mula asal, nak masak nasi beriani. tapi rencah tak cukup. tunggu husband balik beli barang punya la lama. so last-last, tukar plan. masak nasi hujan panas. ikut resipi sebijik-bijik, sebab selalunya kalau masak nasi yang ada letak susu selalu termentah. hahahahaha. dah nak masuk 9 tahun kahwin pun selalu payah nak adjust susu. :P
resipi saya ikut kak hanieliza punya. tarak alter this time. ikut sebijik2.
Bahan4 cawan beras basmathi (dibasuh & ditos)
4 cawan air
1/2 cawan susu cair
3 biji tomato (dicincang)
1 batang serai (dititik)
2 helai daun pandan (disimpul)
1 kiub pati ayam
** saya guna 1 sudu besar pati ayam (liquid punya)garam secukup rasa
pewarna hijau, merah, kuning
2 sudu makan marjerin
1 sudu makan minyak sapi
Bahan B1 kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
3 biji bawang merah (blend)
1 ulas bawang putih (blend)
1 inch halia (blend)
** saya hiris saje.
Lain-laindaun sup
** saya guna daun ketumbarbawang goreng
Method1. Tumis bahan B, serai dan daun pandan sehingga naik bau.
2. masukkan air dan garam sehingga mendidih.
3. Masukkan susu cair, pati ayam, tomato & beras. Kacau rata.
4. Masak nasi seperti biasa. (saya masak atas dapur dengan api yang kecil)
5. Apabila nasi hampir kering, titiskan pewarna di 3 tempat yang berasingan. (1 warna 1 spot)
6. Biarkan nasi masak. Gemburkan dengan hati-hati untuk elak nasi hancur.
7. Hidangkan nasi bersama bawang goreng dan daun ketumbar/sup.
Note to self:-
1. reduce the colour amount next time. meriah benar la pulak nasik saya.