Monday, May 27, 2013

Kerabu Pegaga


Kerabu yang membangkitkan selera.

Ingredients:-
Pegaga (dipotong)
2-3 sudu besar santan pekat
1-2 sudu besar air panas
2-3 ulas bawang merah dihiris halus
Sedikit kerisik
Jus limau nipis
Lada hitam

Method:-
1. Gaul rata semua bahan.
2. Perisakan dengan garam secukup rasa.

Sesuai dimakan semasa di dalam pantang. Cuma omit limau nipis.

Friday, May 17, 2013

Economic Bubba Gump-ing at home


Super fast express meal to satisfy hunger spasm.

Ingredients:-
Lemon juice/Lime
Shrimps (deveined, tinggal kulit sket jek kat belakang) 
Tepung tempura (bancuh dengan air)
Bread crumb

Method:- 
1. Bersihkan udang dan perap dengan lemon juice dan sedikit garam. Biarkan sebentar
2. Celupkan udang yang telah diperap dengan tepung tempura yang telah dibancuhkan dengan air.
3. Selepas dicelup dengan batter tepung tempura, golekkan udang di dalam bread crumbs.
4. Goreng menggunakan minyak panas.
5. Hidangkan bersama tartare, chilli sauce & perahan jus lemon.

Wednesday, May 15, 2013

Asam Pedas Ikan Tenggiri


Dulu-dulu aku tak pandai masak asam pedas, sekarang, dah terer. #libasrambutkebelakang

Thanks to Kak Hanieliza. Buku dia amat membantu!  

Ingredients:- 
Blend
1 biji bawang besar
3-4 biji bawang merah
3 biji bawang putih
sedikit kunyit hidup
sedikit belacan
2-3 sudu besar cili kering yang telah diblend

Lain-lain
2-3 keping ikan tenggiri/senangin/pari
daun kesum
daun ketumbar
tomato (potong 4)
bendi
1 sudu kecil asam jawa Adabi
2 cawan air (cawan budak yang beli kat ikea tuh)  

Method:-
1. Tumis bahan yang diblend (kecuali cili) di dalam minyak panas yang banyak.
2. Bila dah hampir kering air, masukkan cili. Tumis sehingga terbit minyak dan cili garing.
3. Masukkan air + asam jawa. Biarkan sehingga mendidih.
4. Masukkan ikan, tomato, bendi, daun kesum dan ketumbar. Perisakan dengan garam secukupnya/
5. Continue cooking sehingga ikan masak. Nyums!

Friday, April 19, 2013

Makanan untuk Tambah Susu Badan : Air Longan Kering & Kurma Merah

 

Untuk kawan-kawan yang sedang menyusukan anak. Ni petua daripada mak bidan yang mengurut tu bagi aku untuk membantu meningkatkan production susu. Since ni blog masak-masak, aku share la resepi ni.

Ingredients:-
7 biji longan kering
7 biji kurma merah
gula batu secukup rasa
air cukup-cukup untuk rendam bahan kering di atas

Method:-
1. Rebus bahan di atas sehingga menggelegak.
2. Minum suam-suam.

How does it taste? Macam rasa lai chi kang. SEDAP! longan kering & kurma merah tu biasanya beli kat kedai ubat cina






 

Thursday, April 18, 2013

Chocolate Puff



Seronok sangat buat kuih nih. Sebab end product dia nampak sangat 'gah' tapi sungguhlah effortless..

 3 ingredients, and you're off to set the appetite. Kids are happy, Husband is happy.. Mommy senyum sorang-sorang sebab this is super duper easy.

Highly recommended for 'suddenly show up' guests. (as long as you keep the puff pastry ready in your fridge)

Ingredients:-
1. Pastry puff (frozen)
2. Cooking chocolate (Cut to your desired size)
3. Egg yolk (to brush)

Method:-
1. Thaw the frozen puff.
2. Cut into desired shape. In my case, I just potong to a small rectangular shape.
3. Put the chopped choc in the middle and roll the pastry.
4. Brush with egg yolk.
5. Bake in a preheated oven for about 15mins at 200deg.

In less than 30 mins, SIAP SEMUA. you can change the filling accordingly. I've tried kaya, and tuna with mayo & lemon for savoury puff. sangat sedap. Excellent for tea or brunch. or even breakfast.

Friday, September 28, 2012

Ketam Rebus

mood update blog ke laut. entry-entry nih pun banyak entry tertunggak jek. layankan resepi sempoi nih. skali skala ubah selera tekak makan seafood, boleh la. makan seafood agak terkawal kuantiti sebab husband tak tahan.

ketam rebus nih resepi campak-campak jek. tapi yang buat dia ad ummph sket sebab kita tambah daun kunyit, biar rasa tak bland. tapi kalau ketam dah cukup fresh, tak yah letak pun takpe. dah cukup manis.

ingredients 
ketam
3 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 helai daun kunyit
garam secukup rasa
air

method:
1. didihkan air dengan hirisan bawang + daun kunyit
2. bila dah cukup didih, masukkan ketam & perisakan ngan garam
3. ni memang dasar lauk emak pemalas. :)

(nak malas lagi???? campak segala jenis sayur yang tak cepat lembik. cukup nutrisi makan ngan nasi/cicah roti)

 

Thursday, September 13, 2012

Roti John

Masakan yang sempoi tapi membuka selera. Konsep dapur saya sepanjang ramadhan. Less is more bak kata omputih. :P

Ingredients:-
Roti hotdog (potong dua)
Daging fresh (dicincang)
seasoning (saya guna seasoning kicap cap Maggi)
Bawang
Telur
garam
Salad sebagai hiasan

Method:-
1. Marinade daging yang telah dicincang dengan seasoning. Tempoh marinade sukati.
2. Pukul telur + garam sampai kembang.
3. Panaskan frying pan
4. Tuang teluar yang telah dipukul + daging. Agak-agak nak kering, tepek roti john atas dia.
5. Masak cam orang buat kat pasar
6. Sumbat salad, bawang segala, picit mayo + sos cili. Ngap panas-panas.

Plus point masak cenggini : complete meal.. carb ada, protein ada, sayur ada.. :)