Monday, May 18, 2009

:: Ikan Tenggiri Masak Singgang ::



budak kecik 2 orang kat rumah tu tak sihat over the weekend. selsema + batuk = takde selera makan.

adatla bila tak sihat, sure nak makan yang soupy² pastuh ada ala² masam sket kasik bukak selera.

so lauk malas nih la jadi mangsa. (walhal mak dia ngan bapak dia pun tak sihat!)

ingredients:-
ikan tenggiri (ikan kembung pun ok)
2 asam keping
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 batang serai, dititik
1/2 inci lengkuas
cili api (i omit this sebab takut budak kecik 2 orang tuh tak tahan)
5 batang kacang bendi
garam secukup rasa

method:-
1. masukkan bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, serai, lengkuas dan cili api di dalam air
2. rebus sehingga terbit bau wangi, air menggelegak and warna air tuh dah jadi kuning
3. masukkan bendi
4. season with salt
5. last sekali baru masuk ikan. kalau masuk awal² takut hancur. nanti tak best.
4. serve warm

No comments: