Sunday, September 18, 2011

Lontong





tahun nih ai beraya kat terengganu, so haruslah time beraya tuh dok melantak nasi dagang dari rumah ke rumah.

so, bila balik umah sendiri, tekak tuh cam teringin-ingin nak makan lontong. nak buat tak pandai.

sekali, ada member rupanya dah interview akak kat opis camana nak buat lontong, sebabnya dikhabarkan akak nih punya lontong tip top.

so, ai pun skodeng resepi dan try la buat masa buat birthday party cum raya get together with close family members.

:: Ingredients ::
(untuk lebih kurang 20 orang makan)

Bahan Kisar/Tumbuk
8-10 ulas bawang merah
5-6 ulas bawang putih
1.5 genggam udang kering

Carrot - potong panjang
Kobis
Tempe
Tauhu - digoreng dengan sedikit minyak dahulu
Suhun - direndam dengan air panas
Sayur Pucuk - direndam dengan air panas
Sengkuang
Kacang panjang
3 kotak santan
2 tsp serbuk kunyit

1. Rebus semua sayur. (air separas sayur terendam)
2. Di dalam kuali yang berasingan, tumiskan bahan kisar dengan sedikit minyak sehingga agak garing. apabila hampir garing, masukkan serbuk kunyit dan tumis sehingga garing. tutup api.
3. Masukkan bahan-bahan tumis ke dalam sayur yang telah direbus
4. Masukkan santan dan masak sehingga mendidih.
5. rasakan dengan garam dan gula.

Saya suka makan kuah ni dengan nasi impit & kuah kacang. yummeyh!

Tips : Masukkan suhun semasa hendak menghidang bagi mengelakkan kuah kering.


No comments: