Wednesday, December 21, 2011

Chocolate Chip Butterscotch Bread Pudding



i found the recipe in nigella lawson's book. nampak sangat sedap. so i buat, and altered it to bahan yang ada dalam peti ais.

Ingredients
roughly 8 pieces of butterscotch bread
chocolate chip secukupnya
2 eggs
40gms brown sugar
200ml cream
400ml milk
extra castor sugar for sprinkle
vanilla essence

Method
1. Preheat oven to 170deg
2. susun roti yang telah dipotong (3cm cube) ke dalam oven proof dish
3. toss in the choc chip
4. whisk the eggs, brown sugar, cream, milk & vanilla essence.
5. pour over the bread & press the cubes down to coat them in liquid.
6. leave to soak for 20 mins. then sprinkle with sugar and bake for 40-50 mins.
7. serve warm with either vanilla sauce or ice cream. i had mine with choc sauce.

Tuesday, December 20, 2011

Ikan Siakap Bakar Berempah Woku



Resepi ni saya dah copy entah berapa kali. tak pernah berjaya nak masak sebab asyik tak cukup bahan. tengok kak ummi ulang tayang resepi nih terus rasa nak buat jugak. so, saya pun copy paste la resepi and buat untuk last week's dinner.

Bahan:-


1 ekor ikan siakap - dikelar-kelar
1 sudu teh air perahan limau nipis (*saya guna limau kasturi jek)
1 sudu teh garam

Lumur ikan siakap dengan limau nipis dan garam. Perapkan 15 minit. Bersihkan dan ketepikan.

8 helai daun limau purut - buang tulangnya dan hiris halus
4 helai daun pandan - hiris halus
2 helai daun kunyit - hiris halus
3 batang serai - ambil putihnya dan hiris halus
5 tangkai selasih - diambil daunnya (*saya tak letak)
2 biji tomato merah - potong dadu
250 ml air
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula pasir
2 tangkai daun bawang - dipotong-potong
sudu makan minyak masak untuk menumis

Bahan Kisar:-

12 biji bawang merah
7 biji cili padi merah (next time kena kurangkan sikit, sebab pedas sangat utk tekak saya)
5 biji buah keras - bakar kejap (*saya x bakar pun)
3 cm kunyit hidup - bakar (*saya x bakar pun)
2 cm halia

Cara Memasak:-


1.Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar, daun limau, daun pandan, daun kunyit dan serai sehingga terbit aroma.
2. Masukkan tomato dan kacau hingga layu.
3. Masukkan air, gula pasir dan garam. Masak sehingga matang dan mendidih.
4. Masukkan daun selasih dan ikan siakap. Masak sehingga kuah menyerap.
5. Sediakan alluminium foil yang telah digriskan sedikit minyak dan letak angkat ikan tadi di atas alluminium foil.
6. Tuangkan juga semua kuah pekat tadi rata-rata menyaluti ikan.
7. Bakar selama 30 minit dengan suhu ketuhar 180C sehingga ikan masak.
8. Hidangkan bersama pelengkapnya dan bahan taburan cili padi hiris.
9. Selamat menjamu selera!!! Hingga menjilat jari uuuuu...

Tuesday, December 13, 2011

Chocolate Dipped Strawberry



SIL came back from Cameron Highland, bawak balik gorgeous strawberry, malangnya anak yang kecik tak mampu nak makan sebab agak masam pada taste bud dia.

since ada cooking choc kat rumah, turn the gorgeous strawberry to choc dipped strawberry. dengan mommy skali laju layan.

Ingredients
Strawberries - lap kering-kering
Cooking Choc
Boiling water

Method
1. cairkan choc guna double boil method
2. once choc dah cair dip the strawberry dalam choc and dirikan dalam cawan guna lidi satay.
3. siap

Wednesday, November 23, 2011

Oreo Butter Cheesecake


Ingredients
250gm cream cheese
250 gm butter
10 pieces of oreo (crushed)
200gm castor sugar (250gm if you like it sweet)
4 eggs
crushed crispy chocolate
250gm self raising flour

Method

1. cream butter, cheese and sugar until fluffy.
2. add one egg at a time and mix. continue adding egg until all 4 are finished.
3. add sifted flour and crushed oreo and mix well using spatula.
4. transfer to cups or lined tin and sprinkle the crushed crispy chocolate on top.
5. mix in the pre heated oven for 25mins at 180degrees

Tuesday, November 1, 2011

Nasi Arab



Resepi yang saya dapat dari maid saya yang sebelum nih kerja di saudi. authentic gituuuu

Resepi Nasi Arab

::Ingredients::
5.5 cups of beras basmathi
1 ekor ayam/daging
1.5 litre air
halia
4 sekawan
1 biji bawang besar
1 biji tomato didadu
halia dihiris nipis
8 sudu besar tomato paste
1 cili besar
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
capsicum
garam
1 asam keping

::Method::
1. basuh beras dan set aside
2. tumis bawang,4 sekawan dan halia sehingga naik bau.
3. masukkan ayam, tomato paste, capsicum, tomato dan jintan putih. biarkan sehingga masak. kacau sekali sekala.
4. apabila ayam sudah masak, masukkan air.
5. continue masak ayam sehingga air hampir separuh.
6. rasakan dengan garam.
7. sekiranya ok, masukkan beras yang telah dicuci.
8. adjust air (samada nak tambah atau kurangkan)
9. tanak sehingga masak.

Resepi Dalca Nasi Arab

::Ingredients::
5-6 ulas bawang merah (dihiris halus)
2 ulas bawang putih (dihiris halus)
4 sekawan
halia
daging
cili besar
capsicum
terung
carrot
kentang (didadu dan direbus dahulu)
8 sudu besar tomato paste
1/2 tsp serbuk jintan putih
1/2 tsp serbuk kari

::Method::
1. tumis bawang, halia & 4 sekawan sehingga naik bau
2. masukkan daging dan continue tumis sehingga masak
3. masukkan serbuk kari, jintan, tomato paste dan capsicum
4. kacau sehingga tomato paste masak
5. masukkan air serta cili besar dan masak sehingga didih
6. masukkan terung, carrot & kentang. perisakan dengan garam.

Resepi Salad

::Ingredients::

Rommaine salad
Tomato
Timun
Jus lemon
garam

1. potong dadu timun dan tomato.
2. racik salad.
3. gaulkan dengan jus lemon & garam sejurus sebelum hidang.


Monday, October 17, 2011



bila tekak tak nak makan nasi dan badan baru nak sihat lepas buat breast biopsy, makanan untuk dinner pun simple-simple sahaja.

Ingredients:-
Wraps (saya beli di Giant, with garlic flavour. sangat sedap!)
romaine lettuce
capsicum
bawang besar
cendawan enoki (sauteed with butter)
tomato (diced)
mustard
mayo
chilli sauce

Fillings:-

i made two fillings. for OH i guna chicken loaf (instant from Giant)
mine is tuna fillings. (tuna in water, mayo, onion, lemon juice, salt, black pepper)

Method:-
assemble everything, and WRAP. the key is to serve it warm. i grilled the wrap for like less than 5 mins. serve immediately

Baked Egg Sandwich



my OH's breakfast, last two weekends, sebelum saya MC dari memasak sebab menjalani minor operation.

Ingredients:-
1 biji telur
2 keping roti yang disapu butter
1 keping sliced cheese
bawang besar (dadu)
mushroom (sliced)
capsicum (diced)

Method:-
1. buat satu lubang guna cookie cutter @ 1 keping roti.
2. sandwich the roti with cheese.
3. pecahkan telur dekat lubang
4. taburkan bawang besar, capsicum & mushroom
5. bakar roti dalam overn at 150deg lebih kurang 10-15 mins.

siap.

Sunday, October 2, 2011

Char Udon



terjumpa sos ni masa on the way to kedah, to be exact dekat R&R Gurun, attending my cousin's solemnization in alor setar. kat kl tak pernah jumpa lagi sos nih. beli satu untuk try, lepas tuh menyesal tak beli botol besar sebab sedap gila and too easy!



sejak dah ada sos ni, memang selalu la masak char kuey teow kat rumah. sangat senang, sangat best. :D fool proof gitu.

since dah selalu sangat masak ngan kuey teow, i decided nak try dengan udon, sebab kalau makan dekat Tupai-tupai, KL aku suka gila this dish. they called it Udon Goreng. since rasa dia cam char kuey teow, aku pun belasah guna sos nih untuk masak udon.

the verdict? very filling walaupun makan sikit sebab udon tuh gebu-gebu.

meh share recipe

Ingredients
Udon (aku beli kat Jusco, ada yang fresh udon, RM2 per packet)
2 ulas bawang putih (tumbuk)
udang (rebus dengan less than a cup of water)
daun kucai
taugeh
sos char kuey teow
air rebusan udang
telur (dipukul sedikit)

Method
1. Tumis bawang putih sehingga naik bau.
2. masukkan udang, daun kucai, tauge, air rebusan udang (less than a cup), telur & udon.
3. gaul rata. serve warm with kicap cair + cili api or cili jeruk or cili hijau yang dihiris nipis.

Fantastik.

ps - sekadar berkongsi facts. sos nih boleh dibeli secara online. klik here ---> OTAKU RESOURCES

Tuesday, September 20, 2011

Bubur Jagung



bubur jagung adalah antara bubur kegemaran ai. :)

Ingredients

1 tin jagung manis (brand kimball)
1 kotak santan
1 cawan air
4 subu besar gula
2-3 helai daun pandan

Method
1. Masukkan 1 cawan air, daun pandan, gula dan jagung manis ke dalam periuk dan didihkan.
2. apabila telah mendidih, masukkan santan.
3. continue masak sehingga menddih sekali lagi.

SIAP.

ps - sedap gak kalau campur sagu.

Sunday, September 18, 2011

Lontong





tahun nih ai beraya kat terengganu, so haruslah time beraya tuh dok melantak nasi dagang dari rumah ke rumah.

so, bila balik umah sendiri, tekak tuh cam teringin-ingin nak makan lontong. nak buat tak pandai.

sekali, ada member rupanya dah interview akak kat opis camana nak buat lontong, sebabnya dikhabarkan akak nih punya lontong tip top.

so, ai pun skodeng resepi dan try la buat masa buat birthday party cum raya get together with close family members.

:: Ingredients ::
(untuk lebih kurang 20 orang makan)

Bahan Kisar/Tumbuk
8-10 ulas bawang merah
5-6 ulas bawang putih
1.5 genggam udang kering

Carrot - potong panjang
Kobis
Tempe
Tauhu - digoreng dengan sedikit minyak dahulu
Suhun - direndam dengan air panas
Sayur Pucuk - direndam dengan air panas
Sengkuang
Kacang panjang
3 kotak santan
2 tsp serbuk kunyit

1. Rebus semua sayur. (air separas sayur terendam)
2. Di dalam kuali yang berasingan, tumiskan bahan kisar dengan sedikit minyak sehingga agak garing. apabila hampir garing, masukkan serbuk kunyit dan tumis sehingga garing. tutup api.
3. Masukkan bahan-bahan tumis ke dalam sayur yang telah direbus
4. Masukkan santan dan masak sehingga mendidih.
5. rasakan dengan garam dan gula.

Saya suka makan kuah ni dengan nasi impit & kuah kacang. yummeyh!

Tips : Masukkan suhun semasa hendak menghidang bagi mengelakkan kuah kering.


Thursday, September 8, 2011

Tofu Goreng Tomyam



i really love this dish. resepi yang dicedok dari kak hanieliza's latest book - 50 hidangan penambat selera. lauk yang saya pairkan dengan sayur masak lemak untuk mengurangkan rasa muak.

Ingredients

Bahan A
2 bungkus tofu telur (dipotong, sebaiknya tidak terlalu nipis)
kacang buncis
carrot (potong memanjang)
daun ketumbar (dihirs halus)
3 helai daun limau purut (dikoyak)
1 sudu besar pes tomyam
1/2 cup air

Bahan B

1 labu bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
cili api (diketuk)

Method
1. Goreng tofu telur yang telah dipotong di dalam minyak panas sehingga nampak garing. angkat dan toskan minyak.
2. tinggalkan separuh minyak dan tumis bahan B sehingga naik bau.
3. masukkan pes tom yam dan air. biarkan mendidih. season with salt sekiranya perlu.
4. masukkan daun limau purut, kacang buncis dan carrot.
5. apabila sudah hampir masak, masukkan tofu dan gaul rata.
6. serve with daun ketumbar. yummeyhhhhhhh

sangat recommend masakan nih!

Wednesday, September 7, 2011

Sayur Masak Lemak



lauk nih simple saja. tapi untuk orang-orang seperti saya semasa baru-baru belajar memasak, lauk macam ni pun saya kena bukak buku resepi, dan sampai sekarang masih tidak yakin walaupun dah agak selalu masuk dapur. so saya jotkan jugak resepi lebih kurang nih untuk membantu diri saya dan perhaps readers yang baru berjinak memasak okay?

