Makanan Malaysia kat bumi Yokohama ni memang tak wujud. Kalau nak makan makanan Malaysia yang Mommy tak masak kat rumah, kena pergi Tokyo and makan kat sana.
Nak dijadikan cerita, anak-anak bujang I semua suka makan satay. Masalah besarnya, satu secucuk RM6! Kena 12 cucuk? Pengsan poket bapak.
So, kita jadikan ni a try. Kata I, "Have to make the impossible, possible". Teknik cuba jaya tanpa putus asa kononnya. Terima kasih banyak-banyak kepada Azie Kitchen atas perkongsian resepi. Cuma resepi kuah kacang I alter sikit tambah serai.
Resepi Sate Ayam
Ingredients:-
Daging ayam (dipotong nipis)
2-3 batang serai (blend)
2 sudu besar kacang (blend halus)
3/4 sudu besar garam
1 sudu besar kunyit
1 sudu besar kunyit
1 mangkuk gula
(will add halia nex time, insya Allah)
(will add halia nex time, insya Allah)
Method:-
1. Perap daging ayam dengan semua bahan di atas. I biarkan semalaman dalam peti ais.
2. Rendam cucuk lidi dalam air, dan cucukkan daging ayam.
3. Goreng dalam pan dengan minyak yang sedikit. (Boleh juga bakar atas arang/oven)
Resepi Kuah Kacang
Ingredients:-
2 biji bawang besar (blend)
4-5 sudu besar cili kering
500g kacang tanah
3 batang serai
garam
gula dan gula merah
Method:-
1. Goreng kacang tanah atas kuali tanpa minyak.
2. Bila kacang dah masak dan sejuk, bersihkan kacang dari kulit, dan rendam dengan air. Air tu cukup-cukup jek.
3. Blend kacang dengan air. Air tu cukup2 jek untuk blend pusing.
4. Tumiskan bawang besar dan serai dalam minyak panas sehingga naik bau.
5. Masukkan cili blend dan masak sehingga pecah minyak.
6. Masukkan kacang yang telah diblend dengan 2 cawan air.
7. Perisakan dengan garam, gula dan gula merah.
No comments:
Post a Comment