Friday, August 5, 2011

:: Nasi Goreng Ikan Masin ::


menu macam nih keluar bila tukang masak dah tak selera nak makan. almaklum la, anak tak sihat, mood mau makan pun macam melayang-layang jek.

:: Ingredients ::
2 ulas bawang putih (ketuk/hiris)
5 tangkai cili padi
1-2 sudu besar sos tiram
1 mangkuk nasi putih sejuk
1 keping ikan tenggiri jeruk masin
sayur hijau (i used bak choy)
1/2 tomato (diced)
cendawan enoki
telur (optional)
minyak bijan (optional)

:: Method ::
1. tumis bawang putih & cili api sehingga naik bau. masukkan cili api dan tumis sehingga wangi.
2. masukkan sos tiram & nasi. gaul rata
3. masukkan semua sayur & gaul lagi
4. masukkan telur & last sekali minyak bijan.

done. sungguh membuka selera

note to self - omit telur and minyak bijan next time.


:: Spagehtti Sardin Bunga Kantan ::




resepi nih saya dapat dari member yang bawak bekal gi opis. at first, i was sceptical. boleh ke makan spaghetti ngan sardin?? tapi sebab member dah bawak, (makan free kan), harusla saya cuba.

sekali makan, mak aihhhhhhhh. terkenang-kenang. dari sehari ke sehari nak buat tapi tak terbuat-buat. so, first day sahur, i decided untuk buat resepi nih. makan macam makan malam. :D bukak selera. barang-barang pun murah saja.

so here goes my recepi, altered mengikut tahap my tastebud memory.

:: Ingredients ::

1 tin ikan sardin (saya guna brand ayam, asingkan kuah)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 kuntum bunga kantan (hiris halus)
5-6 helai daun limau purut (hiris halus)
5 batang cili padi (diketuk)
2 sudu besar sos cili
1 tsp air asam jawa
garam, lada sulah

:: Method ::
1. tumis bawang merah, bawang putih & cili padi sehingga naik bau.
2. masukkan sardin yang telah dihancurkan.
3. masukkan bunga kantan dan daun limau purut.
4. masukkan sos cili, asam jawa & sedikit air. gaul rata.
5. season with salt & white pepper.
6. serve warm with spagehtti cooked al dente.

layannnnnn

Thursday, August 4, 2011

:: Ikan Siakap Sambal Hijau ::



Resepi nih daya cilok dari magazine Nona (kalau tak silap) edisi Julai 2010. i'm not a big fan of fish, very selective, and antara ikan yang saya suka is siakap. bila nampak resepi nih dalam magazine dengan sikt punya lawa posing, saya pun try. not bad!

:: Ingredients ::
Ikan Siakap - lumur dengan tepung jagung & garam
5 ulas bawang merah*
1 biji bawang besar*
2 batang serai*
2 inci halia*
10 batang cili hijau*
1 sudu besar oyster sauce
lada sulah, garam, gula

* blend

:: Method ::
1. Goreng ikan sehingga garing, and letak atas pinggan.
2. tumiskan bahan blend sehingga naik bau. masukkan oyster sauce & sedikit air.
3. season with salt, sugar & white pepper. masak sehingga kuah agak kering & garing.
4. tuang kuah atas ikan. sila makan. :)

Monday, August 1, 2011

:: Terung Goreng Berlada ::



:: Ingredients ::

Terung
4-5 biji limau nipis (ambil jus)
bawang besar (sliced)
lebih kurang 10 biji cili merah (blend)
garam, gula

:: Method ::
1. Goreng terung yang telah dipotong serong setengah masak.
2. tumiskan bawang besar dan cili blend sehingga garing.
3. masukkan jus limau, masukkan terung dan gaul rata. rasakan dengan garam dan gula.

Sunday, July 31, 2011

:: Double Cheese and Onion Phrata ::


just before puasa, i had Hot & Roll Phrata - Double Cheese and Onion kat Wangsa Walk Mall. oohhhhh sungguh berlemak tapi sangat addictive. since OH adalah jenis yang tidak suka makan nasi untuk sahur,i guess this is one of the good alternative nak buat untuk sahur. tried this untuk breakfast sebelum pose hari tuh, to get his approval. OH kata ok. so, here goes..

:: Ingredients ::
roti canai segera (in my case, i got the frozen one from my aunty. homemade gitu)
bawang besar (cincang, guna yang Hollang punya)
1 tsp mayo
1 keping cheese
sikit grated cheese

:: Method ::
1. Masak roti canai at one side. Just before garing, flip it.
2. letak cheese, grated cheese, chopped onion & mayo.
3. lipat roti phrata into two.
4. serve warm

note : sangat berlemak wooooo. kalau stok-stok ada gallstone, hati-hati yek. (peringatan untuk diri sendiri)


:: Scramble Egg ::



bukannya resepi yang hebat-hebat sangat pun. just scramble egg. tapi scramble egg yang fluffy fluffy, not the dry ones.

good for breakie! and untuk anak-anak yang sakit tekak. sebab lembik2 gitu.

:: Ingredients ::
2 eggs
enough milk
1 tbsp butter
pinch of salt

:: Method ::
1. whisk everything, and set aside.
2. heat up the pan (best to use non stick pan, pakai ikea yang murah tuh pun okay)
3. pour in the egg mixture.
4. scramble the egg, angkat just before dry.
5. best serve warm with toast.

anak-anak panggil nih egg o-mcdonald

Thursday, July 28, 2011

:: Orange Choc Swirl Cupcakes ::



sudah sebulan tak mengupdate blog ni. tuan rumah memang dilanda kesibukan yang teramat. diuji dengan anak-anak yang sakit seorang demi seorang. in total adala nak dekat 10 hari dok sepital menjaga 2 orang anak pada masa yang berlainan. dugaan.

okay, nih nak share recipe kek yang (pada saya ye, bukan masuk bakul angkat sendiri tau) SANGAT SEDAP. recipe nih saya amek dari buku Cupcakes and Muffins, Collectors Edition. ada sikit alteration yang saya buat to suit my taste bud.

:: Ingredients ::
3 eggs
250g butter (saya pakai tatura)
1 cup castor sugar
1/2 cup milk
2 cups self raising flour (sifted)
juice of 1/2 orange
zest of 1/2 orange
1/4 cup cocoa powder (i used delfi)
1 tsp coffee powder, diluted in a tbsp of hot water (i add)

:: Method ::
1. Preheat oven to 160deg.
2. lightly beat eggs. add butter and sugar, beat till light and fluffy.
3. add flour and milk. saya guna teknik kaup balik. F-M-F-M sampai habis.
4. divide to two portion (A&B). Portion A - masukkan orange juice & orange zest. posrtion B - masukkan cocoa powder and diluted coffee.
5. put some of each mixture dalam cup and guna skewer untuk buat marble effect. (bab nih tuan rumah fail)
6. bake for 20 mins (buku opunya suggestion), i had to bake mine for 30 mins.

sangat moist!

HIGHLY RECOMMENDED