Monday, August 8, 2011

:: Ayam Masak Merah ::



suami request nak makan nasi serai dengan ayam masak merah for iftar. nasi serai dah pernah buat sebelum ni, ikut resepi kak nor. senang betul!

:: Ingredients ::
2-3 sudu bawang besar yang dikisar
1 sudu bawang merah yang dikisar
1 sudu bawang putih yang dikisar
1 sudu halia yang dikisar
3 sudu besar cili kering yang dikisar
2 batang serai (diketuk)
ayam
serbuk kunyit
garam & gula

:: Method ::
1. salut ayam dengan kuyit dan garam. goreng garing.
2. tumis semua bahan yang dikisar & serai sehingga agak garing. masukkan sedikit air untuk sedikit kuah.
3. masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul rata.
4. season with salt & sugar

Friday, August 5, 2011

:: Nasi Goreng Ikan Masin ::


menu macam nih keluar bila tukang masak dah tak selera nak makan. almaklum la, anak tak sihat, mood mau makan pun macam melayang-layang jek.

:: Ingredients ::
2 ulas bawang putih (ketuk/hiris)
5 tangkai cili padi
1-2 sudu besar sos tiram
1 mangkuk nasi putih sejuk
1 keping ikan tenggiri jeruk masin
sayur hijau (i used bak choy)
1/2 tomato (diced)
cendawan enoki
telur (optional)
minyak bijan (optional)

:: Method ::
1. tumis bawang putih & cili api sehingga naik bau. masukkan cili api dan tumis sehingga wangi.
2. masukkan sos tiram & nasi. gaul rata
3. masukkan semua sayur & gaul lagi
4. masukkan telur & last sekali minyak bijan.

done. sungguh membuka selera

note to self - omit telur and minyak bijan next time.


:: Spagehtti Sardin Bunga Kantan ::




resepi nih saya dapat dari member yang bawak bekal gi opis. at first, i was sceptical. boleh ke makan spaghetti ngan sardin?? tapi sebab member dah bawak, (makan free kan), harusla saya cuba.

sekali makan, mak aihhhhhhhh. terkenang-kenang. dari sehari ke sehari nak buat tapi tak terbuat-buat. so, first day sahur, i decided untuk buat resepi nih. makan macam makan malam. :D bukak selera. barang-barang pun murah saja.

so here goes my recepi, altered mengikut tahap my tastebud memory.

:: Ingredients ::

1 tin ikan sardin (saya guna brand ayam, asingkan kuah)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 kuntum bunga kantan (hiris halus)
5-6 helai daun limau purut (hiris halus)
5 batang cili padi (diketuk)
2 sudu besar sos cili
1 tsp air asam jawa
garam, lada sulah

:: Method ::
1. tumis bawang merah, bawang putih & cili padi sehingga naik bau.
2. masukkan sardin yang telah dihancurkan.
3. masukkan bunga kantan dan daun limau purut.
4. masukkan sos cili, asam jawa & sedikit air. gaul rata.
5. season with salt & white pepper.
6. serve warm with spagehtti cooked al dente.

layannnnnn

Thursday, August 4, 2011

:: Ikan Siakap Sambal Hijau ::



Resepi nih daya cilok dari magazine Nona (kalau tak silap) edisi Julai 2010. i'm not a big fan of fish, very selective, and antara ikan yang saya suka is siakap. bila nampak resepi nih dalam magazine dengan sikt punya lawa posing, saya pun try. not bad!

:: Ingredients ::
Ikan Siakap - lumur dengan tepung jagung & garam
5 ulas bawang merah*
1 biji bawang besar*
2 batang serai*
2 inci halia*
10 batang cili hijau*
1 sudu besar oyster sauce
lada sulah, garam, gula

* blend

:: Method ::
1. Goreng ikan sehingga garing, and letak atas pinggan.
2. tumiskan bahan blend sehingga naik bau. masukkan oyster sauce & sedikit air.
3. season with salt, sugar & white pepper. masak sehingga kuah agak kering & garing.
4. tuang kuah atas ikan. sila makan. :)

Monday, August 1, 2011

:: Terung Goreng Berlada ::



:: Ingredients ::

Terung
4-5 biji limau nipis (ambil jus)
bawang besar (sliced)
lebih kurang 10 biji cili merah (blend)
garam, gula

:: Method ::
1. Goreng terung yang telah dipotong serong setengah masak.
2. tumiskan bawang besar dan cili blend sehingga garing.
3. masukkan jus limau, masukkan terung dan gaul rata. rasakan dengan garam dan gula.