Monday, May 27, 2013

Kerabu Pegaga


Kerabu yang membangkitkan selera.

Ingredients:-
Pegaga (dipotong)
2-3 sudu besar santan pekat
1-2 sudu besar air panas
2-3 ulas bawang merah dihiris halus
Sedikit kerisik
Jus limau nipis
Lada hitam

Method:-
1. Gaul rata semua bahan.
2. Perisakan dengan garam secukup rasa.

Sesuai dimakan semasa di dalam pantang. Cuma omit limau nipis.

Friday, May 17, 2013

Economic Bubba Gump-ing at home


Super fast express meal to satisfy hunger spasm.

Ingredients:-
Lemon juice/Lime
Shrimps (deveined, tinggal kulit sket jek kat belakang) 
Tepung tempura (bancuh dengan air)
Bread crumb

Method:- 
1. Bersihkan udang dan perap dengan lemon juice dan sedikit garam. Biarkan sebentar
2. Celupkan udang yang telah diperap dengan tepung tempura yang telah dibancuhkan dengan air.
3. Selepas dicelup dengan batter tepung tempura, golekkan udang di dalam bread crumbs.
4. Goreng menggunakan minyak panas.
5. Hidangkan bersama tartare, chilli sauce & perahan jus lemon.

Wednesday, May 15, 2013

Asam Pedas Ikan Tenggiri


Dulu-dulu aku tak pandai masak asam pedas, sekarang, dah terer. #libasrambutkebelakang

Thanks to Kak Hanieliza. Buku dia amat membantu!  

Ingredients:- 
Blend
1 biji bawang besar
3-4 biji bawang merah
3 biji bawang putih
sedikit kunyit hidup
sedikit belacan
2-3 sudu besar cili kering yang telah diblend

Lain-lain
2-3 keping ikan tenggiri/senangin/pari
daun kesum
daun ketumbar
tomato (potong 4)
bendi
1 sudu kecil asam jawa Adabi
2 cawan air (cawan budak yang beli kat ikea tuh)  

Method:-
1. Tumis bahan yang diblend (kecuali cili) di dalam minyak panas yang banyak.
2. Bila dah hampir kering air, masukkan cili. Tumis sehingga terbit minyak dan cili garing.
3. Masukkan air + asam jawa. Biarkan sehingga mendidih.
4. Masukkan ikan, tomato, bendi, daun kesum dan ketumbar. Perisakan dengan garam secukupnya/
5. Continue cooking sehingga ikan masak. Nyums!