Sunday, April 24, 2011

:: Pancake ::



dah lama nampak orang tepek resepi pancake with mayo nih. tapi tak terbuat2. since mayo dah ada dalam peti dan si budak adib dah minta nak makan, makanya buat la jugak. definitely a keeper! pancake jadi sangat soft dan gebu (macam McD punya).

:: Ingredients ::
3/4 cup tepung naik sendiri*
1 tsp baking powder*
secubit garam*
3 sudu besar gula
50g butter - dicairkan
susu - kuantiti ikut konsistensi batter
1-2 tsp vanilla essence
1 telur
1 sudu besar mayo

* ayak

:: Method ::
1. satukan semua bahan dan kacau rata.
2. biar rest 20-30 mins.
3. panaskan pan, dan masak.
4. serve warm dengan syrup/choc syrup/buah etc.

ps - kalau nak senang, masukkan bancuhan ke dalam jug untuk memudahkan memasak dan meminimakan tumpahan semasa memasak. (amek kau bahassa. hebat!)


:: Konniyaku Jelly ::



selalunya weekend, i'll try to make something for the little tummies at home, be it baked goods or simple jelly for the kids to indulge. plan last weekend nak baking, tapi tak sempat nak menerjah kedai baking beli keperluan, so buat jelly saje. ingredients main agak2 jek.. so jom layan.

:: Ingredients ::

1 tin longan - asingkan jus dan buah
air
susu ideal
1 paket jelly konniyaku
3/4 cup sugar (perlu reduce lagi sebab too sweet!)
drops of colouring (merah, biru, hijau, kuning)

:: Method ::
1. campurkan susu, air dan jus longan sehingga mendapat sukatan lebih kurang 2 cawan.
2. masakkan jelly konniyaku mengikut arahan pek.
3. setelah masak, bahagikan kepada 4 bahagian, dan titiskan colouring.
4. masukkan ke dalam acuan jelly da masukkan buah longan yang telah dipotong kecil.
5. sejukkan.

:: Carbonara ::



ini instant punya sebab mommy malas tak berapa nak rajin masak.

:: Ingredients ::
spaghetti - boiled al dente
1 tin preego - carbonara
butter
2-3 cloves garlic
broccoli
mushroom
chicken strips

:: method ::
1. heat butter dan tumis bawang putih sampai naik bau.
2. masukkan chicken strips and stir sehingga masak.
3. masukkan mushroom. gaul sikit.
4. masukkan kuah preego. campurkan dengan sedikit air ikut selera masing-masing nak pekat camana.
5. masukkan broccoli.
6. perisakan dengan garam (jika perlu) dan black pepper.
7. masukkan spaghetti yang telah dimasak ke dalam kuah. gaul rata and ready to serve.


Sunday, April 17, 2011

:: Choc chip cookies & choc milk shake ::


the elder twin keep on asking for cookies, that i finally gave in and made some for them. the recipe yields more or less 100 pieces. jumpa resepi nih dalam salah satu fotopages yang i selalu visit dulu.

:: Ingredients ::
250gm butter
100gm white sugar
80gm brown sugar
1 egg
150gm flour sifted
100gm rice flour
100gm custard flour
1.5tsp baking powder
20g cocoa powder (pernah guna black cocoa powder, and it looks better)
a pinch of salt
almond flakes
choc chip
2 caps of vanilla essence

:: Method ::
1. cream butter and sugar.
2. add in egg.
3. add in the dry other ingredients, mix for 1 min.
4. bake in a preheated oven at 180deg for 15mins.

tipe : pernah baca dalam buku betty crocker, to get good cookies, temperature butter mesti betul. it shouldn't be hard or too soft. if u can make a thumbprint on the butter, that's the right temperature. kalau butter lembik, cookie will jadi leper, and kalau butter too hard, it won't expand well.



accompanying the cookie, is the milk shake.

:: Ingredients ::
6-7 scoops of choc ice cream (i used kit kat ice cream)
1.5 glass of milk
choc syrup

:: Method ::
Blend and serve with choc syrup. lovely

:: Charcoal Bamboo Loaf ::



i love bakery shops. normally, on friday, bila waktu lunch yang panjang, i'll take the opportunity to get good breads for weekend's breakfast. yang selalu jadi my stop is breadtalk or lavender, midvalley. setiap kali pegi lavender, mesti tengok roti yang kaler hitam tu, wondering apa la rasa dia.

last week, curiosity takes place, i bought the 'black' loaf - charcoal bamboo loaf. rasa dia mcm roti biasa jek. turned it to all time favourite toast - cheese with mushroom.

:: medley : nasi lemon + ayam percik + rakan-rakan ::

Nasi Lemon



i found this recipe masa here ---> intan's. sangat catchy n unik utk di'try' di rumah. ingredients pun tak banyak. i find the rice, ok. i would say nasi serai fare better. lemon tak terasa sangat, so perhaps, if buat lagi lepas nih should add more lemon. had this with ayam percik, sup kosong + sayur campur. nak masak menu nih punya pasal, i started my day as early as after subuh sebab dalam to do list teramatla banyak!

: Ingredients ::
4 cups beras basmathi
4 cups of water
garam
1/2 tsp kunyit
1/2 tin susu ideal
5 tbsp marjerin (i used puteri)
1 pokok daun sup (mayang halus)
1 pokok daun pudina (mayang halus)
satu genggam raisins (i tambah)
1 biji lemon (parut dan ambil jus)

~ bahan kisar ~
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1" halia

:: Method ::
1. basuh beras and toskan.
2. tumis bahan kisar dengan marjerin sehingga naik bau.
3. masukkan air, susu, parutan kulit lemon, jus lemon & garam. masak hingga mendidih.
4. apabila mendidih, masukkan beras, daun sup dan daun pudina.
4. tanak sehingga masak.

Ayam Percik



dah lama teringin nak masak ayam percik. tapi tak berani sebab saya bukanlah orang yang pandai memasak. sekadar tahu masak untuk tidak lapar dan memnuhi selera keluarga nukleus. tapi resepi yang saya jumpa di sini ---> noormasri seems easy. so here goes! and definitely dalam repeat list sebab senang. ngee!

:: Ingredients ::
4 keping ayam
2 kotak santan (saya pakai harmuni)
garam & gula
3 batang serai
1/2 tsp kunyit (saya tambah)
1.5 tbsp cili giling

~ bahan kisar ~
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1" halia
3 biji buah keras

:: Method ::
1. Masukkan semua bahan ke dalam kuali.
2. Masak sehingga kuah pekat.
3. Alihkan ayam ke dalam dulang & bakar di dalam oven @ 150deg for 30 mins. alternatively bakar atas dapur (which taste better!).
4. Panaskan lebihan kuah di atas kuali dan curahkan ke atas ayam apbila hendak menghidang.

Verdict : Menjilat Jari.



Sup gonjeng nih saya buat untuk anak-anak so that nasi tuh tak kering kejung masuk tekak. :p



and sayur nih sayur yang biasa saya masak untuk OH and kids. tak yah recipe la, senang sangat. :)


Sunday, April 10, 2011

:: Oreo Cupcakes ::



it has been a while, since i last bake. found the recipe from rima's blog. simply easy, minimal mess & quick, oreo cupcakes is definitely in repeat list. :)

:: Ingredients ::
250gm butter (i used buttercup)
1 cup sugar
1.5 cup self raising flour *
0.5 cup wheat flour *
2 tsp baking powder
1 tsp vanilla
4 eggs

* sift

8-10 pieces of oreos (crushed)

:: Method ::
1. Mix everything using a mixer for about 2 mins.
2. fold in crushed oreos.
3. baked in preheated oven @ 170deg for 25 mins.


:: Ikan Bakar Padang ::



Resepi nih saya dapat dari blog favourite - kak ummi. resepi yang ringkas dan mudah, sesuai dengan kehidupan saya yang sangat2 memerlukan resepi memasak seringkas-ringkasnya. :) it's delicious, and most importantly, easy peasy!

:: Ingredients ::
2 ekor ikan bawal hitam saiz sedang - saya pakai ikan siakap (1/2)
2 sudu makan air perahan limau nipis
3 ulas bawang putih (titik)

Bahan Sos Padang:-
6 - 10 tangkai cili merah
2 sudu makan sos tamoto
2-3 sudu besar marjerin
2 ulas bawang putih ( tumbuk)
1 sudu makan gula
garam secukup rasa
Secukupnya rasa air perahan lemon

daun ketumbar - optional

:: Method ::
Bersihkan ikan dan kelar, lumurkan dengan bawang putih, air perahan limau dan perap selama 10 minit.

Untuk sos padang - kisar cili merah, bawang putih, kemudian campurkan bahan sos dengan marjerin. Gaul rata. Sesuaikan rasa masam, manis dan masin mengikut selera. Ambila separuh sos dan lumurkan ke seluruh ikan termasuk bahagian dalamnya. Panggang ikan hingga masak. Didihkan baki sos dan hidangkan dengan ikan bakar serta daun ketumbar