup air

Bahan B

1 labu bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
cili api (diketuk)

Method
1. Goreng tofu telur yang telah dipotong di dalam minyak panas sehingga nampak garing. angkat dan toskan minyak.
2. tinggalkan separuh minyak dan tumis bahan B sehingga naik bau.
3. masukkan pes tom yam dan air. biarkan mendidih. season with salt sekiranya perlu.
4. masukkan daun limau purut, kacang buncis dan carrot.
5. apabila sudah hampir masak, masukkan tofu dan gaul rata.
6. serve with daun ketumbar. yummeyhhhhhhh

sangat recommend masakan nih!

Wednesday, September 7, 2011

Sayur Masak Lemak



lauk nih simple saja. tapi untuk orang-orang seperti saya semasa baru-baru belajar memasak, lauk macam ni pun saya kena bukak buku resepi, dan sampai sekarang masih tidak yakin walaupun dah agak selalu masuk dapur. so saya jotkan jugak resepi lebih kurang nih untuk membantu diri saya dan perhaps readers yang baru berjinak memasak okay?

Ingredients
kubis
cendawan
carrot
udang
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 kotak santan + 1 mangkuk air

Method
1. Leburkan everything dalam periuk.
2. keep on stirring sehingga pekat bagi mengelakkan santan pecah.
3. rasakan dengan garam.

Tuesday, September 6, 2011

Ikan Siakap Tiga Rasa



masakan ini adalah resepi all time favourite saya sebab ingredients is all time ada punya kat rumah, insya Allah. :) plus, ia adalah fool proof sebab tak perlu rasa garam segala. :D resepi boleh klik dekat sini --> ikan tiga rasa

Monday, September 5, 2011

Ikan Cencaru Sumbat - Bakar Version



I hardly masak ikan cencaru. In fact, this is my first time ever since 8 years of marriage saya bawak ikan cencaru mentah balik rumah untuk dimasak. masa kat sekolah-sekolah dulu, ikan cencaru nih famous dengan nama ikan jaket.

Saya masak ikan nih untuk dipartner kan dengan lauk udang kunyit yang saya masak, since suami request nak makan ikan. (maklumla, raya memanjang makan daging dan ayam).

Ingredients
Ikan cencaru dibelah belakang (season with garam dan kunyit)
3 biji bawang merah*
3 biji cili merah*
2 batang serai*
3 biji limau nipis (ambil jus)
garam dan gula

kisarkan semua bahan bertanda *

Method
1. campurkan semua bahan yang dikisar dengan jus limau nipis dan rasakan dengan garam dan gula.
2. masukkan bahan-bahan yang telah dicampur tadi ke bahagian belakang ikan cencaru yang telah dibelah.
3. bakar selama 20 minit @ 150degrees.
4. selepas 20 minit, terbalikkan ikan dan sambung bakar selama 20 minit lagi.


Sunday, September 4, 2011

Gulai Udang Kunyit



Resepi dari buku kak hanieliza yang latest. 50 hidangan penambat selera. dari masa bulan puasa hari tu nak buat, tak terbuat-buat. gambar dalam buku kak hanie tuh sangat-sangat la mengancam selera saya, malangnya, tuan rumah punya masakan tak secantik kak hanie buat sebab tak cukup cili merah dan kesilapan mengisar secara kering. so, gulai adalah tidak smooth dan kurang merah menyengat macam kak hanie punya. takpe, walaupun ghope tak ade, tapi rasa tetap fantastik. (tetap tak nak kalah)

resepi kak hanie saya guna with some alteration.

Ingredients
Bahan A
6 ekor udang besar
1 kotak santan harmuni + 1 mangkuk air
kacang buncis (kak hanie guna kacang panjang)
4 keping asam keping
1 helai daun kunyit
minyak
garam

Bahan B (dikisar)
3 biji cili merah
7 biji cili api (kak hanie guna 15 biji)
1 inci lengkuas
2 batang serai
3 biji bawang merah

Method
1. Tumiskan semua bahan yang dikisar sehingga minyak pecah.
2. Masukkan santan dan asam keping. Kacau sehingga minyak pecah dan pekat
3. Masukkan udang, kacang buncis dan daun kunyit. Season with salt.
4. Continue cooking sehingga pekat.

Note to self :

It tasted like mak's udang masak rempah. Mak's version is guna rempah kari udang, and daun kunyit dihiris halus. Mak's version, santan dimasak sehingga kering (almost like rendang). harus cuba one fine day.