Tuesday, October 7, 2014

Buah Melaka



 Kalau dekat KL, anak-anak balik sekolah lapar, singgah je gerai & tapau kuih.

Kat sini, merasalah kau semua kena buat. Baru la nak ingat nikmat hidup di bumi Malaysia. :(

So, salah satu kuih yang aku buat kat umah. Ini kes nak menghabiskan ubi kat umah. Sebab ubi tu, kalau goreng or buat bubur, tak laku. 

Bahan-bahan:-
Ubi keledek
Tepung pulut
secubit garam
Daun pandan (dikisar dengan air)
Gula melaka

Cara-cara:-
1. Rebs ubi sehingga empuk.
2. Lenyekkan ubi & masukkan tepung pulut, garam & air daun pandan. Sukatan agak-agak jek.
3. Gaul sampai tak melekat.
4. Bulatkan kecik-kecik adunan, dan masukkan gula melaka.
5. Rebuskan dalam air mendidih. Bila timbul, maknanya kuih dah masak.
6. Coat dengan kelapa parut. 

Monday, October 6, 2014

Baked Fish


Antara menu yang selalu order kat Secret Recipe. Mozarella Baked Fish.

Biasanya mozarella cheese ada je stock kat umah, sekali habis. Belasah je la pakai cheddar. Masin sikit la jadinya.

Ingredients
White fish filler
Cherry tomato
Mozarella cheese
Salt
Black Pepper
Lemon Juice

Method:-
1. Perap ikan dengan jus lemon, garam & lada hitam.
2. Taburkan cheese & aturkan tomato.
3. Bakar at around 170degrees dalam 10-15mins. Sedappp wooo

Friday, August 29, 2014

Salmon Carbonara

Dalam seminggu, mesti masak pasta. Dan pasta ni selalunya dikategorikan sebagai menu penyelamat, tatkala sibuk, etc.

Kids memang suka pasta. Cuma masalahnya, sorang suka tomato based, sorang suka creamy white pasta. Oleh kerana creamy white pasta lebih mudah untuk dibuat, so itulah yang selalu saya masak.


Creamy seafood pasta ni senang bangat. Seafood tu boleh tukar-tukar. Ada sekali tu, bantai pakai salmon. Mak Aiihhhhhh, nyums!

So here goes recipe. Ni sendiri bikin punya.

Bahan-bahan
Bawang besar Holland (hiris nipis)
Salmon (or any seafood/sausages whatever you fancy)
Sliced button mushroom
Cooking cream
1 keping cheddar cheese
garam
black pepper
Spaghetti

Cara-cara
1. Tumis bawang besar dengan minyak zaiton sehingga layu.
2. Masukkan salmon dan masak seketika.
3. Masukkan cream dan gaul rata.
4. Masukkan cendawan & cheese.
5. Perisakan dengan garam & black pepper. Siap.


Thursday, August 28, 2014

Nasi Beriani Kambing dan Kambing Masak Kandar

Uishhhhhhh. Sedap gila rempah nasi beriani Pakistan ni. Dapat info bila baca blog Juwita. Sampai kat kedai, kebetulan ada rempah nasi beriani brand Shan dari Pakistan. Masak ikut arahan paket jek. Sesapa dok kat Yokohama boleh la cari rempah ni. Sedap sangat-sangat! Masak nasi beriani ni dengan lauk kambing kandar, resepi dari bog Kak Nor. Memang tersandar kekenyangan dan rasa bersalah sebab diet terus out! 

Dan lagi best, dah nak kat kul 10 malam, si kecik tanya, Mommy nak makan nasik, padahal masa suap makan tadi dah 2 kali tambah!

Rempah nasi beriani tu a bit spicy, so kena pandai adjust. First time buat, terpedas. Second time, ok dah.

Resepi Nasi Beriani
Bahan-bahan
Kambing
Rempah beriani
1 cawan air
1 biji bawang besar - dihiris
Minyak
Daun kari
1/4 sudu kecil asam jawa Adabi
Cili hijau (optional)
Kismis, gajus (optional)
2 pot beras basmathi
3 cawan air + 0.25 cawan susu segar

Cara-cara
1. Basuh dan tos beras. Asingkan.
2. Perap kambing dengan dua sudu besar rempah beriani (minimum sejam)
3. Rebuskan kambing yang telah diperap dengan secawan air, sehingga air kering. Tutup api.
4. Di dalam periuk lain, tumiskan bawang, 1.5 sudu kecil rempah nasi beriani dan daun kari sehingga kuning. Masukkan kambing yang telah direbus tadi dan masak seketika.
5. Masukkan beras yang telah ditos dengan 3 cawan air dan 0.25 cawan susu segar. Masukkan juga kismis & gajus serta perisakan dengan garam. Tanak nasi seperti biasa.

Resepi Kambing Masak Kandar (sumber Kak Nor)
Bahan-bahan
Kambing
6 ulas bawang putih - blend
1 inci halia - blend
2 sudu besar kicap pekat maggi
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2-3 sudu besar rempah kari daging
1 labu bawang besar (dimayang)
1 ulas bawang putih (dimayang)
Kulit kayu manis dan bunga lawang
sedikit daun kari
garam dan perasa

Cara-cara
1. Rebus kambing sehingga empuk. Simpan air rebusan.
2. Tumiskan bawang besar, bawang putih yang dihiris, kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga wangi.
3. Masukkan bahan-bahan yang diblend dan tumis sehingga wangi.
4. Masukkan kicap, sos dan rempah kari. Gaul rata.
5. Masukkan air rebusan dan kambing yang telah direbus. Masak sehingga pekat. (saya tambah kentang)
6. Perisakan dengan garam jika perlu.




Wednesday, August 27, 2014

Sotong Oriental

Sotong sinonim sangat dengan masak sambal. Muak pulak rasa. 

Pastu bila jalan-jalan blog Kak Nor, jumpa resepi Sotong Masak Oriental. Bila ditelek bahan, ehh, macam Mongolian Prawn la yang aku makan kat JB, kat Kampung Danga. Sedap ok,sedap.


Bahan-bahan
Pes
2 s/b pes tom yam
2 s/k rempah kari ikan
1 1/2 s/b sos tiram
2 s/k sos ikan
 
Sotong 
1 tangkai daun kari
5 ulas bwg merah ~ hiris
3 ulas bwh putih ~ cincang
garam & gula secukup rasa
1 biji cili hijau (tak letak)
Gajus (aku tambah)

Cara-cara
1. Tumis bawang merah, bawang putih & daun kari sehingga wangi.
2. Masukkan bahan-bahan pes dan gaul rata. 
3. Masukkan sotong dan gajus. Gaul rata. Siap.

Monday, August 25, 2014

Sambal Ikan Bilis dan Kentang Pedas

Ni masak masa bulan puasa hari tu. Tetap nak masukkan supaya lepas ni senang nak carik. 

A keeper, definitely. Kalau tak, takkan aku sanggup jaga tengah-tengah malam ni re-type semula resepi. Got this recipe from Curlybabesatisfaction.blogspot.com


Bahan-bahan
Ikan bilis
3 biji ubi kentang (dihiris)
Cili api 20-30 biji (aku buat 15 biji saja. tak berani) - blend kasar
Bawang merah (3 ditumbuk, 7 dihiris)
Bawang putih 4 ulas (ditumbuk)
Serai sebatang (dititik)
Cili merah 3 biji (diblend kasar)
asam keping

Cara-cara
1. Goreng ikan bilis, dan asingkan.
2. Goreng kentang (perisakan dengan kunyit dan garam) dan asingkan.
3. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk/blend & serai. Apabila sudah hampir garing,masukkan garam.
4. Masukkan bawang merah yang dihiris, dan masak sehingga garing.
5. Masukkan ikan bilis & ubi kentang yang telah digoreng. Masukkan sedikit serbuk kunyit untuk mencantikkan masakan, dan gaul rata.

Friday, August 22, 2014

Doughnut Mayo (Donut Mayo)

Anak-anak masih belum start sekolah di Jepun. Merasa la cuti sekolah 3 bulan. Bulan 9 baru start sekolah. Kesian kat bebudak ni asyik nak mengunyah. So,usahakan jugakla buat doughnut. Padahal kalau kat KL, terjah kedai je.

Resepi ni aku amek kat blog kakak Juwita. Suka tengok blog juwita ni. Banyak resepi best-best and kebetulan aku sekarang hidup dekat Yokohama. Selalu refer blog Juwita ni untuk plan nak bawak anak-anak berjalan.

To be honest, ni first time aku buat doughnut. And it turned out to be crispy on the outside and fluffy inside. Hit it right!


Bahan-bahan
330g tepung gandum
1.5 - 2 sudu besar mayo
1 sudu besar susu tepung (substitute dengan 1 sudu besar fresh milk)
1 egg
140 ml warm water
1.5 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula
4 g yis (1.5 teaspoon)

Cara-cara
1. Masukkan bahan-bahan dan uli sehingga doh tidak melekat.
2. Rehatkan doh dan biar dia double up.
3. Tumbukkan doh bagi keluar angin.
4. Bahagikan kepada bebola kecil. Rehatkan 6-8 mins.
5. Bentukkan as doughnut dan goreng.
6. Letak topping yang disukai. Kids will love chocolate, surely. But I love mine with cinnamon & powder sugar. Layannnnnn

* boleh difreezekan. untuk freezekan, goreng sedikit doughnut (half cook) and simpan dalam freezer.