Ingredients
kubis
cendawan
carrot
udang
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 kotak santan + 1 mangkuk air

Method
1. Leburkan everything dalam periuk.
2. keep on stirring sehingga pekat bagi mengelakkan santan pecah.
3. rasakan dengan garam.

Tuesday, September 6, 2011

Ikan Siakap Tiga Rasa



masakan ini adalah resepi all time favourite saya sebab ingredients is all time ada punya kat rumah, insya Allah. :) plus, ia adalah fool proof sebab tak perlu rasa garam segala. :D resepi boleh klik dekat sini --> ikan tiga rasa

Monday, September 5, 2011

Ikan Cencaru Sumbat - Bakar Version



I hardly masak ikan cencaru. In fact, this is my first time ever since 8 years of marriage saya bawak ikan cencaru mentah balik rumah untuk dimasak. masa kat sekolah-sekolah dulu, ikan cencaru nih famous dengan nama ikan jaket.

Saya masak ikan nih untuk dipartner kan dengan lauk udang kunyit yang saya masak, since suami request nak makan ikan. (maklumla, raya memanjang makan daging dan ayam).

Ingredients
Ikan cencaru dibelah belakang (season with garam dan kunyit)
3 biji bawang merah*
3 biji cili merah*
2 batang serai*
3 biji limau nipis (ambil jus)
garam dan gula

kisarkan semua bahan bertanda *

Method
1. campurkan semua bahan yang dikisar dengan jus limau nipis dan rasakan dengan garam dan gula.
2. masukkan bahan-bahan yang telah dicampur tadi ke bahagian belakang ikan cencaru yang telah dibelah.
3. bakar selama 20 minit @ 150degrees.
4. selepas 20 minit, terbalikkan ikan dan sambung bakar selama 20 minit lagi.


Sunday, September 4, 2011

Gulai Udang Kunyit



Resepi dari buku kak hanieliza yang latest. 50 hidangan penambat selera. dari masa bulan puasa hari tu nak buat, tak terbuat-buat. gambar dalam buku kak hanie tuh sangat-sangat la mengancam selera saya, malangnya, tuan rumah punya masakan tak secantik kak hanie buat sebab tak cukup cili merah dan kesilapan mengisar secara kering. so, gulai adalah tidak smooth dan kurang merah menyengat macam kak hanie punya. takpe, walaupun ghope tak ade, tapi rasa tetap fantastik. (tetap tak nak kalah)

resepi kak hanie saya guna with some alteration.

Ingredients
Bahan A
6 ekor udang besar
1 kotak santan harmuni + 1 mangkuk air
kacang buncis (kak hanie guna kacang panjang)
4 keping asam keping
1 helai daun kunyit
minyak
garam

Bahan B (dikisar)
3 biji cili merah
7 biji cili api (kak hanie guna 15 biji)
1 inci lengkuas
2 batang serai
3 biji bawang merah

Method
1. Tumiskan semua bahan yang dikisar sehingga minyak pecah.
2. Masukkan santan dan asam keping. Kacau sehingga minyak pecah dan pekat
3. Masukkan udang, kacang buncis dan daun kunyit. Season with salt.
4. Continue cooking sehingga pekat.

Note to self :

It tasted like mak's udang masak rempah. Mak's version is guna rempah kari udang, and daun kunyit dihiris halus. Mak's version, santan dimasak sehingga kering (almost like rendang). harus cuba one fine day.

Monday, August 8, 2011

:: Ayam Masak Merah ::



suami request nak makan nasi serai dengan ayam masak merah for iftar. nasi serai dah pernah buat sebelum ni, ikut resepi kak nor. senang betul!

:: Ingredients ::
2-3 sudu bawang besar yang dikisar
1 sudu bawang merah yang dikisar
1 sudu bawang putih yang dikisar
1 sudu halia yang dikisar
3 sudu besar cili kering yang dikisar
2 batang serai (diketuk)
ayam
serbuk kunyit
garam & gula

:: Method ::
1. salut ayam dengan kuyit dan garam. goreng garing.
2. tumis semua bahan yang dikisar & serai sehingga agak garing. masukkan sedikit air untuk sedikit kuah.
3. masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul rata.
4. season with salt & sugar

Friday, August 5, 2011

:: Nasi Goreng Ikan Masin ::


menu macam nih keluar bila tukang masak dah tak selera nak makan. almaklum la, anak tak sihat, mood mau makan pun macam melayang-layang jek.

