Recipe nasi serai nih i dapat dari blog
kak nor. outcme product dia rasa macam nasi ayam, without less guilt, bagi yang berdiet. (ye sangat) i hidang nasi nih dengan daging masak halia + sayur campur. kids love it!
:: Bahan-bahan ::2 cawan beras
1 labu bawang
3 ulas bawang putih
2 helai daun pandan
1 btg kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga - tak letak
1 kuntum bunga lawang
5 btg serai ~ dititik/ketuk
1/2 kiub pati ayam ~ i ganti dengan pati ayam yang dalam botol. roughly 1-2 tbsp
garam
air secukupnya
2 sudu besar minyak sapi ~ i guna marjerin
Panaskan minyak sapi dan masukkan bawang besar dan daun pandan.
Goreng hingga bawang layu dan wangi, masukkan bawang putih, kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga dan bunga lawang.
Masukkan serai.
Goreng lg hingga wangi dan masukkan beras.
Kacau2 sekejap dan masukkan air secukupnya.
Masukkan kiub pati ayam dan garam.
Kacau sedikit hingga semua sebati dan masak lah sehingga nasi masak
thanx kak nor for this simple but yummy recipe. i suke.