Thursday, August 21, 2014

Nasi Kari

Dah berapa blog aku masuk, banyak betul yang suggest masak nasi kari. So let's gamble. Resepi ni aku amek dari few blogs, antaranya blog Kak Nor.

Resepi ni diolah semula mengikut kesesuaian dan kerajinan tukang masak. But all in all, rasanya sangat sedap macam nasi arab gitu.

Amacam, mengancam tak?

Bila upload gambar ni kat fb, ramai pulak member yang tanya cemana nak masak. In short, sebenarnya nasi ni dimasak dengan kuah kari ayam. Maknanya, masak kari ayam dulu, lepas tuamek kuah kari tu untuk masak nasik. Since aku pakai beras basmathi, kuantiti kuah tu aku lebihkan1 cup dari sukatan beras supaya nasi nanti lembut.

Bahan-bahan
4 sekawan
daun kari
1 biji bawang besar * - blend
2-3 ulas bawang kecik - * blend
1.5 inci halia * - blend
2 sudu besar rempah kari ayam (dibancuh dengan air panas sehingga menjadi pes)
1 kiub ayam (optional)
garam
Ayam (aku tak masukkan pun. buat kari kosong saja)
Santan
2 pot beras basmathi - basuh dan toskan
Kismis, gajus (optional)

Cara-cara
1. Tumis 4 sekawan, daun kari dan bahan-bahan yang diblend sehingga naik bau.
2.  Masukkan rempah kari yang telah dibancuh. Continue masak sehingga pecah minyak.
3. Bila dah pecah minyak, masukkan ayam (in my case, aku skip)
4. Masukkan santan, kiub ayam dan perisakan dengan garam. Masak sehingga pecah minyak.
5. Di dalam periuk nasi, masukkan beras dan kuah kari yang telah dimasak. Masukkan kismis dan gajus. Tanak atas rice cooker macam biasa.

Saya hidangkan nasi ni dengan ayam goreng rempah. Mabeles.
 

Wednesday, August 20, 2014

Udang Masak Rempah

Ini lauk favourite aku. Sejak husband kawen dengan aku, dengan dia-dia minat lauk ni. 

Masa mak datang duduk ngan aku kejap kat Jepun ni, apalagi, menuntut ilmu la. Padahal masa kat Mesia, time sikit punya banyak, takde motivasi pun nak masak lauk ni.

  
Dipersembahkan lauk Udang Masak Rempah Bonda saya.. :D

Lauk ni impressive, dan cara masak pun cukup senang. Serious tak tipu.

Bahan-bahan
Udang
Bawang merah *
Bawang putih *
2 batang serai *
2 sudu besar cili kering yang telah diblend
1 sudu kecil cili api& kunyit yang telah diblend sekali
2 sudu besar rempah kari ikan/seafood
Daun kunyit - dihiris
Santan secukupnya

Bahan yang ditanda * dikisar
 
Cara-cara masak
1.Masukkan semua bahan (kecuali udang) dan masak sehingga agak pekat.
2. Bila kuah sudah agak pekat, masukkan udang & hirisan daun kunyit. Perisakan dengan garam. Siap.

Tuesday, August 19, 2014

Rendang Daging Bonda

Bila diminta untuk merendang oleh kawan-kawan husband, mulalah susah hati. Tu la kan, bila mak masak tak nak belajar. Nak tak nak, kena jugak la belajar.

Whatsapp bonda di KL, tanya resepi. Bonda dengan baik hati hantarkan resepi yang detail, confirm jadi punya. hikhik. :)

 Tu dia..Gambar dalam kuali lagi. 

Meh tengok cemana nakbuat. Adik-adik yang macam I, yang tak pernah masak rendang, tetiba mak mertua suruh masak, boleh cuba resepi rendang daging ni, ok?

Bahan-bahan
1kg daging
500g bawang merah *
250g bawang putih *
4 btg serai *
1/2 inci halia *
cili api * (kuantiti ikut sesedap pedas yang kita nak)
2 tin santan
2 sudu besar rempah kari
1 paket kerisik
cili kering yang telah diblend

Bahan bertanda * dikisar kasar.

1. Sangaikan daging dalam bahan yang telah dikisar bersama cili kering yang telah diblend dan rempah kari. Bila air daging sudah hampir kering, masukkan santan. Pastikan daging kelemasan dalam santan. (Bahasa....... hihi)
2. Masak daging dengan santan sehingga hampir kering. Bila santan hampir kering, masukkan kerisik dan perisakan dengan garam. Continue masak sehingga terbit minyak.

Boleh jugak dimasukkan hirisan daun kunyit untuk menambahkan aroma.

Thursday, August 14, 2014

Kuih Seri Muka

Lamanya la tak update kt sini. Sekarang ni dah duduk kat Japan, so everyday kena masak. Bila tiap-tiap hari kena masak, lama-lama boring sebab asyik makan benda sama. Nak tak nak, kena cabar diri sendiri untuk cuba masak benda lain. 

Kids mintak nak makan kuih seri muka..

Yowwwww. kalau kat KL, start enjin kereta. Zassss siap. :P

Teringat resepi yang boss pernah bagi, tapi tertinggal kat KL. Dok berfb ngan boss, tetiba dia hantar resepi.. tulis tangan lagi through Whatsapp. hihi. So I pun try la buat. Thank you la boss, tolong convert everything jadi ml.. Igat lagi dia kata, dia kata buat conversion tu, kalau tak nanti anak dia pun tak  boleh buat. :D

Jom tengok resepi.

Bahagian pulut.
250g pulut (selamba je guna beras sushi. Tak le sesedap pakai pulut. Boleh la)
350ml santan (Dalam 300 ml je guna)
1 helai daun pandan
garam

I masak dalam rice cooker saje. Bila dah masak, transfer dalam loyang & padatkan.

Custard
170g gula
100ml air
6 helai daun pandan dikisar dengan 50ml air (I guna 100ml, sebab blender tak lepas)
2 biji telur + 1 telur kuning (I guna 2 biji telur je, tu je yang ada)
250ml santan
25g tepung gandum (1.5 level table spoon)
35g tepung jagung

1. Masakkan gula & air
2.Campurkan semua bahan lain. I masak sekejap atas api (Boss kata tak masak pun tak pe.. Jangan cair sangat je)
3. Tuang bancuhan custard atas pulut, kukus 1 jam.

Nah gambar sebijik. Puas hati masak, sebab anak suka gila. Kena practise lebih kasi perfect.

:)




Thursday, July 3, 2014

Friday, January 24, 2014

Sizzling Noodles

My kids love noodles. Afiq in particular suka makan sizzling noodles. Kalau beli kat food court, memang kena beli 2 set, kalau tidak, alamatnya tak cukup.

So last week, lepas berjimba-jimba dengan family, balik rumah masak dinner. Konsep dinner lepas penat berjalan haruslah ringkas tapi sedap. So, inilah hasilnya.. Sizzling Mee.

Resepi ni aku amek kat blog Kak Nor, secubit garam. Outcome dia? Sebijik-sebijik rasa kat food court. :)

Ingredients:-
Mee (Sapa tau mana nak beli Yee Mee.. Yang ni aku pakai mee kuning biasa tu jek)
3-4 ulas bawang putih
halia - hiris nipis-hipis
3-4 biji cili kering
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap cair
1 sudu kicap pekat
Sawi
Ayam
2 cawan air
Cendawan kering (rendam dalam air panas)
sedikit tepung jagung + air
telur *optional

Method:-
1. Tumis bawang putih, halia + cili kering sehingga naik bau.
2. Masukkan air dan ayam, dan masak sehingga ayam lebut.
3. Masukkan sos tiram+kicap cair+kicap pekat.
4. Masukkan mee dan kacau rata.
5. Masukkan sawi + cendawan hitam.
6. Pecahkan telur sebelum hidang. (I did this for my husband only.. I like mine without egg)

Wednesday, January 22, 2014

Chocolate Chip Cookies

I was on cooking mode last long weekend. I baked, I cooked, and enjoyed it so much.

One of my to do list was baking chocolate chip cookies, for kids' lunch box. I used Nigella Lawson's recipe with alteration here and there.



Ingredients:- 
300g flour (I only used 250g)
50g cocoa powder *I added
125g brown sugar
100g castor sugar (I  used only 60-70g icing sugar)
Chocolate chips
1 tsp of soda bicarbonate
125g butter (melted)
1 egg
2 tbsp of milk
1 cap of vanilla essence

Method:-
1. Cream butter, sugar and egg
2. Slowly, add in flour+cocoa+soda bicarbonate+vanilla and mix batter well.
3. Fold in chocolate chips.
4. In addition, I add on some 'unfinished' colourful chocolate on top of the cookies. I found out that colours on Nips cholocate last, while Smarties doesn't when baked.