:: Ingredients ::
2 ulas bawang putih (ketuk/hiris)
5 tangkai cili padi
1-2 sudu besar sos tiram
1 mangkuk nasi putih sejuk
1 keping ikan tenggiri jeruk masin
sayur hijau (i used bak choy)
1/2 tomato (diced)
cendawan enoki
telur (optional)
minyak bijan (optional)

:: Method ::
1. tumis bawang putih & cili api sehingga naik bau. masukkan cili api dan tumis sehingga wangi.
2. masukkan sos tiram & nasi. gaul rata
3. masukkan semua sayur & gaul lagi
4. masukkan telur & last sekali minyak bijan.

done. sungguh membuka selera

note to self - omit telur and minyak bijan next time.


:: Spagehtti Sardin Bunga Kantan ::




resepi nih saya dapat dari member yang bawak bekal gi opis. at first, i was sceptical. boleh ke makan spaghetti ngan sardin?? tapi sebab member dah bawak, (makan free kan), harusla saya cuba.

sekali makan, mak aihhhhhhhh. terkenang-kenang. dari sehari ke sehari nak buat tapi tak terbuat-buat. so, first day sahur, i decided untuk buat resepi nih. makan macam makan malam. :D bukak selera. barang-barang pun murah saja.

so here goes my recepi, altered mengikut tahap my tastebud memory.

:: Ingredients ::

1 tin ikan sardin (saya guna brand ayam, asingkan kuah)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 kuntum bunga kantan (hiris halus)
5-6 helai daun limau purut (hiris halus)
5 batang cili padi (diketuk)
2 sudu besar sos cili
1 tsp air asam jawa
garam, lada sulah

:: Method ::
1. tumis bawang merah, bawang putih & cili padi sehingga naik bau.
2. masukkan sardin yang telah dihancurkan.
3. masukkan bunga kantan dan daun limau purut.
4. masukkan sos cili, asam jawa & sedikit air. gaul rata.
5. season with salt & white pepper.
6. serve warm with spagehtti cooked al dente.

layannnnnn

Thursday, August 4, 2011

:: Ikan Siakap Sambal Hijau ::



Resepi nih daya cilok dari magazine Nona (kalau tak silap) edisi Julai 2010. i'm not a big fan of fish, very selective, and antara ikan yang saya suka is siakap. bila nampak resepi nih dalam magazine dengan sikt punya lawa posing, saya pun try. not bad!

:: Ingredients ::
Ikan Siakap - lumur dengan tepung jagung & garam
5 ulas bawang merah*
1 biji bawang besar*
2 batang serai*
2 inci halia*
10 batang cili hijau*
1 sudu besar oyster sauce
lada sulah, garam, gula

* blend

:: Method ::
1. Goreng ikan sehingga garing, and letak atas pinggan.
2. tumiskan bahan blend sehingga naik bau. masukkan oyster sauce & sedikit air.
3. season with salt, sugar & white pepper. masak sehingga kuah agak kering & garing.
4. tuang kuah atas ikan. sila makan. :)

Monday, August 1, 2011

:: Terung Goreng Berlada ::



:: Ingredients ::

Terung
4-5 biji limau nipis (ambil jus)
bawang besar (sliced)
lebih kurang 10 biji cili merah (blend)
garam, gula

:: Method ::
1. Goreng terung yang telah dipotong serong setengah masak.
2. tumiskan bawang besar dan cili blend sehingga garing.
3. masukkan jus limau, masukkan terung dan gaul rata. rasakan dengan garam dan gula.

Sunday, July 31, 2011

:: Double Cheese and Onion Phrata ::


just before puasa, i had Hot & Roll Phrata - Double Cheese and Onion kat Wangsa Walk Mall. oohhhhh sungguh berlemak tapi sangat addictive. since OH adalah jenis yang tidak suka makan nasi untuk sahur,i guess this is one of the good alternative nak buat untuk sahur. tried this untuk breakfast sebelum pose hari tuh, to get his approval. OH kata ok. so, here goes..

:: Ingredients ::
roti canai segera (in my case, i got the frozen one from my aunty. homemade gitu)
bawang besar (cincang, guna yang Hollang punya)
1 tsp mayo
1 keping cheese
sikit grated cheese

:: Method ::
1. Masak roti canai at one side. Just before garing, flip it.
2. letak cheese, grated cheese, chopped onion & mayo.
3. lipat roti phrata into two.
4. serve warm

note : sangat berlemak wooooo. kalau stok-stok ada gallstone, hati-hati yek. (peringatan untuk diri sendiri)


:: Scramble Egg ::



bukannya resepi yang hebat-hebat sangat pun. just scramble egg. tapi scramble egg yang fluffy fluffy, not the dry ones.

good for breakie! and untuk anak-anak yang sakit tekak. sebab lembik2 gitu.

:: Ingredients ::
2 eggs
enough milk
1 tbsp butter
pinch of salt

:: Method ::
1. whisk everything, and set aside.
2. heat up the pan (best to use non stick pan, pakai ikea yang murah tuh pun okay)
3. pour in the egg mixture.
4. scramble the egg, angkat just before dry.
5. best serve warm with toast.

anak-anak panggil nih egg o-mcdonald

Thursday, July 28, 2011

:: Orange Choc Swirl Cupcakes ::



sudah sebulan tak mengupdate blog ni. tuan rumah memang dilanda kesibukan yang teramat. diuji dengan anak-anak yang sakit seorang demi seorang. in total adala nak dekat 10 hari dok sepital menjaga 2 orang anak pada masa yang berlainan. dugaan.

okay, nih nak share recipe kek yang (pada saya ye, bukan masuk bakul angkat sendiri tau) SANGAT SEDAP. recipe nih saya amek dari buku Cupcakes and Muffins, Collectors Edition. ada sikit alteration yang saya buat to suit my taste bud.

:: Ingredients ::
3 eggs
250g butter (saya pakai tatura)
1 cup castor sugar
1/2 cup milk
2 cups self raising flour (sifted)
juice of 1/2 orange
zest of 1/2 orange
1/4 cup cocoa powder (i used delfi)
1 tsp coffee powder, diluted in a tbsp of hot water (i add)

:: Method ::
1. Preheat oven to 160deg.
2. lightly beat eggs. add butter and sugar, beat till light and fluffy.
3. add flour and milk. saya guna teknik kaup balik. F-M-F-M sampai habis.
4. divide to two portion (A&B). Portion A - masukkan orange juice & orange zest. posrtion B - masukkan cocoa powder and diluted coffee.
5. put some of each mixture dalam cup and guna skewer untuk buat marble effect. (bab nih tuan rumah fail)
6. bake for 20 mins (buku opunya suggestion), i had to bake mine for 30 mins.

sangat moist!

HIGHLY RECOMMENDED

Sunday, June 26, 2011

:: Char Kuey Teow ::



dah lama saya cari kicap char kuey teow nih. awal june hari tuh, i went to kedah with family to witness my cousin's solemnization, and i found the said kicap dekat R&R gurun. beli la satu botol 850g. sungguh saya menyesal tak beli botol besar. cepat benar nak habisnya, sedap pulak tuh!!!

:: Ingredients ::
8-10 tbsp kicap char kuey teow
2 ulas bawang putih (tumbuk)
udang
daging
daun kucai
taugeh
2 telur
almost a cup water
1 paket kuey teow

:: Method ::
1. tumis bawang putih sampai wangi
2. masukkan udang & daging
3. masukkan kicap & air. masukkan kuey teow, daun kucai & taugeh.
4. masukkan telur yang dah dikacau.
5. siap.

extremely simple!

:: Macaroni Goreng ::



bila tukang masak sudah bosan makan roti utk breakfast (unlike my OH who can take breads for breakfast-lunch-dinner-in between meals-everytime). :)

::Ingredients::
3-4 handful of Macaroni (cooked al-dente in salted water + bits of olive oil)
2-3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
carrot
sawi
capsicum
daging
udang
2 tbsp sos tiram
1 tbsp sos cili
3 tbsp kicap manis
3 tbsp kicap masin
3 tbsp sos char kuey teow
2 biji telur
minyak bijan

optional :-
salad
tomato

:: Method ::
1. tumis bawang putih & merah yang telah dihiris halus sehingga wangi
2. masukkan daging, carrot & capsicum.
3. bila daging dah masak, masukkan semua jenis kicap & sos.
4. masukkan macaroni, udang & sawi, gaul rata.
5. masukkan telur yang telah dipukul & gaul rata.
6. renjiskan sedikit minyak bijan untuk menambah rasa.
7. garnish with any kind of salad & tomato. serve warm with chilli sauce & bawang goreng. siap!