Wednesday, November 18, 2015

Pes Char Kuey Teow

This is for my reference. Got this over the net, but can't really recall kat mana aku cedok resepi ni. Nak prepare pes char kuey teow ni tak susah mana pun, and sangatlah membantu kerja-kerja masak especially hari-hari malas  sibuk.

So here you go..

Bahan
10-12 ekor udang (saya ambil kulitnya sahaja)
250ml
4 ulas bawang putih ditumbuk halus
6 sudu besar sos tiram 
3 sudu kecil kicap pekat
3 sudu besar kicap manis
2 sudu kecil petis udang (atau tambah secukupnya)
garam & gula secukup rasa

Method :-
1. Rebus kulit udang dengan air menggunakan api perlahan. Bila mendidih, padamkan dan blend.
2. Tapis air rebusan udang.
3. Masukkan semua bahan di atas sehingga pekat.



Kuey Teow Goreng

Bahan
2 ulas bawang putih yang diketuk
1-2 sudu kecil cili boh (lebihkan jika suka pedas)
1 paket kuey teow
udang
daun kucai
tauge
1 biji telur 
5-6 sudu besar pes char kuey teow (secukup rasa)

Cara guna pes
1. Tumis bawang putih dan cili sehingga wangin dan garing.
2. Masukkan udang.
3. Masukkan kuey teow dan pes. Gaul rata.
4. Pecahkan telur dan masukkan daun kucai dan tauge.
5. Hidangkan panas-panas dengan cili jeruk dan bawang goreng.

ps : kalau suka kuey teow yang basah, masukkan sedikit air.