Friday, February 26, 2016

Mee Goreng Basah

Resepi ni aku dapat kat FB. Definitely a keeper. Altered accordingly

Bahan-bahan
1 biji bawang besar warna merah*
2-3 ulas bawang putih*
1-1.5 inci halia*
1 bungkus mee kuning
10 ekor udang
8 biji fishball
Sawi secukupnya atau kobis
1 biji carrot (dipotong panjang)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
4 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1.5 sudu besar cili kering yang telah dikisar halus - tambah kalau suka pedas
1 cawan air

bahan bertanda * dikisar

Cara-cara
1. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar dengan cili kering. Masak sehingga garing.
2. Masukkan semua sos dan air. Masak sehingga menggelegak.
3. Masukkan udang, fish ball dan carrot. Perisakan dengan galam dan gula.
4. Masukkan mee & sawi. Gaul rata.
5. Hidangkan bersama bawang goreng, daun sup & keropok ikan. Walauwehh.

Nota kaki : Tambah air sekiranya rasa kering.

No comments: